-6-

1.1K 73 2
                                    

Tubuh N tiba-tiba tercampak ke belakang oleh satu kuasa yang tidak kelihatan sehingga belakangnya membentur hujung meja.Jari-jemari tangan kanan yang melekap pada dahi Ara juga terlepas bersamaan dan lilin yang dinyalakan dalam susunan bulat mengelilingi katil di tengah bilik tersebut serentak terpadam tanpa ada pun angin yang meniupnya kerana semua tingkap di kunci dan penyaman udara juga di matikan N sebelum ritual Oklumentornya di mulakan.Enam susuk tubuh lain didalam bilik tersebut serentak berdiri kaget melihatkan tubuh kurus N tercampak begitu.

Ken dan Vixx pantas berdiri dan memapah N yang masih kelihatan sedikit terkejut dengan kejadian yang menimpanya itu.Sambil meraba pinggangnya yang sakit, N mengelap butir peluh yang merenik-renik di dahi dan berjejer menuruni pelipisnya .

Susuk tubuh di atas katil yang berselubung selimut itu ditatapnya dengan pandangan tidak percaya. Dia sebagai Oklumentor yang mewarisi kebolehan itu sejak lahir sehingga kini tidak pernah berhadapan dengan kejadian aneh begitu.Buat pertama kali nya.Lewat petang itu.

" Macam mana?"

Eiiden bertanya tidak sabar.

" Sihir Oklumensis dari Suku Nymph di kawasan pergunungan Selatan."

Serentak Vixx dan Rein bertukar pandang.Mendengar nama Kaum Nymph disebutkan dalam bilik tersebut, mendadak kedua-duanya bertukar kekok apabila semua pasang biji mata menatap mereka.Rein yang masih beranduh pada tangan kirinya sekadar mengangguk lemah ke arah Vixx.

" Oklumensis.Satu sihir yang berasal dari suku kecil Nymphoria di kawasan Pergunungan Selatan yang mampu memanipulasi mimpi seseorang sehingga ia menganggap mimpi itu adalah realiti dan realiti itu adalah mimpi."

" Katakan apa yang kau lihat N "

Ryu pula menyampuk sambil menatap N yang masih mengurut bahunya yang turut menghentam bucu meja sebentar tadi.

" Aku yakin apa yang aku lihat adalah mimpinya yang merupakan samar-samar gabungan antara kenangan dan keinginan hatinya yang paling kuat."

N menghembus nafas lantas menoleh lagi kepada susuk tubuh di atas katil itu.

" Aku bimbang jika mereka mencuba lagi, dia tidak akan mampu membezakan yang mana benar yang mana rekaan manipulasi Sihir Oklumensis.."

" Tak ada cara untuk menangkal sihir begitu melainkan keyakinan dia sendiri." Rein menyahut perlahan membuatkan yang lain-lain terdiam.

Eiiden sendiri yang sejak tadi mundar-mandir tidak keruan semasa N memulakan ritual Oklumentornya hanya memicit pelipisnya cuba berfikir bagi menyelesaikan masalah tersebut secepat yang boleh.

Eiiden sedar.Jika Kaum Athos sudah tahu menggunakan Sihir Oklumensis yang hanya wujud nun di perkampungan kecil suku Nymphoria di Pergunungan Selatan, bermakna pengaruh mereka sudah semakin besar.

Kaum Nymph secara keseluruhannya adalah satu kaum yang benci kepada huru-hara dan kekacauan.Mereka- Kaum Nymph yang paling mudah dikenali kerana rambut mereka yang berwarna putih keperakan itu- kebiasaannya hidup dalam kelompok-kelompok kecil di perkampungan yang lazimnya terletak di pinggir-pinggir sungai dan tasik.

Hanya sesekali turun ke metro apabila timbul satu kejadian yang mendesak yang memerlukan mereka dalam Persidangan Antara Empat Kaum.Selain daripada kedamaian dan ketenteraman, mereka lebih banyak mengambil pendekatan berkecuali dalam banyak hal.

Kaum Nymph adalah satu kaum yang bijak, tenang, berhati-hati dalam setiap tindakan , misteri dan tidak sukakan kepada huru-hara kehidupan metro dan kerana itu mereka lebih memilih untuk tinggal di kawasan pergunungan.

Dan jika sangkaan Eiiden benar tentang perluasan pengaruh Istana Besar yang menjadi biang kepada hampir semua huru-hara di setiap metro, dia tidak dapat membayangkan janji sebesar apa yang ditaburkan Kaum Athos sehingga berjaya menggula-gulakan mereka- satu suku daripada bangsa yang sukakan kedamaian dan mengelakkan konflik itu membuatkan mereka mulai berpaling tadah dan mulai menyertai pakatan jahat yang dikepalai oleh Kaum Athos dan Istana Besar.

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now