Kes perceraian arkitek berjaya dan model cantik itu menjadi tajuk utama pada dada akhbar. Puan Sri Zaitun meletakkan kembali akhbar itu kemudian bergerak tenang ke taman mini rumah agam itu. Pokok orkid yang tumbuh mekar itu disiramnya.
Dia berasa tenang sejak pernikahan anaknya dan Shah telah berakhir kerana Wina semakin kuat dan telah banyak berubah kearah yang lebih baik. Wina lebih banyak melakukan aktiviti luar seperti mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak dan warga yang kurang bernasib baik. Aktiviti amal itulah yang menjadi rutin harian Wina.
Baginya, perceraian Wina dan Shah merupakan titik permulaan hidup baru bagi anaknya itu. Dalam duka pasti ada bahagianya. Dia yakin dengan perancangan hebat Allah.
"Mama!" Sergah Wina. Hos yang sepatutnya dihala pada bunga beralih kearah Wina. Habis lencun Wina yang baru sampai kerumah itu. Wina tertawa geli hati melihat mamanya terperanjat.
"Hish budak bertuah ni. Nasib baik mama takde sakit jantung tau." Kata Puan Sri Zaitun kemudian meletakkan hos air pada tempatnya. Wina yang habis basah lencun itu tertawa sambil cuba memeluk mamanya.
"Sayang Mama," Kata Wina sambil memeluk mamanya. Puan Sri Zaitun hanya redha dipeluk dalam keadaan anaknya yang sedia basah itu.
"Wina penat?" Soal Puan Sri Zaitun. Wina hanya diam didalam pelukan itu.
"Mama ada buat bubur kacang favourite Wina. Jom," Ajak Puan Sri Zaitun. Wina hanya mengeratkan pelukan itu itu. Puan Sri Zaitun melonggarkan pelukan. Wajah Wina dipandang. Terlihat airmata jernih jatuh pada pipi wanita cantik itu.
"Wina, are you okey, honey?" Soal Puan Sri Zaitun. Wina hanya tersenyum sambil mengesat perlahan airmatanya itu.
"Wina rasa tenang sekarang ni, ma. Wina dapat rasakan yang beban dan gelisah semua tu hilang. Hilang. Yang Wina rasakan sekarang ni hanyalah kekosongan yang tenang. Ada kawan Wina tanya Wina pasal Shah. Rindu tak kat Shah? Tapi secara jujurnya, memang Wina rindu. Tapi Shah juga mangsa Wina.
Wina dah taknak hidup dalam kebohongan. Cukuplah dengan apa yang dah Wina lakukan selama ni." Kata Wina. Puan Sri Zaitun terus memeluk anaknya itu. Mulut Wina terkunci. Dia tidak jadi menyambung ayatnya lagi. Dakapan erat sang ibu terhadap anaknya itu amat mendamaikan.
Syukur kepada Allah kerana telah mempertemukan Wina dengan ketenangan yang selama ini dicari.
TEH hijau panas dihirup perlahan. Suasana Taman Kenruko-en di Kanazawa, Jepun itu mendamaikan matanya. Suasana hijau yang redup itu berjaya membuat dia rindu akan tempat itu. Setelah puas menikmati kehijauan disitu, dia bergerak perlahan ke pasar Omi-Cho untuk makan unagi (belut) bakar. Ianya merupakan antara makanan popular di Jepun.
"Umi, unagi ni dah mati kan?" Soal Airil disebelahnya. Mira menoleh sambil tersenyum dalam anggukan.
"Dia tak boleh hidup dalam perut dah kan, Umi? " Mira tertawa kecil dengan soalan spontan anaknya itu. Bulat anak mata Airil melihat belut yang sedang bergerak-gerak itu.
"Tak bolehlah, sayang. Benda bernyawa yang dah mati, tak boleh hidup kembali. Dah. Jangan risau. Belut takde gigi nak gigit Airil." Kata Mira sambil mengusap kepala anaknya.
BEEP... BEEP... BEEP...
Marwan tetap tenang menanti Mira sedar daripada komanya. Hampir seminggu terlantar tanpa khabar berita. Tengku Zarif dan Engku Alia mula berputus asa. Hampir seminggu jugalah Airil tidur tanpa uminya disisi.
"Tengku Zarif dan Engku Alia, can we talk for a while?" Soal Doktor Syazlan yang merawat Mira. Tengku Zarif dan Engku Alia mengatur langkah keluar bilik rawatan bersama Doktor Syazlan.
"Benda macam ni dah banyak kali saya hadap. Dah hampir seminggu Doktor Mira tak sedarkan diri. Langsung tidak ada pergerakan ataupun tindak balas daripada dia." Kata-kata Doktor Syazlan sengaja digantung. Dia tidak sanggup meneruskan ayatnya yang seterusnya.
Tengku Zarif menggenggam erat tangan Engku Alia. Dia telah bersedia mendengar apa akan anaknya hadapi. Airmata Engku Alia mengalir lagi. Tidak sanggup rasanya mendengar kata putus Doktor Syazlan.
