Bab 31

3.3K 131 7
                                    

SEBULAN berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar, Mira kembali duduk diatas kerusi pejabatnya selama hampir 5 tahun ditinggalkan. Dia menyelak langsir pejabatnya untuk melihat panorama alam semulajadi.

Matanya menangkap 2 susuk tubuh lelaki dan wanita berumur separuh abad. Lelaki tua tersebut melentokkan kepalanya keatas bahu wanita tua tersebut sambil tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan tua isterinya. Mereka tertawa bahagia. Entah apa yang mereka sedang bualkan.

Mira tersenyum sendiri. Alangkah indahnya kalau aku dapat begitu sehingga ke akhir hayat. Mira menggumam sendirian.

"Puan, kita ada emergency patient." Kata Alia selaku stafnya dengan keadaan kelam kabut.

Mira segera mencapai kaca matanya lalu bergegas ke wad kecemasan.

"Lelaki. Lingkungan 30an. Kes langgar lari. Terdapat pendarahan kuat pada bahagian kepala serta anggota badan sebelah kiri." Terang Alia sambil mengejar langkah laju Mira.

Mira segera berlari menuruni anak tangga. Dalam kes kecemasan, dia lebih cekap menggunakan tangga berbanding lif. Kerana baginya, lif hanya melambatkan pergerakkannya.

Sampai sahaja di tingkat bawah lobi kecemasan, dia dapat melihat kawasan itu mula dipenuhi wartawan. Hatinya tergerak untuk mengetahui identiti lelaki yang Alia maksudkan sehinggakan begitu ramai wartawan berhimpun di situ.

Kakinya segera melangkah masuk ke wad kecemasan. Para staf serta Doktor Lukman selaku Pakar Bedah disitu bergerak pantas cuba menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Mira bergerak mendekati katil itu.

Langkahnya mati apabila terpandang seraut wajah yang amat dikenalinya. Ya, Shah. Dia tergamam. Dia tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya itu.

Dia mendekati lagi katil itu dengan penuh profesional. Dia pantas membantu Doktor Lukman menyelamatkan bekas suaminya dengan linangan air mata.

SETELAH hampir sejam Shah bertarung nyawa, akhirnya mereka dapat menyelamatkan satu lagi hamba Allah. Mira pantas bergerak ke bilik rehat untuk sembahyang sunat. Begitulah rutinnya selepas sesuatu pembedahan dijalankan.

Lagipun, dia terlihat wajah Wina sedang menunggu keputusan disebalik pintu. Dia hanya membiarkan Doktor Lukman untuk menyampaikan berita baik itu.

Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati katil Shah. Dilihatnya seraut wajah yang pernah dicintainya itu. Lelaki yang pernah memberikan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan. Lelaki yang pernah dicurahkan penuh perhatian serta kepercayaannya setelah kepercayaannya terhadap lelaki luntur. Ya, dia mengakui bahawa dia masih mencintai bekas suaminya itu. Dia sentiasa berdoa agar Allah menunjukkan kekuasaanNya untuk membuktikan segala kesahihan.

Dia segera melangkah keluar dari bilik Shah untuk meneruskan kerjanya. Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia menemani brkas suaminya itu sehingga sedar.

Baru kakinya mencecah ruang menunggu, Wina memandang berang wajahnya.

"Berani kau tunjuk muka kau kat sini? Hei, dia tu laki aku. Kau tu cuma BEKAS ISTERI. Lagipun, kau takde hak nak tengok dia kat sini la, perempuan tak tau malu." Kata pedas Wina itu hanya dibalas dengan pandangan kosongnya.

"Puan Wina ni nak meroyan dah kenapa? I'm the owner of this hospital. Saya yang berkuasa kat sini. Lagipun, i'm a doctor. That was my job. Rawat and jaga patient. Lagipun puan, bukan laki pun sorang je tau yang saya rawat. Banyak lagi tu hah nak perhatian saya. Kan saya ni DOKTOR. Okey puan? Kalau takde apa-apa yang perlu puan tanya, saya minta diri dululah ya?" Kata Mira dengan tenang lalu melangkah pergi meninggalkan Wina membara menggenggam tangan menunggu masa membalas dendam.

'Kau tunggu Mira. Sampai kau mati pun, aku takkan buat kau hidup senang. Shah milik aku. Kau tunggu.' Desis hati Wina sambil melihat Mira yang melangkah tenang dalam kot putihnya.

. . . .

Mira menanggalkan kotnya lalu di sangkut pada penyangkut khas kotnya. Dia duduk dihadapan komputernya dalam pandangan kusam.

Dia mencapai fail siasatan pihak polis mengenai Shah. Dia membelek satu persatu. Matanya tertancap pada hasil soal siasat bersama saksi.

Saksi menyatakan bahawa pemandu yang melanggar lari Shah merupakan seorang wanita dalam lingkungan 30-an dalam kenderaan yang tidak mempunyai nombor kenderaan. Setelah dikenalpasti melalui siasatan nombor kenderaan tersebut ianya tidak mempunyai nombor berdaftar.

Dia segera meninggalkan pejabatnya lalu bergegas pergi ke suatu tempat. Dia dapat merasakan bahawa sesuatu yang buruk akan melanda dirinya.

_________________________________________

HAHHHH.. HAII READERSS.. LAMA TAK UPDATE. AUTHOR TAU RAMAI YANG AMAT MENANTIKAN DAN INGIN AUTHOR LEKAS UPDATE. YESS.. AUTHOR DAH UPDATE FOR THIS CHAPTER. HOPE READER SEMUA ENJOY DENGAN JALAN CERITA KALI NI.

THANK YOU FOR YOUR VOTE AND KOMEN !!

LOVEYOU😘

Suami Aku Arkitek Cinta!!!Where stories live. Discover now