-28-

554 43 0
                                    

Belum habis lagi kebingungan yang dirasakan Ara apabila melihat tujuh pasang mata menatapnya seakan dia adalah makhluk ajaib berwarna hijau yang keluar dari kapal angkasa tatkala dia mencelah dari tautan daun pintu di bilik bawah tanah dua hari lepas , dan kini di situlah dia berdiri seperti rakyat jelata yang menunggu hukuman daripada baginda raja.

Di sebuah kawasan lapang yang hanya ditumbuhi rumput-rumput pendek hanya kira-kira belasan minit berjalan kaki dari Rumah Agam dengan matahari memancar redup, Ara mematung silih berganti menatap kayu panjang di tangannya dengan wajah Rein, Vixx dan N yang memandangnya dengan riak yang luar biasa serius.

Kayu panjang licin beraut, nampak kuat tetapi mudah lentur itu di lemparkan kepadanya itupun hampir mengenai dahi jika tidak dia melompat ke tepi.Dua susuk tubuh berlainan ketinggian itu tegak dihadapannya seperti barisan benteng yang kukuh manakala N duduk mencangkung selamba dengan sebatang kayu dipikulkan ke bahu.

Dengan Ara , Rein dan Vixx berdiri begitu, N tidak ubah seperti seorang anak kecil yang sedang mendongak menatap tiga lagi susuk tubuh di hadapannya ketika itu.

" Apa tadi?" Ara tergaru-garu " Latihan?"

" Vixx akan melatih Ara dalam pertempuran tanpa senjata.Rein dalam pertempuran bersenjata manakala N dalam hal berkaitan senjatapi."

Suara Eiiden dari belakangnya membuatkan Ara menoleh.Di sana, di bawah teduhan sebatang pokok yang rendang-berdiri Eiiden sementara Mark duduk bersandar dengan santai pada pangkal pohon dan sekilas Ara melihat lelaki itu seperti sedang berkelah sahaja lagaknya.

Bersandar santai dengan tangan kanannya dijadikan bantal, menaikan hud kemeja lengan panjang nya menyerkupi kepala malah menutup matanya seakan menikmati satu pagi yang nyaman.

Siapa juga tidak mengenali Mark.Susuk lelaki pendiam yang seakan tidak pernah ambil perduli hampir kepada semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.Ryu dan Ken tidak kelihatan dan kelihatan sibuk dengan sesuatu.Keluar awal pagi dan balik lewat tengah malam.

" Latihan? Sekarang ?"

" Sekarang.."

Mendapat isyarat dari Eiiden melalui hujung ekor matanya, tanpa memberikan amaran awal- Rein melibas kayu di tangannya ke arah gadis itu yang masih terkebil-kebil tidak faham.

" Addedeeiiiii...deiii...Sakitlah oiii !!!"

Ara terperosok ke tanah sambil menyapu ubun-ubunnya yang disinggahi kayu .Walaupun tidak dihayunkan dengan sepenuh tenaga oleh lelaki itu, ia sudah cukup membuatkan Ara meringis kesakitan.

Vixx dan N hanya mengetap bibir cuba menahan ketawa yang mahu meletus dari mulut mereka.Sukar untuk tidak tertawa melihat Ara begitu.Terbongkok-bongkok mengusap kepala nya sendiri.

" Tuan Muda Rein" Ara tegak berdiri sambil bercekak pinggang dengan wajah merah padam."Tunggu di situ!"

Ara yang sudah kalap menggenggam kayu panjang dengan kejap.Eiiden yang hanya memerhatikan seluruh kejadian itu mencerunkan pandangannya ke hadapan sementara Vixx dan N menepi.

Terasa aura dingin mencuar dari sebalik tubuh kecil gadis itu tetapi adegan di hadapan matanya tidak lebih dari adegan rancangan anak-anak yang ditayangkan setiap hujung minggu.

Pernah melihat adegan rancangan anak-anak tentang bagaimana satu watak yang dianimasikan punyai urat timbul empat simpang pada dahinya dengan mata berubah menjadi hanya satu garisan? Watak A mengejar watak B dari kiri ke kanan dan tidak berapa lama dari kanan ke kiri pula watak B mengejar watak A yang berlari tunggang-langgang seperti tidak cukup tanah?

Nah..Begitu lah yang terjadi berhasil membuatkan Eiiden menepuk dahinya putus asa.Maka adegan latihan itu bertukar menjadi adegan kejar mengejar dan saling mengelak libasan kayu panjang secara semberono terutama oleh Ara.

