Bab 46

2.7K 87 1
                                    

3 BULAN KEMUDIAN...

Deringan telefon bimbitnya yang bingit itu diangkat.

Private number? Kening Mira bertaut.

"Hello," Sahutan Mira tiada sahutan.

"Hello, kalau awak tak bersuara saya matikan dan block number awak ni," Kata Mira sedikit mengugut.

"Berhati-hati dalam setiap langkah. Berjaga-jaga didalam celik. Harimau menanti kancil memasuki perangkap samar." Kata suara garau dihujung sana.

Mira terkedu. Belum sempat dia bersuara bagi menanyakan gerangan itu, talian telahpun dimatikan.

"Orang nak try berpuisi kot," Kata Mira kemudian berhati-hati memandu keretanya bagi menjemput anaknya, Airil di sekolah.

SUASANA panas memaksa Mira untuk membelok ke cafè berdekatan. Masih sempat lagi singgah sekejap beli air.

Aduh, tutup pulak. Time aku kering tekak la dia tutup.

Dia kemudiannya membelok kearah lain.Dengan sabar dia menanti giliran di McD Drive Thru itu. Sampai sahaja gilirannya, dia terus memesan 2 McFlury, 1 set meal dan beberapa pesanan lain buat si cilik.

Dia terus mengambil jalan singkat untuk tiba di sekolah itu. Nasibnya baik kerana waktu persekolahan belum lagi tamat pada hari itu.

Dia memarkir keretanya dihadapan pondok perhentian bas. Dari biasan cermin pandang belakangnya, dia perasan bahawa ada sebuah kenderaan yang sedari tadi mengekorinya. Dia mengunci pintu keretanya. Risau juga dia kalau-kalau ada perkara yang buruk berlaku.

Dia menanti dengan tenang waktu persekolahan itu tamat. Kereta yang sedari tadi berada di belakangnya tidak berganjak juga. Mungkin dia tunggu anak jugak kot. Apalah. Ni kan sekolah.

KRIINGGG !!!
Selepas 5 minit loceng pulang dibunyikan, terlihat wajah ceria Airil serta beberapa orang rakannya. Sedar tak sedar, Airil sudah pun menginjak 9 tahun. Cepat betul masa berlalu.

"How was your school today, honey?" Soal Mira sebaik anaknya itu duduk disebelahnya.

"Good je umi." Kata Airil sambil meletakkan begnya di tempat duduk belakang.

"Ehh, ada McFlurry laa. Untuk Airil ke ni umi?" Soal Airil. Mira mengangguk sambil mengusap kepala anaknya. Manja. Dengan mata yang bersinar, Airil menjamah McFlurry kegemarannya itu.

"Umi, kita jumpa papa? Airil rindu la. Tadi semua kawan-kawan Airil cerita pasal ayah masing-masing. Kita jumpa papa ya, umi?" Permintaan sang anak meruntun hati sang ibu. Sanggupkah aku bersemuka dengan Shah. Rasanya dah hampir 4 bulan dia tidak bersua muka dengan Shah.

Kali terakhir dia melihat wajah itu adalah sebelum kemalangan berlaku. Ya, dia sudah pulih. Tetapi belum pulih sepenuh. Banyak terapi yang perlu dia jalani. Marwan? Semakin hari semakin rapat dengannya.

Namun, dia sedar bahawa dia menyayangi Marwan adalah tidak lebih dari seorang sahabat. Dia akui dia masih cintai Shah. Amat payah baginya untuk melupakan bekas suaminya itu.

"Okey, nanti kita pergi jumpa papa. But make sure kerja sekolah Airil siap. Lepastu, baru umi bawa Airil jumpa papa. Deal?" Kata Mira kemudian mematikan enjin kereta.

"Yeyeyy, orait umi. Lepas mandi, Airil terus buat kerja sekolah. Sayang Umi," Kata Airil kemudian mencium pipi mulus itu.

"Sama-sama sayang. Dah, jom." Kata Mira sambil membuka pintu kereta.

DIA bagaikan tidak percaya akan perkara yang baru berlaku sebentar tadi. Mira menghubunginya untuk ajak berjumpa.

Alah, rindu la tu. Tapi guna Airil sebagai alasan. Ishh, memandai je Shah ni.

Dia merapikan meja serta dirinya kemudian berlalu keluar dari bangunan gah itu. Tidak sabar rasanya bertemu dengan wanita yang paling dicintainya itu.

SAMPAI  sahaja dihadapan restoran itu, Airil dengan pantas berlari mendapatkan papanya. Rindu benar gamaknya. Sengaja Mira lambat turun daripada kereta untuk melihat reaksi si anak.

Dia kemudiannya melangkah keluar daripada kereta tersebut. Terlihat wajah Shah tersenyum kepadanya. Belum sempat Mira membalas senyuman itu, mulut serta hkdung Mira ditekup dengan sapu tangan yang mempunyai kandungan kloroform itu.

Wajah kaget Shah jelas terpancar. Terdengar teriakan Airil yang memanggilnya yang telah pun ditarik masuk ke dalam van itu.

Dia meronta-ronta minta dilepaskan sebelum semuanya bertukar gelap.

___________________________________
GAISSSS.. APA JADI NIII? SIAPA YANG MENCULIK MIRA NI? ISHH. MASALAH TAK PERNAH HABIS-HABIS DATANG. KESIAN MIRA.

DEAR READERS, JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT YAAA.. LOVE YOUU💕

Suami Aku Arkitek Cinta!!!Where stories live. Discover now