Bab 37

2.9K 118 4
                                    

Mira duduk sejenak diatas kerusi pada balkoni rumahnya. Udara sepoi pada malam itu tidak berjaya sedikit pun menutup resah hatinya. Kata-kata Shah yang bagai panah itu terus terngiang-ngiang di telinga serta mindanya. Keluhan berat dilepaskan. Dapat dilihat dengan jelas wajah redup anaknya yang sedang lena diulit mimpi indah.

'Terima kasih umi, sebab bawak Airil jumpa papa. Terima kasih sebab bahagiakan Airil. Terima kasih sangat-sangat sebab Umi dah lepaskan rindu Airil dekat papa'

Kata-kata ikhlas yang meniti di bibir anaknya itu membuatkan hatinya bertambah sayu. Dia berdiri mendongak melihat bintang yang berjuta.

"Apa aku nak buat ni?" Dia berbicara sendiri. Dia meraup wajahnya. Rambut yang terbang bebas ditiup angin sepoi itu dibawa ke tepi.

Angin yang sepoi berubah suhu menjadi sedikit sejuk. Dia membawa masuk gelas kosong yang tadinya berisi susu panas itu.

Selesai mencuci gelas, telefon bimbitnya berdering.

"Hello?" Sahut Mira.

"Puan, puan diminta ke hospital sekarang. We need you to do this operation for special emergency case. ASAP puan." Kata-kata dari mulut Alia selaku pembantu hospitalnya segera diiyakan.

Dia segera bergegas ke bilik untuk bersiap. Dilihatnya Airil yang sedang berbalut selimut itu. Dia merapati katil itu. Diusap lembut ubun-anaknya kemudian diciumnya.

Dia melangkah pantas ke ruang tamu mencari kelibat Bik Normah.

"Bik, saya ke hospital dulu. Tolong tengok-tengokkan Airil ya, bik." Kata Mira sambil membuka pintu rumah.

"Baik puan,"Kata Bik Normah kemudian mengunci pintu rumah itu.

"APA yang kita ada," Kata Mira sebaik sampai dihadapan Alia.

"Wanita dalam lingkungan 30an. Luka teruk pada bahagian lengan kanannya. Kaki kanan terseliuh. Wajah separuh terbakar." Jelas Alia, ringkas.

"Okey, thanks Alia," Kata Mira kemudian menolak pintu wad kecemasan itu. Dia masuk dengan berbekalkan doa. Dan berserah sepenuhnya dengan Allah.

Hampir 2 jam setengah bertungkus lumus cuba menyelamatkan wanita tersebut, akhirnya nafas yang agak tegang tadi bertukar tenang. Kesyukuran dipanjatkan kerana berjaya membantu menyelamatkan seorang lagi hamba Allah.

Selesai solat sunat 2 rakaat, dia menuju kearah biliknya. Dia duduk sebentar merenung fail pesakit barunya itu.

'Wanazwina Tengku Azizul. Macam pernah dengar nama ni,' Bisik hatinya. Perasaanya kuat mengatakan bajawa wanita yang baru sebentar tadi diselamatkannya adalah Wina.

Dia membelek helaian seterusnya. Dan ya, wanita itu adalah Wina. Dia bersandar pada kerusi. Tidak lama kemudian, dia melangkah keluar menuju ke bilik dimana Wina ditempatkan.

DIA dapat merasakan suasana hening di bilik itu. Hanya kedengaran bunyi beep denyutan nadi Wina pada monitor. Dia menghampiri katil itu.

Wajah Wina yang separuh terbakar itu ditatapnya. Rasa sakit hatinya terhadap kelakuan Wina yang telah merampas kebahagiaan keluarga kecilnya bertukar simpati.

Dia duduk diatas kerusi bersebelahan katil Wina.

"Kenapa kau kejam sangat dekat aku ya? Aku tak pernah rampas Shah dari kau," Kata Mira, perlahan.

Dia duduk disitu memerhati Wina yang kaku tidak bergerak. Denyutan nadi Wina yang turun naik itu diperhatinya.

Sedar tak sedar, dia terlelap di sebelah Wina yang masih belum sedar itu.

MIRA terbangun apabila terdengar alunan bacaan ayat al-Quran dari masjid berhampiran. Dia menggeliat kecil merenggangkan urat tengkuk dan belakangnya yang sedikit lenguh itu. Semalaman dia tidur di samping wanita yang banyak membuat onar kepadanya.

Dia segera melangkah keluar dari bilik itu terus ke surau kecil yang terdapat di biliknya.

Air subuh yang sejuk itu diredahnya untuk berwudhu bagi menunaikan janji utamanya kepada Maha Esa. Takbir diangkat.

Kesyahduan solatnya pada subuh itu amat menenangkan jiwanya. Dalam doanya yang berselang seli dengan esakan halus diaminkan dengan penuh rasa syahdu.

Terasa dirinya amat dekat dengan Tuhannya tika itu. Dia bertafakur sebentar. Terasa kerdil dirinya didalam telekung putih suci itu. Tanpa disedarinya, dia terlelap diatas sejadah.

"PUAN," Mira terjaga saat Alia menggoncang lembut bahunya. Dia mengesat matanya. Wajah Alia yang manis bertudung putih itu dipandangnya, kemudian membalas senyuman gadis manis itu.

"Puan balik rumahlah dulu. Nampak penat sangat ni," Kata Alia, prihatin. Mira membuka perlahan telekung tang masih tersarung itu. Dia menggeliat kecil.

"Kejap lagi saya balik ya? Terima kasih kejutkan saya," Kata Mira. Alia tersenyum kecil.

"Tak susah pun puan. Saya rasa, adik saya lagi susah saya kejutkan tau," Kata Alia kemudian disambut tawa mereka.

"Dahlah, puan siap-siap balik rumah. Saya nak sambung kerja balik," Kata Alia yang melihat Mira bangun kemudian menyangkut sejadah pada tempatnya.

Sejurus Alia berlalu, Mira menyarung kasutnya lalu membetulkan tudungnya kemudian kunci kereta dicapainya.

Dia masuk kedalam perut lif lalu punat ditekan ke tingkat 3 yang menempatkan Wina.

Baru hendak melangkah keluar, terlihat Puan Sri Zaitun serta Shah sedang berdiri dihadapan bilik Wina seperti baru sampai dan ingin melihat keadaan Wina.

Mira segera melangkah pergi sebelum kelibatnya terlihat.

_________________________________________
HAIIII DEAR READERR, DAH UPDATE NI. SO, MCM MANA BAB KALI NI? BORING? I'LL TRY MY BEST. ACTUALLY.. AUTHOR TENGAH FIKIR MCM MNA NAK BUAT ENDINGNYA NI.. AUTHOR SENDIRI BUNTU SEBAB BANYAK SANGAT LELAKI DALAM YNG MUNCUL NAK DPTKAN MIRA NI😥  KALAU READER SMUA ADA PENDAPAT SENDIRI, CUBA COMMENT. NNTI BOLEH LA KITA TNGOK MCM MNA NAK BUAT ENDINGNYA.

SORRY KALAU ADA TYPO 😪
BTW, DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT 💋💕

Suami Aku Arkitek Cinta!!!Where stories live. Discover now