Mira terkejut apabila terbaca sebuah artikel yang menjadi tajuk utama di dada akhbar itu. Berulang kali dia mengulangi bacaannya. Ya, memang dia tidak silap.
Shah dan Wina bercerai? Baru je kot Shah tinggalkan aku. And kalau aku tak silap, diorang ni baru je kahwin.
Dia membelek lagi helaian akbar itu. Artikel penuh perlu dibacanya. Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah Shah yang terlihat cengkuk itu.
Kenapa wajah Shah macam tu? Macam tak cukup tidur. Macam tak cukup rehat.
Kemudian dia teringat kembali cerita mamanya mengenai apa yang terjadi.
"Mira sebenarnya dah koma selama seminggu sebab kemalangan tempoh hari. Panjang ceritanya kalau nak dicerita semula. Lagipun, doktor dah sarankan supaya biarkan Mira berehat dahulu.
Komplikasi pada kepala Mira yang menjadi punca Mira hilang ingatan jangka pendek. Dan kalau Mira nak tahu juga, selama Mira terlantar koma tempoh hari, Shah dan Marwan la yang selalu teman dan tengok-tengokkan Mira."
Marwan!
Dengan langkah yang cepat, dia menuruni anak tangga. Susuk tubuh yang dicarinya tidak kelihatan. Dia bergegas ke taman mini rumah agam itu.
A haa.. found you.
"Mama." Kata Mira sambil berjalan tenang kearah wanita itu. Engku Alia berpaling memandang kearah suara itu. Dia tersenyum.
"Ma, can i ask you something?" Soal Mira sambil tangannya bermain dengan bunga Orkid itu. Engku Alia meletakkan hos lalu menghampiri anaknya.
"Apa dia?" Soal Engku Alia.
"Em, Marwan tu yang tinggi-tinggi hitam manis tu erk?" Soalnya. Engku Alia memandang hairan.
"Mana Mira tau Marwan macam tu orangnya?" Soal Engku Alia lagi.
"Haritu, waktu Mira joging.. ada sorang mamat ni jumpa kunci kereta Mira yang jatuh. Then, dia perkenalkan diri dia Marwan. I think, dialah Marwan yang mama sebut haritu." Balas Mira. Engku Alia memimpin tangan anaknya untuk duduk diatas kerusi batu disitu.
"Mama rasa, sekarang ni bukanlah masa yang sesuai untuk Mira kenal orang dulu. You need to have an enough rest. Mama taknak Mira sakit lagi.
Dah, jom kita masuk dalam rumah," Kata Engku Alia. Mira hanya akur.
DIA menghela nafas berat. Apa yang baru dilihatnya tadi amat menyakitkan matanya.
Mira yang sedang jalan beriringan dengan Marwan itu diperhatikan tajam. Sikit lagi Marwan nak masuk jarum. Dan dia sedar bahawa barisannya akan dipotong.
'Ah, not that easy man. Ini Shah la.' Getus hati kecilnya dengan hati yang membara.
JUS avocado dihirup perlahan. Lega tekak dapat basah oleh jus kegemarannya itu. Hampir satu mall itu dijelajahinya. Namun, satu pun tidak menarik minatnya.
Dari satu kedai ke kedai yang lain. Dari kedai berjenama besar hingga kedalam butik biasa. Semuanya tidak menarik minatnya. Dia mengetatkan ikatan tali kasutnya.
"Hai, sendiri je?" Soal suara Itu. Mira yang terkejut lantas mendongakkan kepalanya. Namun, malang baginya kerana kepalanya terhantuk sedikit pada meja.
Aduhh, sakitnya. Dahlah sakit, malu pulak tu. Huhuh
"Eh, awak okey?" Soal suara itu prihatin. Mira menjulingkan matanya keatas. Butakah apa? Kalau orang terhantuk kat meja, okey ke tak okey? ishh
Mira mendongak perlahan. Marwan tersenyum manis. Alahaii, sakit di kepala terus hilang gamaknya. Heheh. Gatal.
"Saya okey." Jawabnya sambil menggosok kepalanya. Marwan menggeleng.
"Kalau tak okey, cakap tak okey. Jangan tunjuk kuat la, budak kecik." Kata Marwan sambil tertawa kecil. Mira menjeling tajam Dahlah awak tu jadi penyebab saya terhantuk, adakah patut panggil mak budak ni budak kecik? ishh
"Lah, betullah saya okey. Sakit sikit je kot," Kata Mira cuba membela diri.
"Tak sangka kita boleh jumpa kat sini kan?" Kata Marwan.
"Mira sendiri?" Soal Marwan lagi. Mira menjulingkan matanya keatas.
"Taklah, ramai ni hah. Tak nampak?" Kata Mira berloyar buruk. Dia tersenyum manis sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.
Haih, Mira ni. Dia buat muka comel lagi. Gigit kang. Marwan berdehem.
" Amboi, kemain loyar buruk awak erk. Dahlah. Manalatau awak datang dengan bakal suami ke?" Kata Marwan lagi.
"Takde maknanya saya jalan dengan bakal suami la. Saya lagi suka jalan sendiri." Kata Mira pula.
"Eh, awak cari apa sebenarnya? Manalatau saya boleh tolong cari." Soal Marwan.
"Saya nak cari baju untuk aqiqah anak kawan saya nanti. Nak survey dulu. Lagipun, anak saya sekolah. Jadi nanti hujung minggu tinggal beli je. Kesian anak saya kalau saya ajak pusing 1 mall." Kata Mira kemudian menghirup sehingga habis jusnya.
Marwan mengangguk. Dia turut menghirup cappucinonya yang dibelinya di Starbuck tadi.
"Jadi, dah jumpa la?" Soalnya. Mira menggeleng kecewa. Marwan menatap wajah ayu itu. Sungguh dia rindu Mira yang dahulu rapat dengannya. Naum kini seperti rakan biasa sahaja.
"Awak nak tak kalau saya yang temankan awak? Lagipun, saya pandai tau dalam hal-hal pemilihan baju ni" Marwan membuka jalan. Mira memandang wajah Marwan.
Hemm, nampak ikhlas. Why not cuba dulu Mira.
"Okey then. Let's continue our journey," Kata Mira kemudian disambut tawa Marwan.
Alahai, sekali pandang macam pasangan kekasih.
___________________________________
ADAKAH MARWAN YANG AKAN MEMENANGI PERLUMBAAN INI? ATAUPUN MASIH SHAH YANG MENJUARAINYA? JUST WAIT AND SEEEEEEDONT FORGET TO KEEP VOTE AND COMMENT GAISSS.. ILOVEYOUUUU ALLSSS💕
YOU ARE READING
Suami Aku Arkitek Cinta!!!
Roman d'amourHope enjoy dgn crita sya yg tak sberapa ni❤ Terima kasih pada yang sudi support! Loveyou alls!!