Langkahnya sumbang dan canggung tapi gerakan refleksnya menangkis libasan kayu Rein cukup pantas dan wajar di acu ibu jari.Rein yang berjaya menangkis pukulannya ternyata berjaya menaikkan kemarahan Ara dan ia memicu tenaganya entah dari mana untuk terus-terusan mengejar Rein yang berpusing ke segenap tanah lapang itu cuba mengelakkan libasan kayu panjang Ara yang tidak bersahabat.

Melihat kayu panjang itu sudah terabai di atas tanah, Eiiden mengurut dahi.Menatap Ara sudah bergayut di belakang Rein seperti anak monyet dan kelihatan sedang menjambak rambut lelaki itu membuatkan Rein terjerit-jerit kesakitan, Eiiden mengetap bibirnya.

Sambil mendengus, Eiiden melambung sebatang kayu panjang dengan kaki dan menangkapnya cekap dengan sekali tangkap.Langkahnya yang lebar berbaur geram mendadak terhenti apabila kakinya terasa ditahan.Mark.

" Biarlah, Eiid."

Lelaki itu masih menutup matanya santai.

" Jangan lah terlalu berkeras dengan Ara tu.Sekurang-kurangnya, selama dia berada disini-ini kali pertama aku nampak dia betul-betul normal dan
gembira."

" Tapi dia patut tahu apa yang di hadapi."

"Aku tak tahu apa makna Ara pada kau.Tapi bagi aku, aku sudah cukup puas hati kalau dia rasa gembira, makan dan tidur dengan baik.Tapi, macam yang kau tau.Aku tak diberikan peluang untuk punya adik walau sekurang-kurangnya seorang adik sepupu macam Ara.."

Mark .Lelaki yang amat berhemat dan lebih banyak memilih untuk diam itu sekali lagi mengejutkan Eiiden dengan hamburan katanya yang amat bersahaja tetapi berjaya membuatkan Eiiden terkebil-kebil.Mati akal tiba-tiba.Sederhana benar tetapi sudah cukup untuk membuatkan Eiiden tergamam.

"Dan sementara menunggu bulan purnama seterusnya,aku rasa biarkan saja Ara begitu.

"Mark tersenyum menyerlahkan wajahnya yang teduh dengan tatapan lembut.

" Aku sanggup tukarkan apa saja kalau ia berbaloi untuk aku sekurang-kurangnya mempunyai seorang saudara kandung, Eiid.."

Suara perlahan Mark yang menatap sayu ke arah dua susuk tubuh yang sedang saling berbalas libasan itu seakan memukau Eiiden untuk menatap Mark dalam-dalam.Hatinya mendadak terasa renyuk.

Benar kata Mark.Apa makna Ara kepada aku selama ini?

Eiiden mengalihkan pandangan ke hadapannya.Melihat Rein dan N mengeroyoki Ara yang sebal separuh mati sementara Vixx sudah hampir terguling di atas tanah mentertawakan telatah tiga orang itu, dia menoleh lagi kepada Mark yang santai menutup matanya.

Benar.Mark memang jarang-jarang salah jika melibatkan hal yang membuatkan Eiiden mati kutu begitu!

+ + +
Lebih kepada membantingkan tubuhnya di atas permukaan tilam, Ara bergolek ke kiri ke kanan dengan gelisah.Pintasan aneh yang sekilas dilihatnya tatkala tidak sengaja tersentuh kepala Rein semasa 'latihan' yang jauh daripada makna sebenar perkataan itu benar-benar menyebabkan Ara gelisah sepanjang malam.

Jelas dia melihat ada Rein yang berpakaian compang-camping dengan wajah tidak terurus juga rambut berantakan sedang terbelenggu oleh rantai pada kedua tangan dan
kakinya !

Ara yakin dan tahu apa yang dia lihat namun dia masih gagal memahami maksud daripada pintasan naluri aneh tersebut.Betapa tidak.Lelaki dari Bangsa Nymph itu kelihatan baik-baik sahaja jadi imej yang dilihat Ara siang tadi sebenarnya apa?

Aku nak tahu apa yang kau akan lakukan jika kau mengetahui Eiiden dan kawan-kawan bodoh dia tu sebenarnya berjuang untuk pihak yang salah?

Ara mendadak terlonjak bangun dengan mata membulat apabila teringat kata-kata yang didengarnya sendiri daripada lelaki bermata tajam yang mengakui dia adalah adik kembar kepada Eiiden tempoh hari.

Tunggu..
Doktor Rade? Bukankah dia yang ....

Entah dari mana Ara terasa kesedarannya bagaikan dikuak tiba-tiba.Mendadak sekujur tubuhnya terasa menggeletar.Bagaimana jika sebenarnya lelaki itu berkata benar?

+ + +

LAST HUNTER : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now