CHAP 27 KEKAL RAHSIA [END]

3.9K 271 57
                                    

Aryana POV

Lama aku merenung cincin kahwin di jari manisku. Senyuman melebar di wajah. Hari ni adalah hari yang bermakna bagi aku. Juga, hari dimana aku sudah sah memegang gelaran Mrs. Ezra.

Ya. Aku dan Ezra sudah selamat berkahwin selepas Rian dan Skyler mendirikan rumah tangga dua minggu lalu. Rumah yang sunyi kembali riuh dengan para tetamu.

"Jauhnya termenung. Pikir siapa tu, hurmm? "

"Bila awak ada dekat sini? Kenapa tak tolong Rian dengan Silver? "

Ezra hanya mencebik apabila aku mengabaikan soalanya. Badan aku didakap daripada belakang. Tangan kekarnya melilit pinggang manakala wajahnya selamat mengesel leher. Geli!

"Rian dengan Sky dalam bilik buat anak, Silver dengan Faith pulak buat maksiat. "

PAP!

"Auch! Sakitlah sayang! "

"Fikiran tu asyik nak mengotor aje! Cuba fikir elok sikit. " Marahku pada suami yang sudah mencebik. Sudahnya kami hanya diam dan memerhati langit malam.

"Nanti kita pun kotor jugak. "

"Huh? "

"Dah kahwin. Mestilah buat benda kotor. "

"EZRA! "

Mengekek Ezra ketawa sebelum melarikan diri. Dia ni kan! Hish! Payah betul kalau ada suami otak biru langit. Gatal!

"Aryana Dragonheart." Panggilan seseorang menyentakkan aku. Badan dikalih kebelakang dan mata membulat apabila satu susuk tubuh muncul dengan senyuman penuh makna.

"Kau. "

"Fryda Walker. Selamat berkenalan. " Fryda tersenyum manis lalu berjalan menghampiri. Aku meneguk liur susah lalu berundur beberapa tapak kebelakang. Mata bersambung dengan mata Fryda.

"Apa kau nak? Tak cukup lagi ke dah jahanamkan hidup Rian dan yang lain-lain? " Soal aku dengan geram. Fryda hanya diam lalu mengeluh panjang. Matanya lembut memerhati setiap gerak geri aku.

"Aku buat semua tu untuk mereka juga. "

"Maksud kau? "

Fryda hanya senyum kelat. Tidak menjawab soalan si gadis. Dia hanya merenung aku sebelum menyerahkan satu surat lusuh. Apa ni? Aku mengerut dahi tetapi menerima juga surat itu.

"Apa ni? "

"Kebenaran. Kau bagi pada suami kau dan adik beradik dia. Itu aje dan ini mungkin penemuan kita yang terakhir. "

"Huh? "

Tidak sempat ku ingin menghalang, tetapi dia terlebih dahulu menghilangkan diri. Satu keluhan aku lepaskan. Satu hal lah pulak. Macam mana aku nak bagi benda ni?

"Aryana!" Laungan Ezra menyentakkan aku. Badan dipusing, lalu senyuman hambar aku berikan.

"Kenapa ni? Kenapa tak kejar aku tadi?" Soal Ezra dengan nada rajuk. Aku merenungnya lama. Kalau aku bagi ni, apa agaknya riaksi dia?

"Err.. Ez. Ni. Untuk awak. "

"Huh? "

***

「️Kepada Ezra, Rian dan Silver. Aku tahu dah banyak benda aku buat dekat kau orang sejak bayi sampailah kau orang dewasa. Sejujurnya aku buat semua tu bersebab,dan aku harap kau orang bacanya elok-elok.

Aku tak harapkan sebarang kemaafan daripada kau orang bertiga. Cuma aku nak kau orang jangan cari siapa diri kau orang yang sebenar. Kuasa kamu bertiga terlalu berbahaya.

Silver dari puak Ancient jenis Naga. Rian pula Phoenix dan Ezra jenis serigala. Aku yakin kamu bertiga sudah sedia maklum tentang ini. Dan setiap daripada kamu ada kuasa yang tersendiri.

