CHAP 15 STUPID RIAN

2.7K 288 50
                                    

PANGGG!!!

Satu tamparan maha dahsyat menyentakkan semua yang melihat! Pelajar perempuan yang menjerit teruja terus terdiam. Masing-masing teguk liur dikala aura membunuh kelaur daripada gadis berambut hitam.

Faith yang menerima tamparan itu terundur kebelakang. Tangan naik mengusap pipi yang terasa agak sengal. Senyuman sinis terukir dikala matanya bertembung dengan mata emas sang gadis yang menyala garang.

"Wow.. Tak sangka akan jumpa my sister kat sini. " ujarnya seraya berpeluk tubuh.

"Kau jangan nak buat benda tak senonoh Faith. Hanya sebab kau adik aku, jangan ingat aku tak teragak-agak nak lempang kau! " Marah Skyler bersama tangan yang dikepal. Apa yang dia lihat sebentar tadi, tak boleh dimaafkan! Tidak sopan langsung!

"Heh, suree. Aku pun tak harap untuk kau layan aku macam mana mama kau layan aku. Opss silap, Perempuan simpanan papa. " Provok Faith.

"Kau... " Setapak Skyler mara bersama tangan diangkat keatas.

"Dah cukup! "

Suara yang memetir menyentakkan mereka semua. Para pelajar menundukkan kepala dikala Tenaga Pengajar, Sir Jellal D'Rose muncul bersama pengetua mereka, Stellar Nightmare.

"Faith Velvet dan Skyler Ashton. Tolong jaga kelakuan kamu berdua disini. Jika ada masalah peribadi, jangan sesekali bawa ke mari! Faham?! " marah Sir Rose dengan lantang. Faith menggulingkan biji matanya tetapi dianggukkan juga kepala. Skyler sekadar menekur lantai.

Pengetua Stellar mengeluh seraya beredar bersama Sir Rose. Apabila kelibat dua susuk tubuh itu hilang, semua pelajar kembali melakukan aktiviti mereka dan masuk ke kelas. Faith pula bermain dengan hujung rambutnya lalu beredar daripada situ. Sempat dia hadiahkan flying kiss bersama kenyitan mata nakal kepada Silver. Meremang terus bulu Silver.

"Sky.. " panggil Aryana yang menyaksikan semuanya daripada awal. Kasihan dia melihat Skyler diperlakukan seperti itu.

"Masuk kelas kau." Arah Skyler dingin lalu beredar. Aryana hanya menghantarnya dengan pandangan mata. Tak lama kemudian, dia terasa seseorang memeluk pinggangnya.

"Kau okay? "Soal Ezra ditelinganya. Aryana hanya menganguk. Pelukan dipinggang dibiarkan sahaja. Dah lali sangat. Kalau dilarang, makin diketatkan pula. Sudahnya dia give-up terus.

"Weh Sil-"

BUKK!!!

"SILVER!!! "

Silver yang pengsan tiba-tiba, tidak dihiraukan Rian. Biarlah Ezra yang uruskan dengan Aryana. Matanya masih memandang kearah hilangnya Skyler. Adegan tadi betul-betul menyentakkan dirinya.

"Ez, Kau uruskan Silver! Aku nak cari Ash! " arah Rian tanpa sempat Ezra membalas. Sebaik sahaja kelibat Rian hilang, Ezra mendengus tak puas hati bersama segala sumpah saranah.

"Aku jugak yang kena. Haiishh!! Kau ni pun Silver. Time-time ni jugak kau nak pengsan pun! Mampus ajelah terus! At least aku boleh kebumikan kau aje nanti. Eii sakitnya hati..! " bebelnya. Aryana sekadar senyum kelat. Nak tolong angkat, Ezra tak kasi. Mampu melihat ajelah.

***

Kehulu ke hilir Rian cari Skyler, tetapi kelibat gadis itu masih belum kelihatan. Nafasnya mengah dek larian tanpa henti. Pandangan pelik pelajar yang lain tidak dihiraukan. Peluh dibiarkan menitis.

Rian memberhentikan larian. Tangannya elok memegang kedua lutut. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh dilapkan dengan belakang tangan.

"Mana kau ni..? " Soalnya. Rian mengeluh lalu terduduk diatas rumput. Kepala diserabaikan. Stress!

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now