Bab 26

3.7K 143 0
                                    

"Makin cantik umi Airil ni. Nak dekat 4 tahun jugak baru dapat jumpa you." Kata lelaki itu sambil matanya ralit memerhati segenap inci dan lekuk pada wajah Mira.

"Manada la, biasa je ni. Hah, awak tu.. entah bila la nak kawin. Weihh, aku dah ada anak satu la. kawin la kau.. adoii la Dil" Kata-kata Mira itu disambut tawa Aidil.

'Aku tunggu kau ni,' Jerit hati Aidil.

"Aku nak jugak kawin, tapi tu la.. Aku tunggu², cari².. tak jumpa,"

'Yang sama macam awak, Mira'. Namun, kata²nya yang terakhir itu hanya dapt diluahkan di dalam hati.

"Apa lagi kau nak cari? Kau nak perempuan yang macam mana lagi?" Soalan Mira itu membuatkan Aidil menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih kambing.

'Eh, mamat ni.. aku tanya dia, dia dok sengih. Bagi kang'

"Entah la Mira.. Belum masanya kot. Tunggu la. Manalatau jodoh aku dah sampai, nanti aku jemput la kau," Kata Aidil.

"Bagi seat VVIP erk? hehe" Kata Mira sambil tersengih.

"Mestilah,"

'Kau kan bride aku. Ahh.. tak habis² lagi kau ni Aidil'. Aidil berperang dengan perasaan sendiri. Amat sukar baginya melupakan Mira. Dia tahu Mira dan Shah sudah tidak mempunyai sebarang hubungan. Namun, hal itu bukanlah mudah baginya untuk menggantikan tempat Shah.

Mira menghirup hot chocolate kegemarannya. Aidil banyak berubah. Wajahnya yang mempunyai iras² Pakistan dengan hidung yang mancung, kulit agak gelap, matanya yg bundar brwarna coklat pastinya dapat mencairkan hati wanita yang melihatnya. Dan sedikit jambang menambahkan seri kejantanannya.

"By the way, macam mana you kenal Airil? I tak pernah cerita pun dekat you pasal my son tu," Soal Mira.

"Ernie yang cerita. Sejak you pergi membawa diri 4 tahun lalu, infomasi pasal awak semuanya saya dapat dari Ernie. Tapi, awak jangan salahkan dia. Saya yang paksa dia untuk bagitau saya pasal awak." Terang Aidil. Hmm.. Ernie ni pun satu. Tak boleh nak simpan rahsia dari Aidil.

Mira menarik nafas lalu menghembus berat. Aidil perasan dengan perubahan riak serta keluhan halus Mira.

"Mira, if you don't mind.. i want to ask you about something," Kata Aidil, takut².

"Yeah, what is it?"

"Okey, i straight to the point jelah ya. Hmm, kau dengan Shah still together lagi ke?" Soalan yang meluncur keluar dari bibir Aidil itu tidak sedikit pun memeranjatkan Mira. Dengan wajah yang tenang, Mira menarik dan menghembus perlahan nafasnya. Dia segera mengatur emosinya.

"Aku dengan Shah sudah tidak bersama selama 3 tahun. Dan selama 3 tahun tu jugak la aku hidup dalam sengsara." Dapat dilihat dengan jelas air yang mula bertakung di pelupuk mata bulat milik Mira.

"Tulah aku ni bekerja keras atas hak penjagaan anak. Aku taknak la anak yang aku kandung 9bulan 10 hari senang² je dibawah jagaan Shah. Aku taknak la anak aku hidup dengan ibu tiri dia. Wina tu, bukannya betul sangat." Tanpa disedar, air matanya mula mengalir perlahan dari hujung matanya. Sakit dan payah yang ditanggungnya selama ini, sedaya upaya dihadamnya sendiri. Malah, perkahwinan Wina dan Shah yang berlangsung sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya di Jepun, menambah membakar semangatnya untuk terus berjuang menghadapi segalanya sendirian.

Surat tuntutan cerainya yang telah diluluskan ditandatangani bagaikan belati yang mencucuk serta menghiris lalu mematahkan tangkai hatinya dihadamnya sendirian.  Namun sehingga kini, dia masoh tidak ada mendengar khabar berita dari pihak bekas suaminya.

Turun naik mahmakah sendirian demi membela nasib badan. Ammar dan Ammer ingin menghulurkan bantuan, namun ditolak sementah-mentahnya oleh Mira. Cukuplah selama ini dia terhutang budi dengan Shah. Jangan lagi dia menambahkan budi biarpun dengan saudara kandung sendiri.

Selama 4 tahun dia menderita sendirian. Membesarkan anaknya sendirian. Dia bersyukur kerana masih dikurniakan ibu bapa yang memahami serta sentiasa menyokong gerak langkahnya.

Aidil menggenggam erat tangan Mira cuba menghulurkan sedikit kekuatan. Mira menepis genggaman itu, lembut. Mira memberikannya senyuman yang manis, tpi senyuman itu hanya lahir di bbir bukan pada matanya.

'Aku berjanji akan membuatkan wanita yang ku sayangi ini kembali mengecap bahagia yang memang dia perlu dapatkan. Apa jua caranya. Walau sesusah mana sekalipun. Aku berjanji akan terus berada di sisinya ketika dia jatuh dan bangun, disaat dia suka apatah lagi ketika berduka.' Aidil mula memasang janjinya pada dirinya sendiri demi wanita yang dia cintai dari dulu itu.

----------------------------------------------------------------------
Dear readers, author minta maaf sangat² sebab lambat sngt update for the next chapter. Author buntu sebenarnya nak sambung macm mana lagi😅. Sorry sangt sebab crita ni lmbat update dan buat my lovely readers tertunggu². But i promise.. author akan terus buat yang terbaik.

Jangan lupa terus VOTE and COMMENT. Sebab semua tu memang mmbakar semangat untuk terus sambung citer ni. Ok la. Love you readers💕

Suami Aku Arkitek Cinta!!!Where stories live. Discover now