"Dr.Mira, finally you pegang jugak balik hospital ni. I'm so glad with your move ni. I bukan apa, doktor.. ramai dah patient yang tanya you kat mana. Transfer kat mana. Haih, macam-macam la. Risau jugak I kalau you tak pegang balik hospital ni"
"Eleh, cakap jelah yang awak dah rindu kat Dr.Mira tu. Nak kaitkan patient pulak," Kata² Doktor Lukman dipandang tajam penuh makna oleh Doktor Syazlan. Semua staff tertawa melihat perubahan rona wajah Dr.Syazlan.
"Apa² jelah awak ni Lukman. Tapi, betullah ada patient yang selalu tanya pasal Dr.Mira ni." Kata Dr.Syazlan, membela diri.
"Yelah, patient tu awak kan? Pasal tu awak demam susah nak kebah sampai 5 hari, kan?" Semakin galak Dr.Lukman mengenakan Dr.Syazlan. Bukannya mereka tidak tahu sememangnya Dr.Syazlan setia menunggu Mira dan masih menyukai Mira.
"Demam rindu la katakan," Kata² Jia disambut gelak tawa suka oleh seisi staff. Dr.Syazlan hanya tersengih menutup malu kerana rahsianya sudah terbongkar.
'Nampak sangatkah aku ni rindu kat Mira? Ish, tak kot. Saje je diorang ni nak kenakan aku,' Desis hati Dr.Syazlan.
Mira hanya menggelengkan kepalanya melayan karenah para stafnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering minta diangkat.
'Private number?' Mira berkira-kira samada ingin menjawab panggilan tersebut atau membiarkan sahaja ianya berdering.
"Hello?" Mira menyambut panggilan tersebut. Namun, tidak ada balasan dari pihak pemanggil.
"Hello?" Mira bersuara lagi. Tetapi kali ini suara Mira disahut dengan nafas yang amat jelas.
Mira lantas mematikan talian. 'Hmm, salah nombor agaknya.'
Baru hendak meletakkan handphone kembali di sisinya, tiba² ianya berdering lagi. Kali ini dia meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello?" Kali ini suara d hjung talian pula yg bersuara. Mira kaget.
"Mira. It's me. Shah." Sebaris ayat itu mampu membuatkan Mira bungkam. Tiada kata² yang dapat dikeluarkan. Untuk apa lagi lelaki tu mencarinya sedangkan semuanya telah berakhir? Apa lagi yang Shah mahukan darinya? Tidak puaskah lagi Shah menyakiti hatinya? Mengapa perlu dia hadir saat Mira mula mengorak langkah baru?
Dia terus mematikan talian lalu bergerak masuk kedalam restoran semula.
Dia cuba menyembunyikan segalanya dengan senyuman manis buat para staffnya. Namun, tidak bagi Syazlan.
"Mira, are you okey?" Soal Syazlan, prihatin.
"Ya.. yaa. Yupss.. Totally okey." Kata Mira sambil senyuman dilemparkan buat jejaka kacak dihadapannya itu.
"You nampak tak okey. You ada masalah ke?" Soal Syazlan lagi.
Baru hendak menjawab soalan Syazlan, telefon Mira berdering. Dapat dilihat dengan jelas nama perubahan muka Mira ketika private number itu muncul di kaca telefon.
Mira lantas mematikan telefonnya.
"Emm, guys. I'm so sorry for tonight. I ada hal nak kena uruskan malam ni. And this is urgent. I have to go. " Kata Mira sambil berdiri mengambil beg tangannya. Semua staff tercengang melihat Mira melangkah keluar dengan pantas ke arah tempat meletak kenderaan.
Dengan langkah yang laju, dia mencari kunci di dalam begnya. Namun, pergerakannya terhenti sesampai sahaja di hadapan keretanya, dia .....
_________________________________________
WHAT? DIA WHAT?Dear readers, help her.... Takkan la Dhah tiba² muncul kat situ pulak. Hahhhhhhh... NOOOOO...
I'm sos sorry sebab lambat sangat update cerita ni🙏. sebenarnya sya sibuk dengan kerja. sebab tu la buat cerita ni pun sikit².. bnyak sebenarnya nak cerita, but yahhh.. sya bukannya tiada kerja😅. i'm so sorry. betul² mibta maaf buat readers tertunggu².
sorry kalau ada typo. pandai² la korang faham ya.. heheh..
btw, don't 4get to vote and comment. sya suka baca komen korang sebenarnya.. hehehh😁
YOU ARE READING
Suami Aku Arkitek Cinta!!!
RomanceHope enjoy dgn crita sya yg tak sberapa ni❤ Terima kasih pada yang sudi support! Loveyou alls!!