Lama Silver memegang tangan Skyler. Matanya juga tidak lepas daripada menatap mata emas Skyler. Skyler mula tak senang. Apahal mamat ni pegang tangan dia lama lama?
"Weh Silver, asal lama tho kau berjabat dengan dia? Tak akan dengan tangan minah ni pun kau dah bernafsu..? Teruk betul hormon kau.. " soal Ezra tak berlapis, sambil tu tangan disilangkan dibelakang kepala.
TUKKK!!
"Arghh!!! What the hell Sil?! Apahal kau baling buku aje dekat aku?! "
Silver hanya mengangkat bahu dengan muka tak bersalah. Pandangannya dikalih kepada Pengetua Stellar setelah melepaskan tangan Skyler. Ezra pula mendengus tak puas hati. Rian pula ketawa mengejek membuatkan Ezra bertambah bengang.
"Jadi boleh kami ke kelas sekarang? "
"Skyler akan tunjukan jalan. Kalau kamu bertiga mahukan apa-apa, boleh terus jumpa saya. " kata Pengetua Stellar ramah.
"Macam tu aku nak body dia lah.. nampak macam subur lagi tu.. " bisik Ezra kepada Rian. Kali ini Rian pulak yang bengang. Menjegil dia memandang Ezra. Tanganya laju menumbuk bahu lelaki itu.
"Pervert! "
Ezra hanya sengih miang lalu ketawa kecil. Senang aje anginya berubah. Silver yang memerhati hanya mengeleng kepala. Tahu sangat dengan kepekatan warna 'biru' di otak Ezra.
"Jadi Skyler, jom hantar kami ke kelas ya? "
Ajak Ezra dengan senyuman manis kepada Skyler . Bahu Skyler pula dipaut manja. Skyler mula tak senang dengan perilaku lelaki itu, lalu menolak Ezra jauh darinya.
"Kau. Duduk. Jauh. Jauh. Daripada. Aku. "
Sepatah-sepatah yang diucapkan Skyler kepada Ezra. Ezra dah terkebil-kebil manakala Rian dan Silver sudah ketawa berdekah.
"Maaflah bro, kau memang dibenci ramai.. "
"Bertabahlah.. "
Ezra menarik muka. Menyampah!
"Gediklah!! "
Serentak Rian dan Silver mengetuk kepala Ezra sebelum selamba lari keluar daripada bilik Pengetua. Ezra pula melompong dengan tindakan mereka.
"Kuaja!! "
Terus dia berlari keluar! Kini hanya tinggal Skyler dan Pengetua Stellar sahaja. Pengetua Stellar ketawa kecil manakan Skyler sudah mengeluh.
"Saya harap kamu tak kisah untuk cari mereka. "
"Tak, saya tak kisah. "Pasrah ajelah..
***
DUSHH!!
"Auww... "
Rambut emasnya digosok. Mukanya jelas memaparkan kesakitan. Kulitnya yang putih susu menambahkan kecantikan wajahnya. Mata yang berwarna biru cerah itu bersinar apabila dicelik. Tag namanya tertulis 'Aryana'.
"Err...ma- "
"Aku rasa kau tak buta untuk nampak aku."
Sepotong ayat itu sudah cukup untuk membuat hatinya panas. Straight to the point terus!
"Ayat kau tak boleh sopan sikit ke? Aku tak sengajalah! " Aryana masih cuba untuk mengawal emosinya.
"Ayat Klisé tho. Sorry, maaf kau tak diterima. Titik! "
Ujar lelaki berambut perang atau yang lain dan tidak bukan, Ezra. Mana taknya, waktu dia main aci kejar dengan dua ekor setan tu jugak ada orang nak langgar. Sakit atiiii!!!
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...