"Ini ke Cavalieri Academy.. " soal seorang lelaki berambut pendek berwarna kelabu cerah. Mata hijau delimanya meninjau sekeliling sebelum jatuh pada susuk tubuh lelaki yang menyeluk saku.
".. Ezra? "
"Yalah kot. Kalau salah, pepandailah kita balik. " balas lelaki berambut perang keemasan yang bernama Ezra sebelum menepuk bahu lelaki berambut perak itu. Lelaki berambut perak hanya mengangguk.
"Kejap, Silver."
Disaat kaki mereka diatur untuk masuk, Erza memberhentikan langkahnya. Warna matanya sama seperti Silver. Ezra saling bertentang mata dengan Silver . Mata mereka membulat sesaat apabila teringatkan sesuatu.
"HADRIAN! "
"HUARHHH!!!! "
Jeritan dari langit itu membuatkan kesemua pelajar Cavalieri Academy mendongak termasuklah Ezra dan Silver. Mereka tergamam apabila melihat seorang remaja lelaki terapung diudara kerana kolar baju belakangnya digigit oleh garuda gergasi.
"SILVER!! EZRA!! TOLONG AKU!!! " laungnya dengan titisan air mata. Ezra dan Silver pula hanya memandang tanpa perasaan.
"Weh kau kenal dia tak Silver? " soal Ezra yang masih mendongak. Dia menyiku-nyiku tubuh sahabatnya itu. Silver pula buat don't know aje.
"Tak. Aku rasa dia silap oranglah.Jom masuk."
Selamba sahaja mereka mengatur langkah masuk ke Academy. Hadrian atau Rian yang berada di udara melompong melihat dua sahabatnya berlalu tanpa menghiraukan dia. Menangis tak berlaguu ler.
***
"Akulah.. mahluk paling tak guna... siapalah aku pada korang kan? "
Silver dan Ezra sama-sama menjulingkan mata keatas. Malas mahu melayan Rian yang berdrama. Makin menjengkelkan apabila lelaki berambut hitam pekat itu mula membuat tarian tak berbayar macam orang gila.
"Sil, pergilah pujuk baby kau tu. " suruh Ezra yang memang dah pasrah habis dengan perangai Rian.
"Apasal aku pulak? Kau lah! Tak hingin aku nak pujuk baby tu. " balas Silver bersama dengusan geram.
"Never say never.. "
Terus pandangan mereka dihalakan pada Rian yang memang dah kena sawan putus persahabatan. Putus sahabat antara dia 2 malaun tulah.
"Sumpah, bukan kawan aku tu. " kata Silver dengan muka blur.
"Aku pun tak kenal dia tho. "
"Sampai hati! "
Terus Rian menghentak kaki persis anak kecil lalu menangis. Silver dan Ezra tekup muka. Malu jangan ditanya ahh! Merah muka tho! Nak tak nak Silver terpaksa jugak tebalkan muka dia.
"Dah dah jangan nangis. Meh sini dekat abang.." katanya lalu mendepakan tangan.
"Huarhh!! "Terus Rian berlari kearah Silver lalu memelukanya. Silver menepuk-nepuk badan rakannya itu. Sayangkan..
"Err.. tu kawan kau ke? " soal salah seorang pelajar disebelah Ezra. Ezra memandangnya sekilas.
"Yelah kut. Memori aku lost jap. Anyway kau dah lama sekolah disini? "
Pelajar itu terkebil-kebil sebelum mengangguk.
"Great. Tunjukkan aku bilik pengetua sekarang. "
Tanpa menunggu jawapan,terus kolar baju remaja lelaki itu ditarik. Terkapai kapai dia mahu mengimbangi diri. Nasib lah nak..
"Woi! Tak payah nak drama sangat! Cepatlah.. aku dah jumpa pemandu arah ni. "
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...