Sudah hampir seminggu Aryana terkurung didalam bilik Ezra. Tak-tak, terkurung tu tak berapa sesuai. Lebih kepada dipenjara! Aryana mengeluh sahaja diatas katil Ezra. Kata-kata yang diucapkan 2 hari lepas, masih lagi berlegar-legar dalam ingatanya.
***
"Kenapa kau tak bunuh aku? " soalan yang sudah sekian lama bermain difikiran akhirnya diluahkan jua. Ezra yang baru sahaja masuk kebilik dengan sedulang makanan mengangkat sebelah kening."Apa? "
"Kau pekak ke apa? Aku tanya kenapa kau tak bunuh aku syetooon?"
Ezra mencebik lalu meletakan dulang diatas meja kecil disebelah katil King miliknya. Aryana sekadar mendiamkan diri dan berpeluk tubuh diatas katil.
"Mood kau memang nak marah-marah aje eh? Tanya elok-elok tak boleh? "
"Diri aku bukan kau. "
Ikut hati nak aje Ezra layakan penampar satu. Tapi tak best lah kan? Penampar tak sakit sangat.
"Cepatlah! Kenapa kau tak bunuh aku? " soal Aryana untuk sekian kalinya. Ezra memandang tajam wajah Aryana.
"Kau nak kena bunuh ke? "
Soalan dibalas soalan. Terus Aryana senyap. Ezra tersenyum sinis seraya duduk dibirai katilnya.
"See? Kau tak nak kena bunuh. Jadi jangan tanya lagi-"
"Tapi kenapa kau jaga aku? "
Ezra mendengus sebaik sahaja 1 lagi soalan terpacu dari mulut Aryana.
"Boleh tak kau diam dan makan aje? Rimas tahu tak! "
"Aku nak tahu sebab ajelah! Kau kurung aku hampir 3 hari tahu tak? "
Dua-dua tak mengalah. Dua-dua tak mahu kalah. Dek kerana geram, terus Ezra menolak Aryana sehingga jatuh daripada katil.
GEDEBUK!
"PADAN MUKA! WERKK!! "
Melompong mulut Aryana apabila Ezra selamba menolaknya. Sakit tu, perhh. Rasa nak siat-siat aje kulit mamat putus wayar ni!
"Kau! "
Kali ni Aryana menerkam Ezra dan menolak lelaki itu diatas katil. Mereka bergelut antara satu sama lain. Macam budak-budak bergaduh aje! Tarik-tarik rambut lah, terajang sana sinilah dan paling tak leh blah main tarik-tarik pipi!
"Grr.. lepaskan rambut akulah! ! "
"Kau yang mula dulu! "
"Fine! Kau yang mintak! "
"Argh! Sakitlah gila!! "
Bergegar jugaklah rumah dua tingkat itu. Silver yang menonton television mula timbul urat merah. Tangan yang elok memegang segelas coklat panas bertukar menjadi Ais dan retak. Rian yang bermain dengan Diane teguk liur. Naga dah marah bhai..
"That's it! I kill them today ! I swear! "
"Wow, wow! Calm down bro! Small matter lah! "
"Shut up! Dah, Tepi! Kalau tak aku bunuh kau jugak! "
Terkebil-kebil Diane melihat Rian cuba menghalang Silver yang dah pegang sebilah parah yang tumpul. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Meow, kenapalah abang Silver asyik bad mood aje? "
"Hahaha! Tepi Rian! Aku nak masak kari kepala Ezra malam ni! Daging dia aku kasi anjing liar yang makan! "
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...