Bab 42

3.5K 105 11
                                    

Marwan mengambil duduk disebelah wanita yang terbaring kaku selama 2 hari itu. Langsung tiada pergerakkan yang dilahirkan daripada tubuh genit itu. Alunan Surah Yassin yang sentiasa menemani wanita itu turut mendamaikan hatinya.

"Dah 2 hari awak tak sedarkan diri, Mira. Dan selama 2 hari jugalah saya rasa hidup saya betul-betul kosong tanpa melihat senyuman awak. Tolonglah sedar. Masih banyak disini yang memerlukan dan menyayangi awak." Kata Marwan dalam sebak. Sungguh hatinya sedih menahan perasaan sakit itu. Dia tunduk lalu menangis teresak-esak. Denyutan nadi yang teratur pada skrin itu dilihatnya. Sambungan hos air pada badan Mira diperhati satu persatu. Sayu hatinya melihat keadaan Mira kini.

Ketukan pintu menyentaknya. Terjengul wajah comel Airil disamping Engku Alia. Pimpinan tangan Engku Alia dileraikan lantas mencium dan memeluk tubuh kaku sang ibu. Kesayuan hati Marwan bertambah saat tubuh kecil itu mencium tangan Mira. Dia berdiri lalu bersalaman dengan Engku Alia.

"Marwan dah lamakah kat sini?" Soal Engku Alia. Melihat wajah Marwan yang agak kusut itu, hati Engku Alia terdetik sesuatu.

"Marwan pergilah balik rumah dulu. Rehat. Biar aunty jaga Mira." Kata-kata Engku Alia hanya dibalas anggukan lemah. Secara jujur, kakinya berat mengatur langkah. Namun Engku Alia sudah seperti ibunya sendiri. Hendak atau tidak, dia mesti akur.

Tidak lama selepas Marwan berlalu, wajah Shah muncul dihadapan Mira. Engku Alia menghadiahkan sebuah senyuman kepada bekas menantunya itu. Shah membalas senyuman itu lalu mengambil duduk bersebelahan katil wanita kaku itu.

Airil yang sedang berbaring diatas sofa terus bergerak keluar daripada bilik itu. Sakit hatinya masih bersisa saat dia mendengar khabar bahawa papanya merupakan punca uminya terlantar kaku.

"Airil. Umi awak tu accident sebab papa awak kan?" Kata-kata yang keluar daripada mulut rakan sekelasnya itu membingitkan telinganya.

"Papa saya sayang umi la. Dia takkan sakitkan umi. Awak apa tau," Kata Airil sambil mengasah pensilnya.

"Mana awak tau. Papa awak tu tak sayang umi awaklah. Kan dia tu dah kahwin dengan model. " Sang rakan menambah lagi. Airil berpaling lalu duduk semula diatas kerusinya.

"Papa awak tu tak sayang umi awaklah. Dialah punca umi awak accident. Benda tu semua ada dalam internet. Ibu saya yang beritahu." Kata rakannya lagi kemudian berlalu. Airil duduk termenung di mejanya.

Deringan loceng tamat sesi persekolahan mematahkan lamunannya. Langkah lesu diatur kearah Engku Alia. Engku Alia yang perasaan kelesuan sang cucu lantas turun dari kereta kemudian mendapatkan sang cucu. Airil hanya membalas kosong pelukan yang dihadiahkan kepadanya itu.

Sepanjang perjalanan pulang, Airil lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah yang ditanya langsung tidak mendapat balasan daripada si cilik itu. Engku Alia berasa tidak sedap hati dengan perubahan drastik cucunya.

Sampai sahaja dirumah, Engku Alia lantas mendapatkan cucunya untuk mengetahui masalah yang mungkin dihadapi Airil.

"Airil, boleh nenek tanya sesuatu?" Soalan Engku Alia dibalas anggukan.

"Airil ada masalah dekat sekolah? Sebab nenek tengok Airil macam takde mood je. Share with me." Kata Engku Alia sambil mengusap kepala Airil.

"Tadi kawan Airil cakap umi accident sebab papa. Sebab papa dah tak sayang dekat umi." Kata-kata Airil itu mengejutkan Engku Alia.

"Dari mana lagi dia dengar tu. Takdelah. Umi dengan papa Airil tu okey je." Kata Engku Alia cuba menutup pekung.

"Dia cakap, mama dia bagitahu semua sumber tu dari internet." Kata Airil lagi. Engku Alia merapatkan jaraknya dengan Airil.

Suami Aku Arkitek Cinta!!!Where stories live. Discover now