Dia melihat sahaja Mak Siti mengemas barangannya. Harini dia incharge. Dia melangkah perlahan kearah tingkap bilik itu. Perasaan trauma untuk keluar ke dunia nyata jelas terpancar pada riak wajahnya.
Bagaimana kalau Wina muncul lagi? Nanti siapa pula yang akan menyelamatkannya lagi? Dia belum pernah bercakap dengan Marwan. Apatah lagi bersua muka. Dia menghela nafas. Berat.
Dia melangkah perlahan mengekori Mak Siti. Namun, langkahnya terhenti saat sekujur tubuh segak berdiri d hadapannya.
Shah.
Dia bungkam. Terdiam. Seperti hanya desiran angin yang kedengaran. Dia keliru. Ingin menangis ataupun marah. Menangis kerana wajah itu yang pernah diigaukannya, yang pernah menjadi tulang belakangnya, yang pernah mengajarkannya erti cinta. Rasa marah kerana meninggalkannya saat dia amat memerlukan lelaki itu di sisinya. Ingin sahaja kakinya berlari memeluk, memukul tubuh yang kini semakin susut itu. Memeluk kerana merinduinya yang dahulu dan memukul kerana tega menyakiti hatinya.
"Shah." Hanya itu yang mampu di tuturkan bibirnya. Shah memandang tepat anak matanya membuatkan dia kembali membisu.
"Mira, i think we.. i mean, i should stop think.. no.. i mean.."
"Shah, we talk about it later? I rasa i need a rest. You datanglah rumah papa. I kat sana. If you sudi, bawa la wife you sekali. okey? I have to go. I really need a rest rn😕" Mira memotong ayat Shah yang semakin tidak teratur itu.
Dia kemudian melangkah meninggalkan Shah yang masih tidak berganjak dari kedudukan asalnya.
Shah memandang sayu kearah Mira yang menaiki kenderaan itu.
"I still need you, Mira." Bisik Shah dalam linangan airmata.
....
MIRA membuang dirinya keatas katil empuknya. Selesanya. 3 hari baring atas katil hospital bersambung air.
Dia memandang tepat kearah siling. Peristiwa tadi kembali bermain di dalam fikirannya.
Dia bangkit dari pembaringan duduk menghadap pintu terus tembus kearah beranda biliknya. Angin sepoi bahasa menyapa wajahnya. Langsir nipis itu tenang di tiup sang bayu.
Wajah Shah yang agak cengkung tadi membuatkan dia teringat kembali wajah ceria Shah sewaktu masih mereka bersama. Shah yang sentiasa kelihatan segak seperti tidak ada lagi pada Shah yang dilihatnya sebentar tadi.
Lingkaran bawah mata Shah yang berwarna gelap seperti Shah tidak mempunyai tidur yang cukup.
"Ahh, mungkin dia sibuk dengan projek baru agaknya." Mira menenangkan dirinya cuba menghindar dari terus mengingati bekas suaminya itu.
Airil yang sedang lena di tepinya itu ditatap lama. Membesar tanpa kasih sayang seorang manusia yang bergelar ayah. Membesar tanpa ayah disisi bakal membuatkan anak itu tabah dan cekal dalam menjalani hidupnya.
Diusapnya lembut ubun² anaknya. Dikucupnya penuh kasih sehingga airmatanya mengalir tumpah ke atas dahi Airil.
" Kenapa umi nangis ni? Umi sakit ke? Umi masih tak dapat tidur ke? Orang tu datang kacau umi ke? Meh sini Airil tembak dia. Sampai hati dia sakitkan umi Airil." Kata Airil yang baru tersedar itu. Mira tersenyum sambil memeluk erat anak lelakinya itu.
"Umi okey je. Tak. Dia dah tak kacau umi dah. Dia takut dengan Airil tau. Haha, dah la tu. Mata umi masuk habuk je tadi. Dahlah. Tidurlah. Airil rehat ya?" Kata Mira sambil mengusap manja rambut anaknya.
Airil kembali tenang kemudian tertidur diatas ribaan Mira. Dengan perlahan, dia meletakkan anaknya pada posisi yang lebih selesa.
Tekaknya terasa agak kering minta dibasahi. Dia kemudiannya turun ke tingkat bawah. Namun, langkahnya terhenti saat loceng rumahnya dibunyikan seseorang menandakan ada seseorang yang datang.
Mak Siti terkocoh-kocoh membuka pintu Mira hanya memerhati Mak Siti yang tersenyum manis sambil terangguk-angguk.
"Siapa tu Mak Siti?" Mira menyapa Mak Siti.
"Hah Mira, ni ada kawan Mira katanya. Dia nak jumpa Mira. Kawan lama. Mak Siti bagi masuk dia? Boleh?" Kata² Mak Siti itu disambut anggukan Mira.
Mira bergegas ke dapur untuk membasahi tekaknya yang sedari tadi minta dibasahi.
Hah, lega. Mira menutup matanya menikmati air sejuk yang mula menjalani tugasnya.
Dia bergerak ke ruang tamu. Dapat dilihat dengan jelas tubuh seorang lelaki yang sedang duduk membelakanginya.
"Hai?" Mira menyapa lelaki yang tidak dikenali yang mengaku kawannya itu.
Ketika terdengar sapaan itu, lelaki tersebut lantas menoleh kearahnya dengan senyuman yang cukup manis.
Tinggi lampai orangnya. Kulitnya yang agak gelap menambahkan seri wajah lelakinya. Kumis nipis tersusun rapi diatas bibir pink milik lelaki itu.
"Ya hai, sebenarnya Aunty Alia yang suruh saya datang sini ni. Aunty ada?" Kata lelaki itu sambil senyuman tidak lekang dari bibirnya.
"Emm, mama ada kat taman dia kot. Kejap nanti saya pegi panggil." Kata Mira kemudian melangkah setapak.
"Oops, i forgot. By the way, what's your name?" Kata Mira.
"Marwan"
Mira terkedu.
_________________________________________
GAISS.. MARWAN DAH MUNCUL !!! OMG OMG😱 SIAPA MARWAN NI? APA KONSPIRASI ENGKU ALIA DENGAN MARWAN KALI INI? TAK HABIS DENGAN SHAH, MARWAN PULAK? HMM
btw dear readers, please stay vote and comment. segala usaha anda amat saya kenang dan amat saya hargai💕
sorry kalau ada typo ataupun shortform yang korang tak faham. just comment and saya akan reply ASAP.
Sorry sebab update yang sangat lambat. author sibuk sikit dengan kehidupan kerja. so, penantian korang amat teramat sangat tersangat saya hargai.
Much love dear readers. Love you. muahh❤
YOU ARE READING
Suami Aku Arkitek Cinta!!!
Lãng mạnHope enjoy dgn crita sya yg tak sberapa ni❤ Terima kasih pada yang sudi support! Loveyou alls!!