CHAP 14 I LOVE YOU KING!!

2.9K 262 78
                                    

Skyler melangkah keluar daripada bilik mandinya. Rambut yang basah, dilapkan dengan tuala biru cair. Fikirannya melayang jauh. Sejak semalam lagi dia masih fikirkan si Rian. Setiap bait kata dan perilakunya. Skyler mengeluh. Kesal dengan diri sendiri. Badan dihempaskan diatas katil yang gebu. Dia mendongak keatas. Macam mana dia boleh tak perasan Rian semasa hari pertama lelaki itu hadir di Academy lagi?

"Had.. Rian.. " Entah kenapa kepalanya mula memberat. Perlahan-lahan mata dikatup.

Rian yang berada diberanda biliknya menongkat dagu di penghadang. Matanya memerhati langit yang dipenuhi gugusan bintang. Mata dikatup seketika. Minda mengimbas kembali masa lalunya.

"To-tok.. " panggil si kecil Rian. Orang tua yang mengerang kesakitan dihadapanya, dipandang dengan linangan air mata. Terkapai-kapai tangan tua itu bagai memanggilnya.

"Ad-Ad.. ke-kena lari.. ba-balik pada ke-keluarga... "

"Tak nak! Ad nak stay sini! Nak luangkan masa dengan Tok Aqi ! Penduduk kampung! " luah Rian seraya memegang tangan si tua. Tok Aqi ketawa dalam kepayahan. Pisau yang berada diatas meja diambil lalu diberikan kepada Rian. Rian tergamam lalu memandang wajah Tok Aqi yang mula berbintik ungu. Lelaki tua itu tersenyum.

"Ka-kalau macam tu.. bu-bunuh kami. "

"Rian? "

Rian tersentak apabila satu tangan menyentuh bahunya. Kepala ditoleh kearah susuk tubuh lelaki yang kini elok duduk diatas penghadang biliknya. Nafas ditarik lega.

"Haishh! Kau ni Ez, terkejut aku! Kalau mampus tadi macam mana? "

"Mampus aku tanam ajelah kau masuk kubur. Apa yang susahnya? "

'Ada jugak yang makan kaki nanti. ' desis hati Rian. Kecik besar-kecik besar aje dia tengok Ezra yang bermuka selamba itu.

"Dah lah. Ni kau masuk bilik aku apahal? Nak tengok buntut aku ke? "

"Beragaklah. Time ni mana best. Malam dalam pukul dua pagi nanti! Perhh..Leleh liur bhai.. "

"Kepala ba** kau! Pi mampus dalam gunung berapi! Biar tahu azab tu macam mana! " Marah Rian dengan otak kuning si Ezra. Ada aje yang nak diselitnya! Eyy.. Sexual harassment betul! Ezra menguling mata keatas. Tak heran langsung dengan ayat sinis Rian.

"Malam-malam pun nak gaduh ke hah?! "

Suara yang memetir tetiba menyentakkan dua beradik itu. Terus kepala mereka diangkat memandang Silver yang hanya berseluar pendek biru dihadapan pintu bilik Rian. Mukanya jelas letih bersama panda's eyes. Hampir separuh bilik Rian diselimuti ais. Aura membunuh Silver juga turut terasa. Ezra dah sengih. Rian pulak dah siap sedia nak lari.

"Sabar weh. Malam-malam nak mengamuk tak elok.. Nanti tua tak ada siapa nak, kan susah? Dah lah sekarang kau memang tak ada siapa nak.. "

Muka Rian dah pucat. Ezra kalau bab tempah keranda memang boleh kasi dia. Tak fikir kawan dah, terus Rian melompat turun daripada beranda biliknya apabila aura membunuh Silver lebih kuat terasa. Sebaik sahaja kaki mencecah tanah, dentuman kuat kedengaran.

"Uwoooo...!!!! "

Rian teguk liur apabila melihat badan Ezra elok melayang ke angkasa. Silver pula dingin sahaja memerhatikan kehilangan kelibat Ezra. Dengan mengantuknya dia melangkah kembali ke biliknya. Rian pandang blur aje pada balkoni biliknya yang dah serupa kutub utara aje. Sejuk.

"Mana aku nak tidur malam ni? "Kepala digaru. Kemudian mentol menyala muncul dikepalanya.

"Hah! "

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now