-49-

547 40 0
                                    

Sementara itu, satu susuk tubuh berpakaian serba hitam dengan jaket labuh melepasi lutut itu menutup kelopak matanya.Benci dengan hiruk-pikuk kehidupan dibawah sana.
Terganggu sekali dengan lengkingan siren ambulans yang memekakkan telinganya.

Sudah berada di atas bumbung bangunan paling tinggi di metropolitan itu pun,masih juga dia jelas mendengar suara-suara yang kadangkala tidak patut dan adakalanya tidak layak pun untuk diucapkan oleh manusia-manusia tersebut.

Seperti biasa,diatas bumbung bangunan setinggi 111 tingkat itulah dia menghabiskan waktu malamnya.Memandangi jalur-jalur jalanraya dengan kelip lampu neon itu lama-lama bagaikan telah menjadi rutin kehidupannya setiap hari.

Tidak ada yang istimewa tetapi hanya tempat itu sahaja dia boleh menikmati kehidupannya dengan tenang tanpa pengawasan daripada sesiapa terutama daripada ayahnya sendiri.

Malam itu seperti biasa langit cerah dengan bulan terang menyinari langit sebelah timur serta hamparan bintang yang bertaburan.Ditempat tinggi begitu,angin sedikit sejuk dan kencang namun ia bukan hal yang dapat mengganggunya daripada terus berbaring berbantalkan lengan dan menatap dada langit malam lama-lama.

Ada angin yang berhembus kasar seakan-akan mengisyaratkan hujan akan turun menjelang dinihari kelak dan jutaan bintang yang menghiasi langit tidak berawan itu setiap kali akan menghantar suatu perasaan aneh ke dalam dadanya.

Dia terlonjak bangun apabila merasakan ada hawa panas menyambar belakang tengkuknya dan membuatkan bulu romanya meremang.

Aneh.

Langit cerah tetapi sayup di ufuk barat antara jejalan bangunan tinggi itu kelihatan langit seperti merekah oleh sambaran kilat yang tiba-tiba.Serentak dengan itu juga seluruh metropolitan di bawah sana mendadak gelap daripada cahaya berupa kotak-kotak kecil daripada tingkap rumah kediaman sehingga kepada lampu yang berderet memagari jalanraya padam serta-merta.

Udara malam yang panas tetapi berangin diendus nya segenap arah.Bau manusia.Bau asap kenderaan dan kemudian satu bau aneh yang tidak pernah dihidunya sebelum ini.

Matanya mengecil dan sambil melompat turun,melayang seperti seekor burung yang besar dia menggumam.Jaket labuh hitam nya berkibar dengan pedang yang tersandang pada belakangnya mencuar dari celah kibaran jaket labuh tersebut.

"Vartra ???"

+ + +

Pemandu treler dalam usia pertengahan tiga puluhan itu menguap berkali-kali sehingga merasakan rahangnya sakit dan matanya semakin gatal bercampur perit.

Dalam kabur matanya, sempat dia mengerling jam digital pada dashboard kereta yang berkelip-kelip.Angka merah berkedip itu jelas menunjukkan nombor 3.45 pagi.

Wajar sahaja jika dia semakin letih tetapi barang yang tersimpan di dalam kargo di belakang lori panjang bertayar dua belas itu mesti dipunggah tepat jam lapan pagi nanti.

Siaran radio lewat malam yang diisi dengan slot permintaan lagu juga ucapan daripada pendengar sayup-sayup sahaja dalam pendengarannya.Jika semasa awal siaran tadi suara DJ radio itu masih kedengaran berceloteh tentang tajuk yang rawak ,kini suara merdu juruhebah lelaki itu sudah tidak lagi kedengaran dan siaran radio itu kini diisi dengan lagu dari pelbagai bahasa yang tidak menarik minatnya untuk mendengar.Hanya memasang radio untuk mengisi pendengarannya kerana semakin senyap keadaan semakin cepatlah dia akan terlelap.

Matanya yang separuh terbuka itu mendadak terbuka lebar apabila tepat di atas jalanraya hanya beberapa meter darinya, satu pancaran kilat tiba-tiba menyambar disertai dengan bunyi letupan yang kuat menggegarkan telinga.

Cepat lelaki itu menekan brek sehingga mengakibatkan rakan pemandu gantinya yang sedang tidur separuh menganga itu terhantuk ke cermin .

" Apahal?" Serak suara lelaki yang satu lagi dan menatapnya dengan biji mata yang merah.Masih mamai dan terkejut besar.

" Aku rasa.." dia menoleh ke arah kelindan lori itu dengan wajah pucat dan tangan yang gementar " Aakku macam terlanggar sesuatu.Atau seseorang.."

" Aisyyy...." desis lelaki yang satu lagi dan cepat-cepat menanggalkan tali pinggang keselamatan yang melintang di dadanya." Biar betul kau ni! Mati kita nanti.."

Diraihnya lampu picit dan kemudian turun dengan terjenguk-jenguk.Membongkok menilik di bahagian bawah lori yang kerana menurut rakannya yang satu lagi dia merasakan seperti dia telah melanggar sesuatu yang mengakibatkannya menekan brek kecemasan sekejap tadi.

Sorot lampu picit di tangannya meliar ke sana sini malah dia turut menyuluh ke gigi jalanraya yang ditumbuhi semak-samun dan lalang serta pohon-pohon kecil namun penglihatannya amat terbatas kerana entah mengapa lampu jalan yang berderet memagari lebuhraya itu mendadak padam.

Sambil masih menyuluh di sana sini dia mengumpat kasar dalam hati.Jika berlaku apa-apa, dapat-dapat urusan akan menjadi sukar apabila membabitkan pihak berkuasa.Baru membayangkan wajah sang majikan yang memarahi mereka berdua seperti singa jantan mengamuk itupun sudah cukup membuatkan dia menggeleng kepala.Belum lagi dengan risiko dipecat ataupun dipenjara atas tuduhan memandu secara cuai .

" Tak ada pun !" Terjahnya dalam nada marah dan rakannya yang seorang lagi itu hanya terkebil-kebil . " Atau kau ni terlelap tadi? "

" Betul .." dia menjawab separuh tidak terima dimarahi begitu " Ada kilat.Dan kemudian letupan .Dann.."

" Kilat apa malam-malam cerah macam ni? Tak ada hujan.Ribut jauh sekali.Tiba-tiba kilat??"

Yang diceramahi itu hanya tergaru-garu.Mengantuk berat ya memang tetapi dia tahu dia tidak terlelap apatah lagi bermimpi yang bukan-bukan.Dia tahu betul apa yang dilihatnya sebentar tadi tetapi dia langsung tidak dapat membantah apabila yang seorang lagi meleterinya dengan mengatakan dia berkhayal pula.

Enjin treler yang hampir melintang merentang lebuhraya tiga lorong sehala dihidupan sekali lagi dan sehingga mereka membelok ke kiri meninggalkan selekoh akhir itu sebelum memasuki susur menuju ke pusat bandar, lelaki itu masih terkebil-kebil hairan bercampur tidak percaya.

+ + +

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now