CHAP 19 SHIRO RYUZAKI

2.5K 255 54
                                    

Rian POV

Aku dan Rayken berpandangan antara satu sama lain. Serius otak aku tak boleh nak hadap apa yang baru jadi. Sebaik sahaja lelaki tu muncul, lesap segala mahluk tak guna tu. Paling dahsyat, dia selamba aje duduk atas mahluk tu!

"Weh budak, kau ada nampak mamat gila tak dekat sini? Yang muka ala-ala mintak kaki. Pastu rambut jinga. Ada tak? " soal si dia dengan selamba seraya berjalan kearah aku dan Rayken.

"Kau ni siapa? " soal ku masih ragu dengan kehadiran parasite ni. Dah lah aura dia lain macam! Dengan tanduk segala. Mati-mati aku ingat dia rusa. Tapi bila fikir balik, mana ada rusa bersayap kan? Ke ada?

"Kau tanya siapa? Aku ke? " soalnya dengan muka bosan. Terus depan, belakang, kiri, kanan dia toleh. Aku tak tahu nak kategori dia ni bodoh ke bangang.

"Eh tak adalah. Hantu belakang kau! "

"Mana hantu?! "

Terus dia mengeluarkan api berwarna hitam! Ternaik terus bulu roma aku tengok api tu! Rayken pun aku agak mesti terkejut jugak!

"Weh serius arh ada hantu tadi? Eyy kenapalah jembalang tu mesti ada? Dalam dunia aku sudahlah! Nak menyemak dekat dunia lain apahal? Lagi satu, dah mampus tu mampuslah! Tak payah lah nak ajak sekali yang lain. Heishh!! "

Mulalah dia menyumapah saranah tah apa-apa. Aku tak faham sepatah haram pun. Kejap! Aku rasa aku terlepas something tadi.

"Kejap, apa maksud kau dengan dunia lain? " soal Rayken sebelum sempat aku membuka bicara. Aku menagangguk kepala seraya mengiyakan soalan Rayken! Lelaki berambut hitam memandang kami dengan wajah malasnya. Tak lama kemudian,satu keluhan terbit dibibirnya.

"Macam yang kau nampak. Aku bukan manusia dunia ni. Kau nampak lohong atas langit tu? Benda tu penyebab aku dan Demon ni ada dekat sini."

Aku dan Rayken hilang bicara. Lelaki itu kemudian berjalan kearah kami. Badanya bercahaya seketika lalu terselah seorang lelaki berambut putih dan bermata biru laut. Pakaiannya juga agak berbeza daripada kami.

"Nama aku Shiro. Shiro Ryuzaki. Kau? "

"Hadrian Irwin. "

"Rayken Hernandez. "

Lelaki itu tersenyum kecil. Tak lama kemudian,   jeritan daripada Dewan Sakura kedengaran!

"Aku rasa Demon ni dah mula merayap ke sana. Korang pergi dulu. Ada benda lain aku nak settlekan. Kalau jumpa mamat macam rubah dan err.. Kau rasa dia gila, bagi tahu dia aku okay. "

Ujar Shiro seraya mengeluarkan sebilah pedang berwarna hitam.

SLLAASHHH!!

Dalam sekelip mata aje, mahluk bergelar Demon mati begitu sahaja! Masalahnya,bukan seekor tapi berpuluh! Siot, kuat gila mamat ni.

"Pergi sekarang! Aku boleh handle diorang seorang diri! "

Aku dan Rayken mengangguk lalu berlari kearah Dewan Sakura.

Rian POV END.

***

Shiro tersenyum apabila dua susuk tubuh itu hilang daripada pandangan. Jejaka berambut putih menarik nafas seraya memanah tajam seorang wanita yang tetiba muncul dihadapanya.

"Of my. Saya tak sangka akan jumpa Raja Kegelapan daripada dunia lain. " ujar Fryda seraya menunduk hormat. Shiro ketawa sinis.

"Cut the crap you bitc*. Apa yang kau buat ni dah melampau! Gunakan mahluk dari dunia lain bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Jadi.. "

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now