Daniel POVKini mereka berada di dalam kenderaan milik daniel, menuju ke shopping mall berhampiran dengan dorm mereka .
" Ong, saya lupa nak catit apa yang patut kita kena beli tadi ." Daniel memulakan perbualan mereka.
" Ouh its okey, beli yang mana rasa dah habis or yang penting je ok ." jawab ong sambil menaip sesuatu di dalam phonenya .
" Ouh okey ." Jawab daniel ringkas sambil matanya cuba untuk melihat siapakah yang ong sedang berbalas massage .
" Ong, chatting dengan siapa tu ?" tanya Daniel sambil matanya memandang semula kearah jalan raya .
" Ouhh, saya chatting dengan hyung jaehwan je. I wanna ask him about the event ." jawab ong sambil menaip . Kadang-kala dia tersenyum sendirian membalas chat yang dari tadi masuk tanpa henti .
Daniel hanya mampu menjeling melihat kearah ong . Matanya tidak dapat fokus kearah jalan, matanya sesekali memandang kearah ong yang masih lagi membalas chat yang ternyata dari jaehwan .
Daniel memakirkan kenderaan mereka di tempat letak kereta berhampiran shopping mall berkenaan . Kemudian dia mematikan enjin . Mereka berdua pun keluar dari kenderaan tersebut lalu masuk ke dalam shopping complex berkenaan .
Daniel menolak troli yang diambil tadi sambil ditemani oleh ong yang berada disebelahnya .
" First thing, kita beli makanan segera dulu ." Ong bersuara sambil mula melangkah kearah bahagian makanan segera .
Ong mengambil dua bungkus maggi lalu diletakkan kedalam troli yang ditolak oleh daniel . Kemudian dia mengambil dua bungkus bihun segera lalu dimasukkan kedalam troli .
Daniel hanya mampu tersenyum melihat kearah ong . Dia bernasib baik kerana mengajak ong untuk menemaninya membeli-belah, kalau tidak entah apa yang dibelinya nanti .
Kemudian mereka memasuki ke bahagian roti . Ong mengambil dua bungkus roti putih dan jem lalu memasukkannya kedalam troli . Ong kemudiannya memandang kearah daniel .
" Lucky you have me company you shopping this things ." Ong tersenyum sinis . " Later you need to treat me dinner daniel ." Ong memandang kearah daniel sambil ketawa .
" Anything for you ong hehe." jawab daniel turut ketawa mendengar leteran ong .
Ong terdiam seketika, kemudian dia mula melangkah semula . Menuju ke bahagian coklat dan gula-gula .
Daniel tersenyum lebar apabila tiba di bahagian tersebut . Matanya dapat melihat bermacam jenis gula-gula dan coklat yang terdapat disitu .
" No daniel, dekat rumah dah banyak candies and jellies 😑 ." Jawab ong sambil matanya memandang kearah daniel . Ong tersenyum sinis .
" Please ong, just a little bit more ☹️." Daniel mencebikkan bibirnya sambil melihat kearah ong .
" Yea yea just a little, or else i kick your ass here ." Jawab ong sambil mengambil beberapa keping coklat lalu meletakkanya kedalam troli .
Daniel bersorak gembira, lalu menolak trolinya kearah jelly and gummy . Dia mula mengambil beberapa bungkus gummy bear dan mengambil beberapa bungkus worm gummy lalu memasukkannya semua kedalam troli .
KAMU SEDANG MEMBACA
Only You - Ongniel Series ✔
Hayran Kurgu> Ong Seongwu seorang pelajar dari universiti yang sama dengan lelaki idamannya yang dulu pernah menolak cintanya hanya kerana dia seorang lelaki . Dia masuk ke sekolah berkenaan hanya untuk mengintip lelaki pujaannya itu . Kang Daniel . Inspired by...