CHAP 10 KELEMBUTAN SILVER

3K 321 64
                                    

"Perfect. Your face was so handsome and body kau seksi seperti biasa baby.. " ujar Ezra dengan nada romantik seraya memberi satu kenyitan mata nakal. Badanya tidak berbaju dan hanya mengenakan tuala dipinggang. Beberapa titisan air mengalir menuruni lekuk-lekuk sasanya.

"Tuan Ezra yang tak berapa nak waras, boleh cepat sikit bersiap? "

Teguran selamba daripada seorang gadis menyentakkan Ezra. Terus matanya membutang dikala melihat pantulan susuk tubuh dihadapan cerminya.

"Saya tahu tuan ni lonely sampai sanggup nak mengorat diri sendiri. Tapi, silalah turun kerana ramai yang dah kebulur macam nak mati. Kalau tuan tak nak tengok batu nisan atas kerusi meja makan tu, ahh silalah cepat. Sekian. "

Terus Aryana keluar daripada bilik Ezra dengan muka yang blur. Bukan sekali dua Aryana menonton adegan itu. Dah banyak kali! Ezra suka sangat 'mengorat' diri sendiri pada waktu pagi. Huh, dasar putus wayar!

Ezra sekadar mencebik bersama mata yang digolek keatas. Kemudian dia kembali menatap wajahnya di cermin. Sebelah tangan diletakan dicermin itu.

"Sorry baby handsome , i nak kena turun now. Nanti i baby kan you lagi ya? "

"CEPAT LAH TURUN BA**!!! "

Suara singa milik Ezriell serta merta membuatkan Ezra kalut menyiapkan diri. Raja singa dah mengaum woi!!

***

Aryana teguk liur melihat bangunan Academy dihadapanya. Dah dekat tiga minggu dia tidak menunjukkan wajah di Academy ini. Apa kata mereka nanti?

"Kau janganlah risau. Ezra kan ada? " ujar Rian ceria seraya merangkul bahu Aryana. Aryana pula hanya membiarkan dan tersenyum kelat. Dia tahu Rian mahu mengurangkan kegusaran hati dia. Lagipun, Dia lebih rapat dengan jejaka manja ini berbanding dua lelaki jahanam tersebut.

"Ezra pun tak berapa nak berguna masalahnya." Bisik Aryana. Keluhan terbit dibibir gadis itu.

"Kau tu berguna sangat ke? "

Membutang mata Aryana apabila Ezra berbisik ditelinganya. Hampir menjerit dia dibuatnya apabila wajah Ezra terlalu dekat. Terus dia anjak ke belakang.

"Kau ni! Janganlah dekat sangat! "

"Dengan Rian boleh pulak kau dekat? " bidas Ezra dengan muka tak puas hati.

"Sebab muka aku macam bidadara yang jatuh daripada langit. Bukan macam kau, muka syaitan yang jatuh daripada neraka. " sindir Rian bersama muka mintak kaki.

Ezra dah panas. Giginya diketap geram. Mata hijaunya bernyala garang. Buku lima bila-bila masa aje boleh melayang. Rian pula selamba membalas renungan garang abang angkatnya. Nak cari gaduhlah katakan.

KETUK!

KETUK!

"Jangan nak mengada lawan dekat sini. " ujar Silver dengan tanganya berasap dek menghentak kuat kepala Rian dan Ezra. Menrintih sakit jugaklah budak berdua tu. Sampai terduduk. Kemudian, matanya naik memandang Aryana yang dah teguk liur melihatnya.

"Kau pun jangan nak mengatal. Masuk!" Tegas Silver mengarah. Terkedek-kedek Aryana lari masuk ke Academy. Seram sihh kalau dengan Silver! Apabila kelibat Aryana hilang, Silver kembali menatap wajah masam adik-beradik angkatnya. Wajahnya berubah lembut daripada tadi.

"Kuat eh aku ketuk? " soalnya. Ezra dan Rian mengangguk dengan mulut yang dah muncung sedepa.

"Alololo... kesian korangkan?" Kedua-dua kepala Ezra dan Rian diusap sayang. Ezra dan Rian dah sengih suka. Seronok bila Silver nak manjakan diorang! Tetapi tak lama apabila riak wajah Silver bertukar dingin. Terus pucat muka mereka.

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now