CHAP 12 MATI KERANA MELINDUNGI

2.8K 283 35
                                    

Berkelip-kelip mata Aryana dan Rian yang memerhati lelaki berambut putih dan berkot labuh. Terkejut mereka apabila kucing yang dimainkan Rian sebenarnya salah seorang guru di Academy itu. Erk! Teguk liur.

"S-Sir Rose.. " ujar Aryana seraya menyorok dibelakang Rian. Takut!

"Pstt...! HAHAHAHA..! Na-nama kau..! HAHAHAHA...! Rose? Seriously? Kau ada kecelarutan identiti ke apa tho? HAHAHA..! "

Kalau namapun Rian, tak sah kalau tak cakap ikut suka hati. Tak sedar lagi ke yang depan dia ni tenaga pengajar? Memang mintak keluar masuk bilik disiplin ni..

"Yes, my name is Rose. JELLAL D'ROSE . "

Jelas Sir Rose bengang dengan perilaku Rian. Rasa macam nak cekik-cekik aje mamat muka comel ni! Eh? Rian sengih tak bersalah. Tangan dihulur untuk berjabat dengan guru dihadapannya.

"Aku Hadrian Irwin. Panggil aje Rian. " ujar Rian dengan senyuman manis. Sir Rose dah merah pipi apabila melihat senyuman Rian.

'Comelnya budak ni! '

"Sir? Laa.. Kenapa Sir blushing ni? Hahaha.. Comelnya! "

Selamba Rian mencuit pipi Sir Rose. Aryana dah tercegang. Eyy!! Rian, dia tu cikgulah!! Bukan kucing!!

"W-What..? I'm not cute! And go back to your classroom now! " marah Sir Rose apabila pipinya semakin merah. Mata Rian dah bersinar hebat. Terus dipeluknya Sir yang bertubuh kecil itu.

"Comelnya sir ni!!! "

Aryana dah pucat apabila melihat muka Sir Rose yang dah merah padam. Terus dia tarik Rian dan berdesup lari meninggalkan Sir Rose sendirian. Silver dan Ezra yang memerhati dariada tadi, turut hilang masuk ke kelas.

Sir Rose terduduk diatas tanah. Tangan dikepal bersama gigi diketap geram. Jelas wajahnya merah padam.

"JUST YOU WAIT HADRIAN IRWIN!!! "

***

"Aryyy... Kenapa kau tarik aku? Tak puaslah nak peluk Sir comel tu. " Ujar Rian dengan pipi dikembungkan. Aryana pula buat tak tahu dan masih menarik Rian untuk masuk ke kelas. Rian mengeluh sahaja.

Entah macam mana dia ternampak satu figura perempuan disebalik tingkap. Matanya membulat apabila perempuan itu ditolak kasar ke dinding oleh seorang lelaki yang dikelilingi dengan dua lagi sahabatnya.

"Silver! Ezra! Aku tahu kau mengintip aku. Bawak Aryana ke kelas sekarang! "

Terkejut Aryana apabila Silver dan Ezra muncul dikiri dan kananya. Ezra elok menyulamkan jari jemarinya bersama Aryana. Muka beriak selamba. Muka didekatkan ditelinga gadis itu.

"Finally.. Dapat jugak aku pegang tangan kau. I miss you d*mn so much wild beast.. "

Aryana dah memerah muka dengan ayat manis Ezra.

Silver pula sekadar memerhati Rian yang melompat turun daripada tingkat dua itu. Elok aje budak tu mendarat. Sebaik sahaja kaki menyentuh tanah, terus dia memecut kearah perempuan itu.

"Be careful Rian..Control yourself. " pesanya dalam diam.

***

"Sky.. Sky.. Sky.. Kenapa jalan seorang ni.. Hurmm ? " soal lelaki berambut pacak seraya menolak Skyler ke dinding. Skyler pula tidak menunjukkan apa-apa riak. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Wow, berani! "

"Hanz, Han dan Haz dari kelas 5-E. Tiga beradik dari Academy Nightline. Apa kamu bertiga buat disini? " soal Skyler dengan nada datar dan masih menggunakan bahasa yang sopan. Tiga beradik itu tersenyum sinis. Tanpa amaran, badan Skyler dikepung oleh Hanz! Skyler masih dengan muka kosongnya.

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now