"Urmm.. "
Aryana mengumam perlahan. Perlahan-lahan mata dibuka. Pandangan yang agak kabur mulai jelas. Pandangan bingung jelas terpapar diwajah. Kemudian, mindanya membuat imbasan kembali. Memainkan ulang tayang perkara yang sudah berlaku.
"Lelaki tu.. "
"ARGGGG!!!!! "
Jeritan seseorang menyetakkanya. Cepat-cepat dia turun daripada karmanya. Pintu yang tidak dikunci memberi peluang untuk dia keluar. Tangga dituruni. Apabila tiba sahaja di pintu keluar, tanpa teragak-agak terus tombol dipulas.
"Apa? "
Itu sahaja yang dia dapat katakan. Hairan bercapur takut mula mengusai diri. Tiada sesiapa diluar, jadi siapa yang menjerit? Ah sudah.
"Jangan cakap aku kena culik dengan hantu?"
Air liur diteguk susah. Kemudian bunyi semak-samun pula yang berbunyi.
"Si-siapa..ahh!! "
Aryana menjerit kecil apabila tiba-tiba sahaja satu lembaga besar terbang bagaikan kelajuan cahaya! Dia mendongak keatas tetapi tiada apa-apa. Serta-merta bulunya meremang dek takut.
"Grrr.."
Bunyi kegeraman tetiba sahaja kedengaran. Tak semena-mena badan Aryana disambar seekor serigala! Tubuh serigala itu luka dan ada kesan parut dibeberapa bahagian! Bulunya yang berwarna putih cantik beralun mengikut hembusan angin malam. Matanya yang berkilat kehijauan membuatkan Aryana terpana. Beautiful but full of dangerous.
"Grrrr....! "
Sekali lagi serigala itu berbunyi geram. Aryana tersentak. Air liur sekali lagi diteguk payah. Serigala itu lebih besar daripada kebiasaan membuatkan Aryana mula hairan. Selang beberapa saat tetiba sahaja badan serigala itu rebah kesisi. Aryana yang pada awalnya mengambil peluang untuk lari terbantut dek kerana kelainan pada serigala itu.
"Kau.. ada sayap? "
Nafas serigala itu turun naik. Aryana jatuh kasihan. Perlahan lahan dia menarik tubuh serigala itu. Kepala serigala itu diusap dengan satu perasaan yang aneh. Serigala yang hampir sahaja lena tersentak apabila Aryana menariknya. Sebelum sempat dia melakukan apa-apa Aryana mengetuk berlahan kepala serigala itu.
"Jangan bangun! "
Serigala itu pula tidak menghiraukan arahana Aryana, sekali lagi dia cuba bangun tetapi gagal dek kerana telinga ditarik Aryana. Dia berbunyi kegeraman.
"Grrr...! "
"Marah, marah! Aku gigit telinga kau kalau kau gigit aku. Apa? Ingat aku ni Vednis tak pandai nak gigit-gigit? "
Macamlah serigala tu faham Aryana. Jadi bahananya tangan Aryana elok disambar oleh serigala bersayap itu. Aryana membulat mata. Serigala itu dipandang kecik besar-kecik besar aje! Nak sangat kena gigit gamaknya!
NGAP!
Maka dengan itu, mengeranglah dua mahluk yang berbeza dari segi fizikal dan metal. Dua-dua tak mahu mengalah dan mengigit satu sama lain tanpa henti! Teruk tak teruk perangai dua ekor ni? Mereka bergolek-golek diatas rumput tanpa henti. Serigala mengigit tangan Aryana, manakala Aryana mengigit leher serigala itu.
Dek kerana terlalu penat, akhirnya dua-dua mengalah lalu melepaskan gigitan.
"ARGGG!!! "
"AUUU!!! "
Tulah gigit lagi. Waktu gigit tak ingat dunia, sekali tak gigit datang sakitnya. Menyesal tak berguna dah. Tanpa diduga Aryana ketawa sendiri. Serigala itu hanya memandangnya hairan. Manusia memang pelik.
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...