Tiga susuk tubuh yang bersaiz sama itu bertempur dengan hebat sesama sendiri.Saling menyerang, menangkis dan masing-masing kelihatan bersungguh-sungguh untuk menumpaskan lawan mereka.
Susuk tubuh pertama itu berambut putih keperakan yang panjang ke paras pinggang.Berikat tidak kemas menjadikan sebahagian wajahnya tidak dapat dilihat.Sejalur perca berwarna cokelat tua melilit dahinya .
Dia mengenakan pakaian labuh putih sehingga ke paras buku lali namun terbelah di kedua-dua sisi kakinya bermula dari paras pinggang ke bawah menindih seluar labuh putih longgarnya yang berkibar di tiup angin.
Kasut yang membaluti kakinya hanya berupa satu tapak daripada kulit yang tebal dan di ikat ke kaki menggunakan jalur-jalur tali berwarna hitam mendedahkan jari kakinya yang sedikit kotor oleh coreng-moreng tanah dan lumpur.
Pada tangannya kelihatan sebatang tongkat daripada kayu berwarna hitam yang berlekuk-lekuk tetapi masih cukup kuat untuk menggantikan pedang bagi menyanggah serangan daripada dua lagi susuk tubuh yang berusahan bermati-matian untuk menumpaskan musuh masing-masing.Ringan seperti burung yang melayang di udara untuk mengelakkan serangan yang ditujukan kepadanya.
Sementara itu, susuk tubuh yang satu lagi pula berambut hitam yang kelihatan daripada sebelah sisi wajahnya .Rambut hitam nya tidak dapat dipastikan panjang hingga ke paras mana kerana seluruh kepalanya diserkupi oleh hud jubah pengembara yang dipakainya .
Pakaian yang membalut tubuhnya serba hitam .Walaupun dia tidak memiliki senjata seperti dua lawannya yang lain, namun serangan yang di tujukan kepadanya disanggah hanya dengan satu libasan tangan yang bagaikan satu ledakan kuasa tidak kelihatan kerana setiap kali dia melibaskan tangannya, seperti muncul satu bebola udara menyanggah libasan senjata dua susuk tubuh yang lain ataupun menghumbankan mereka tinggi ke udara.
Susuk tubuh ketiga pula kelihatan berambut putih keabu-abuan dengan pangkal rambut kelihatan lebih hitam tetapi lebih pendek.Dari celah rambut pada pelipisnya mencuar cuping telinga yang berhujung sedikit tirus .Baju yang membungkus tubuhnya berupa baju labuh berwarna cokelat cerah yang diperbuat daripada separuh kain dan separuh kulit.
Pada satu kesempatan, susuk tubuh berpakaian serba hitam itu mengibaskan tangannya dan dua lagi yang lain terlontar ke udara dan mendarat beberapa meter darinya.
Susuk tubuh berpakaian warna cokelat muda dengan rambut putih keabu-abuan tercampak ke belakang dan mendarat pada belakangnya.Sambil mengetap bibir , dia pantas berdiri dengan bertunjangkan sebilah pedang yang tergenggam pada tangan kanannya.
Namun apabila susuk tubuh itu berpaling ke kiri,Ara yang sejak tadi memerhatikan pertempuran itu dari sebalik belukar benar-benar terperanjat sehingga tubuhnya terjajar ke belakang.
Wajah susuk tubuh itu saling tidak tumpah seperti wajah Ara sendiri ! Malah pedang yang berada dalam genggamannya itu juga dikenali Ara.Pedang Armos.
Ara tidak dapat menjelaskan bagaimana dia terjaga lagi di sebuah tempat yang tidak dikenalinya.Seperti dejavu .Dia rasanya pernah berada di tempat tersebut tetapi dia gagal mengingatinya dengan jelas entah mengapa.Seperti samar-samar satu daripada ulangan kepada kejadian mimpinya .Deretan pohon muda rapat memagari belukar lalang tersebut yang kelihatan saujana mata memandang.Tempat yang sama dengan sudut pandang yang sama.
Hendak melarikan diri daripada tempat itu Ara tidak mampu.Mendengar denting besi berlaga sudah cukup membuatkan Ara mengerut ketakutan namun ke arah mana sahaja dia melarikan diri, tetap dia sampai di tempat yang sama di mana dia terjaga dan kemudian menyaksikan pertarungan tiga penjuru tersebut.Berkali-kali sehingga Ara kehabisan tenaga dan hanya mampu menyaksikan pertempuran antara tiga susuk tubuh tersebut.
YOU ARE READING
LAST HUNTER : THE BEGINNING
FantasyApabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia...