CHAP 5 THEN I DO IT

3.5K 320 23
                                    

Tuk!

Tuk!

Tuk!

"Racel, bukaklah pintu tu! Aku tengah masak ni! " laung Rain yang elok memasak didapur. Peluh yang mengalir dilapkan oleh seorang gadis yang berambut tocang kuda. Rambut merahnya cantik disinari cahaya lampu. Dia hanya ketawa melihat muka malas Racel yang baru sahaja turun daripada bilik.

"Kenapa gelak? " soal Rain yang masih tekun memasak. Naik hairan dia apabila melihat gadisnya ketawa tetiba.

"Muka abang Racel lah. Nampak sangat baru bangun tidur! " kata gadis itu lalu mengelap lagi peluh dimuka Rain. Rain pula mengambil kesempatan dengan mengucup tangan gadis itu. Sempat dia menghadiahkan kenyitan mata nakal. Gadis itu membulat mata.

"Gatal! "

"Just for you Rachel."

Rachel iaitu kembar kepada Racel hanya ketawa kecil. Sempat juga dia mengucup pipi Rain. Kemudian Rain mencuit pipi Rachel.

"Pandai eh sekarang? "

"Well.. " kedua bahu diangkat.

"Baru belajar pada yang pakar. " Sempat juga Rachel memberi kenyitan mata nakal bersama bibir bawah yang digigit manja. Sengaja dia bermain emosi dengan rakan baik kembarnya. Halkum Rain juga mula bergerak-gerak. Api dapur ditutup lalu tubuh genit Rachel dibawa kedalam rangkukan.

"You really knew how to seduce me huh? "

"Really? "

Lirih dan halus sahaja intonasi yang digunakan oleh Rachel. Tangan pula, gatal merayap di dada Rain. Rain tarik sengih nakal. Perlahan-lahan mereka mendekatkan muka. Kedua-duanya dapat merasai hembusan nafas yang hangat.

"Wow-wow. Kau kalau nak buat adegan 18 tahun, baik masuk bilik duh. "

Laju Rain dan Rachel menjarakan diri masing-masing. Muka Rachel berubah merah manakala Rain memang bengang habis. Kacau stim betul !

"Kau memang suka kacau orang ke apa hah? Tak ada life sendiri ke? " nampak sangat Rain memang dah berbara, tinggal nak terbakar aje.

"Aku memberi ucapan pada masa yang salah. Itu lebih sesuai. "

Selamba sahaja Sage bertutur. Sambil tu tangan mengambil botol air daripada peti sejuk lalu ditegur rakus. Dia mengesat air dibibir setelah menghabiskan minumanya. Rachel pula hanya diam tidak bersuara. Malu kut!

"Dah minum kan? Bla lah! "

Sage membuat muka seposen. Tak hairan langsung dengan Rain yang menghalau.

"Macam lah aku takut. " gumamnya. Kemudian, perlahan-lahan kaki diatur untuk ke biliknya. Tak sampai beberapa langkah, niatnya terbantut apabila dua figura masuk dengan keadaan kalut. Berkerut mukanya melihat wajah Skyler dan Racel yang jelas pucat.

"Kita ada masalah.. " ujar Racel dalam nada serius. Mukanya pula memaparkan kerisauan. Begitu juga Skyler.

"Kita.. kita kena cari Aryana! "

"Huh? "

***

"Yipy! My creammm!!! "

Diane menjilat Ais cream vanila ditangannya. Ekornya meliuk kiri dan kanan. Pipinya juga memerah dek cahaya matahari. Ezra yang mendukung gadis kucing itu, sesekali mengelap pipinya yang terkena ais cream. Tergeleng kepalanya dengan kerenah Diane yang makan comot. Sebelah tangannya pula menjinjing beg plastik. Semuanya coklat kesukaan Diane dan ada juga beberapa coklat Rian untuk membakar kek. Rian dari dulu gilakan kek. Tanya aje apa-apa jenis kek, semua dia tahu! Huh.. dasar hantu kek!

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now