Mira menekan loceng rumah agam itu. Terlihat seorang wanita separuh abad berlari anak mendapatkannya.
"Assalamualaikum makcik, Puan Sri Zaitun ada tak?" Soalnya apabila wanita tersebut menghampiri pagar rumah itu.
"Ada puan. Emm, kalau saya tak silap ini Engku Amira kan?" Kata-kata wanita tersebut dibalas anggukkan dan senyuman mesra. Terlihat wanita tersebut tersenyum gembira lalu terkocoh-kocoh membuka pagar.
Dia mengikuti langkah wanita tersebut menuju ruang tamu rumah.
Saat melabuhkan punggung pada sofa yang empuk itu, matanya tertangkap sebingkai gambar yang mematikan senyumannya.Terlihat seorang wanita yang sungguh cantik berdiri disebelah kanan lelaki yang pernah dicintainya itu.
Dia segera membuang pandang kearah lain. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir perlahan.
"Mira dah lama sampai?" Suara itu membuatnya menyeka pantas air matanya itu.
Dia menoleh kearah belakangnya. Terlihat seorang wanita yang hampir seumur dengan mamanya itu. Sopan sahaja pemakaian sederhana Puan Sri Zaitun itu. Sangat berbeza dengan anak tunggalnya, Wina.
"Mira dah lama sampai?" Soalan pertama Puan Sri Zaitun memecah tembok bisu di antara mereka sedari tadi.
"Baru je ni. Aunty sihat?" Soal Mira kembali.
"Macam ni la," Kata Puan Sri Zaitun sambil mempelawa duduk.
Puan Sri Zaitun menilik setiap inci wajah Mira. Sungguh elok luar dan dalam. Terkadang, dia terfikir sebab anaknya, Wina, iri hati terhadap Mira.
"Mira, sebenarnya aunty ada nak bagitau something ni. Tapi, aunty harap sangat yang Mira tak marah dah dekat sesiapa lepas ni? Boleh?" Ayat Puan Sri Zaitun berjaya menarik minatnya.
"Aunty, just tell me." Kata Mira sambil menggenggam erat tangan tua itu. Harapannya agar dia turut kuat untuk mendengar apa sahaja yang meluncur keluar dari Puan Sri Zaitun.
Puan Sri Zaitun membalas genggaman itu sambil menarik nafas mencari kekuatan membuka kata.
"Sebenarnya, segala keretakan rumah tangga Mira dan Shah dulu berpunca daripada anak aunty," Kata-kata Puan Sri Zaitun itu dibalas pandangan bingung Mira.
"Apa aunty cakap ni? Dah, jangan main-main la," Kata Mira cuba mengawal emosinya yang sedikit terganggu.
"Mira, sebenarnya Wina dah gunakan jampi pengasih keatas Shah. Aunty sangat-sangat menyesal sebab tak bagitau Mira hal ni selama ni.
Segalanya terjadi sewaktu kad kredit Wina telah di sekat oleh ayahnya. Dia sangat terdesak untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Aunty cuma tahu yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Shah selain kebergantungannya terhadap kekayaan milik Shah.
Aunty terpaksa beritahu hal yang sebenar sebab aunty rasa sangat bersalah dekat Mira dan Shah. Aunty dah beri Shah pelbagai jenis perubatan. Sekarang kesannya masih samar lagi sebab Wina masih meneruskan niat kotornya itu." Puan Sri Zaitun menjelaskan hal tersebut sambil teresak-esak menahan tangisan sesal beliau.
Penjelasan yang baru di dengar dari Puan Sir Zaitun bagai halilintar yang bisa membuat dia hilang kekuatan. Dia melihat wajah Puan Sri Zaitun yang basah dengan air mata. Tidak tergamak dia melihat wajah sedih itu.
Lantas, dia memeluk Puan Sri Zaitun dengan eratnya.
"Aunty, Mira tahu niat aunty baik dalam berterus-terang. Mira tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam hal Mira dan Shah. Bagi Mira, Shah bukanlah jodoh Mira. Mira pasrah dengan apa yang jadi, aunty" Kata Mira dalam pelukan itu.
Puan Sri Zaitun melonggarkan pelukan mereka lantas menangkap anak mata Mira yang penuh dengan kecewa dan derita.
"Mira, pasrah itu menyerah, redha itu berserah. Aunty yakin yang Shah mampu dipulihkan semula." Kata Puan Sri Zaitun kemudian kembali memeluk tubuh muda itu.
Mira lemas di dalam air mata. Dia memandang kosong.
'Masihkah ada ruang istimewa itu buat insan bernama Shah Iskandar?'
_________________________________________
JENG JENG JENGGG.. WHAT'S NEXT? SHAH KENA JAMPI? JAMPI PENGASIH PULAK TUU. KEJAM WINA, KESIAN DEKAT PUAN SRI ZAITUN.BIARPUN MIRA DAH TAHU KEBENARANNYA, MENGAPA DIA MASIH BERBOLAK-BALIK? ADAKAH HATINYA SUDAH TERTUTUP UNTUK SHAH? HAH.. TUNGGU NEXT CHAPTER
SORRY SANGAT SEBAB LAMBAT SANGAT² UPDATEE😢 LATELY NI AURTHOR SANGAT BUSY. MAAFLAH SEBAB LAMA TUNGGU.😩.
LEPASNI, AURTHOR CUBA CARI MASA UNTUK LENGKAPKAN CHAPTER SETERUSNYA. KEEP YOUR COMMENT N VOTE READERSS😘THANKS SEBAB SUDI TUNGGU😅
YOU ARE READING
Suami Aku Arkitek Cinta!!!
RomanceHope enjoy dgn crita sya yg tak sberapa ni❤ Terima kasih pada yang sudi support! Loveyou alls!!