Kuasa kamu diburu. Jadi untuk lindungi kamu bertiga, aku terpaksa bermusuh dengan kamu sendiri. Jadi aku boleh tahu setiap gerak dan rancangan musuh. Ezriell sendiri tak tahu fasal hal ni. Well, aku pun tak nak libatkan dia.

Satu-satunya cara untuk kuasa kau orang dikawal ialah dengan pasangkan kamu bertiga dengan mate masing-masing. Sebab tu aku buat macam tu pada Rian. Jadi untuk kau orang hilang kawalan sangat tipis.

Ini sahaja yang aku mampu ceritakan. Selepas ini, kamu bertiga mungkin akan hidup seperti orang biasa atau mungkin akan berubah 360 darjah. Well, aturan takdir, tiada siapa yang ketahui kan?

Maaf atas segalanya.

Fryda Walker. 」️

Tiga beradik itu terkedu sebaik sahaja surat yang diberi oleh Fryda habis dibaca. Mereka memandang satu sama lain dengan riak keliru dan tidak mengerti.

"Apa maksud dia? Kenapa kita tak boleh cari siapa diri kita? " Soal Rian mendapat gelengan daripada Silver dan Ezra.

"Aku tak tahu. Mungkin kita patut-"

"Korang patut ikut apa yang Fryda kata. "

Kini mata bertiga jatuh pada Ezriell yang berwajah dingin. Berkerut dahi tiga beradik itu.

"Maksud abang? "

"Jangan cari siapa diri kau orang yang sebenar. "

Sekali lagi, mereka bertiga terkedu. Keluhan terlepas dibibir Ezriell. Kini matanya tertumpu pada kertas yang dipegang oleh Silver.

"Fryda dah mati. Mati bersama kumpulan gelap. Kumpulan yang buru kita semua selama ni. " Ujar Ezriell membuatkan mereka bertiga membulat mata. Terkejut!

"Maksudnya.. "

"Ya. Tiada sebab lagi untuk kamu bertiga tahu kuasa sebenar yang ada dalam diri kamu. Dah lah, pergi teman isteri masing-masing. " Arah Ezriell mendapat dengusan mereka bertiga. Sejujurnya apa yang dituturkan oleh Ezriell memang tidak boleh diterima!

"Jangan melawan. Pergi sekarang. " Arahnya sedikit tegas. Akhirnya, mereka bertiga akur walupun tidak berpuas hati dengan arahan si abang. Ketiga-tiga mereka lesap mencari pasangan masing-masing.

Ezriell pula hanya senyap memandang surat Fryda yang elok berada di dalam biliknya itu. Ya, mereka bertiga sengaja membaca surat itu didalam bilik Ezriell. Katanya lebih selesa.

"Terima kasih dan aku maafkan kau Fry." Itulah kata-kata akhir Ezriell sebelum menutup pintu biliknya. Sekaligus, menutup semua rahsia yang ada mengenai puak Ancient.

Ada kala, sebuah rahsia harus kekal sebagai rahsia.

Kerana, sebuah rahsia boleh menjadi kebenaran yang menyakitkan.

Dan sebuah rahsia juga boleh menjadi penipuan yang paling menakutkan.

Triplets : Lagenda yang hilang, menutup tirainya.

END



Yes. Dah tamat. Tak akan ada update lagi dari story ni. Thanks pada yang sudi baca and vote. Tahu x best 😂 and yes, ending dia memang teruksss. Well, otak gue dah tak ada idea. So daripada saya discontinue, saya terus end kan dia😂biarlah banyak persoalan tak dijawab. Asalnya nak buat book 2 but then malas menguasai diri😃 jadi yeah. Ini ending and noktah😂maaf kan gueee guys.

Saya mungkin akan keluarkan book baru and rasanya lepas habis MAFIA :  BROTHERHOOD baru pub. Tajuk buat masa ni hanya 「️NOAH」️ Story about Teenage and seorang Angel. Lebih kepada Friendship, comedy and Fantasy. 😂so love2 tu x ada sangat ah. Mungkin tengah2 story baru ada sikit romance tu😂

Again hanya PERANCANGAN. 😂and TERIMA KASIH kepada yang sentiasa bersabar and vote serta comment 😍. Jumpa anda dilain masa. Bye2😂

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now