"Kami dah buat yang terbaik. Doa kita sudah dipanjatkan kepada Allah. Doktor Mira pun pasti sudah berjuang habis-habisan disana. Saya harap, Tengku Zarif dan Engku Alia faham akan maksud saya." Kata Doktor Syazlan. Tengku Zarif memandang isterinya yang sudah sedia dengan mata yang bengkak akibat airmata.
"Doktor buatlah mana yang terbaik. Andai perjalanan anak kami sampai disini, kami hanya mampu mengirimkan doa." Kata Tengku Zarif. Doktor Syazlan tunduk merenung lantai bersih itu. Engku Alia yang sedang menangis tersedu-sedu itu dipeluknya erat. Sungguh berat baginya untuk melihat anaknya terseksa di dalam koma itu.
"MIRA, awak bangunlah. Dah seminggu dah awak tidur. Tak penat ke tutup mata? Saya rindu awak ni. Saya nak sangat dengar awak ketawa dengar lawak saya. Lawak bodoh saya. Kalau awak nak tau, saya sanggup tau tunggu awak walau awak nak sambung tidur sampai setahun. Tapi saya tak kuatlah kalau awak asyik tidur je." Kata Marwan kepada Mira yang sedang terbaring kaku.
Ingin sahaja digoncang tubuh kaku itu untuk bangkit dari koma namun, dia sedar akan tindakan bodohnya itu. Sedang asyik berbicara sendiri, pintu terkuak dari arah luar. Wajah sugul Shah muncul menyapa matanya. Senyuman dihadiahkan. Dia membalasnya. Pahit.
"Apa khabar?" Soal Shah sambil berjabat tangan dengan Marwan.
"Baik, kau?" Soal Marwan kembali.
"Macam nilah." Jawab Shah ringkas. Marwan hanya mengangguk.
"Mira macam mana?" Soal Shah lagi.
"Masih tiada tindak balas. Dah seminggu macam ni." Jawab Marwan sambil matanya tak lepas memandang wajah lesu Mira.
"Aku sebenarnya rasa bersalah dengan apa yang jadi. Aku tau semua benda ni jadi sebab aku. Kalau aku tau benda ni jadi,..."
"Bro, takpelah. Dah berapa kali kau cakap macam tu. Tak baik cakap begitu. Seolah-olah kau menyalahkan takdir yang Allah dah tulis untuk kita semua." Pintas Marwan. Shah hanya terdiam sambil merenung wajah bekas isterinya itu.
"Sejujurnya, aku sangat rindu nak dengar dia ketawa. Nak dia ni bermanja macam dulu." Kata Shah. Marwan hanya diam tidak berkutik.
"Dan kalau boleh, aku nak rujuk balik dengan Mira. Aku sedar yang aku bersalah. Aku sedar yang aku masih sayang dekat dia." Sambung Shah. Kata-kata Shah itu berjaya mencuri perhatian Marwan. Bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan Shah sebentar tadi. Marwan tersenyum kelat.
"Apa-apa pun kita doakan yang Mira cepat sedar. Semua orang pun merindui dia." Kata Marwan cuba menutup gelisahnya. Dia gelisah kerana bunganya akan dipetik buat kesekian kalinya oleh orang yang pernah membuangnya suatu ketika dahulu.
Dia meminta diri untuk memberi ruang buat Shah 'berbual' dengan bekas isterinya itu. Dia sedar bahawa dia bukanlah berhak untuk menghalang Shah memandangkan Mira bukan miliknya.
Kini, ruang itu hanya dipenuhi dengan khayalan Shah. Dia mengambil duduk disebelah Mira. Wajah tenang Mira diamatinya. Terasa ingin sahaja dipeluknya sambil melafaz maaf. Namun dia sedar bahawa semua itu hanyalah sia-sia.
Begitu lama dia duduk diatas kerusi itu sambil memerhati Mira. Tanpa disedari, dia turut terlelap membawa rindu yang tidak dapat tertanggung itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------HAII DEAR READERSSS !!!!!!!!!!!! AUTHOR MINTA MAAF SEBAB LAMA TAK UPDATE (T-T) SOOOOOOOO, BAB KALI NI MACAM MANA? HARAP SEMUANYA TIDAK BINGUNG. SEBAB AUTHOR PASTI YANG MIRA AKAN BUNTU UNTUK PILIH SIAPA. SHAH YANG PERNAH MENYAKITI DAN BERJANJI UNTUK BERUBAH ATAU MARWAN YANG SETIA MENANTI TANPA RASA JEMU?
AUTHOR MINTA MAAF KALAU BANYAK SANGAT TYPO. DANNNNNN, THE MOST IMPORTANT THING IS DON'T FORGET TO COMMENT AND CLICK VOTE. LOVEYOU DEAR READERSS. XOXOD
YOU ARE READING
Suami Aku Arkitek Cinta!!!
RomanceHope enjoy dgn crita sya yg tak sberapa ni❤ Terima kasih pada yang sudi support! Loveyou alls!!