Inspektor Syamim membetulkan duduknya agar berhadapan dengan Mira.
"Kenapa you sampai tak menyempat nak bagitau esok?" Kata Mira dalam keadaan terkejutnya yang masih belum kebah.
Inspektor Syamim tersengih. Panas hati Mira diperlakukan sebegitu. Kejadian yang lepas membuatkan dia fobia.
"Tak, i bukan apa. I dah dapat tau siapa yang langgar lari ex husband you haritu." Kata- kata Inspektor Syamim itu berjaya mencuri perhatiannya.
"Cepatnya you buat kerja. So? Siapa dia?" Kata Mira tidak sabar.
"His wife." Pendek sahaja balasan Inspektor Syamim.
"Wina? Are you sure Syamim? Jangan buat andaian sembarangan. Nanti kita yang susah."
"Yes. Wina. His wife. I dah siasat segala-galanya. I tau semua rancangan buruk Wina. And yang beritahu semua ni ialah, ibu kandung Wina sendiri. Puan Sri Zaitun." Kata-kata Inspektor Syamim itu bagai halilintar membelah dadanya.
"Tapi, kenapa Puan Sri sanggup beritahu semua ni?" Soal Mira, tidak berpuas hati.
"Puan Sri suruh you sendiri yang jumpa dia." Inspektor Syamim merenung dalam wajah Mira. Mira menghela nafas. Berat.
Entah mengapa Puan Sri Zaitun membocorkan rahsia anaknya. Pasti ada sebab disebalik segala yang berlaku.
Setelah Inspektor Syamim keluar dari kereta, niatnya untuk pulang kerumah terbantut.
Telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Terpampang jelas nama Airil. Dia tersenyum melihat panggilan itu.
"Assalamualaikum Umi, Umi kat mana tu?" Soalan anaknya itu membuatkan dia meneruskan niatnya untuk balik ke rumah yang tergendala tadi.
"Waalaikumsalam anak Umi. I'm on my way to home. Sekejap lagi Umi sampai ya?" Kata Mira, lembut.
"Tapi kenapa Umi balik lambat sangat ni? Umi masih jaga papa Airil ke?" Soal Airil lagi.
"Banyak kerja Umi la sayang. Sekejap lagi Umi balik. Papa Airil dah sedar dah. Esok Umi bawak Airil lawat papa, nak?" Soalan Uminya itu membuatkan matanya bersinar-sinar.
"Yeahhh, Umi ajak Airil lawat papa. Yeah yeah." Sorak Airil di hujubg talian. Mira tersenyum nipis.
"Dah, Airil pegi la tidur dulu. Tak perlu tunggu Umi sampai rumah. Nanti lambat pulak bangun lawat papa Airil esok." Kata Mira.
"Okey Umi. Airil want to take a nap now. Bye Umi. Hati-hati tau. Assalamualaikum." Kata Airil, petah.
"Okey Airil. Waalaikumsalam." Kata Mira lalu mematikan talian.
Dia segera bergerak pulang kerumahnya dengan pelbagai rencana di dalam mindanya.
. . .
"Umi, wake up. Nanti kita lambat pula nak lawat papa Airil." Kata Airil sambil menepuk lembut bahu Uminya.
Mira membuka perlahan matanya. Terlihat bidadari syurganya sedang tersenyum comel dihadapannya. Diusap lembut kepala anaknya.
"Umi, cepat la. Nanti lama papa Airil tunggu Airil. Pergi mandi. Airil dah siap ni." Kata Airil sambil menarik lengan Uminya untuk bangkit.
"Ya sayang. Umi nak mandilah ni. Dah, pergi tunggu Umi di meja makan. Kejap lagi Umi datang." Kata Mira sambil mengusap lembut pipi anaknya.
"Okey Umi," Kata Airil sambil berlari anak keluar bilik. Mira melihat sahaja tingkah anaknya yang teruja untuk bertemu bapa kandungnya.
Mira mencapai tuala lalu menyiapkan dirinya. Dia mengenakan kemeja hitam dan seluar slack berwarna krim. Dia menyanggul kemas rambut paras bahunya itu.
YOU ARE READING
Suami Aku Arkitek Cinta!!!
RomanceHope enjoy dgn crita sya yg tak sberapa ni❤ Terima kasih pada yang sudi support! Loveyou alls!!