CHAP 16 FIGHT

2.7K 260 115
                                    

Satu keluhan terbit dibibir seorang wanita 40-an. Rambut hitam yang panjang dibiarkan lepas. Sebelah tangan direhatkan diatas meja  manakala sebelah lagi naik mengurut pelipis. Pening!

"Kau okay ke ni Grandma? "

Teguran suara garau itu menyentakkan Pengetua Stellar. Kepala diangkat dan satu keluhan sekali lagi dilepaskan. Susuk tubuh lelaki dihadapanya dipandang dengan muka jengkel.

"Stop calling me that. Umur aku tak cecah 70 tahun lagi. "

Lelaki berambut kelabu itu menguling mata keatas. Kaki melangkah ke meja Pengetua Stellar lalu punggungnya dilabuhkan diatas meja itu. Pengetua Stellar pula hanya membiarkan.

"Tak cecah konon. Umur kau dah dekat 400 tahun kan? " Jelas nada suara lelaki itu kedengaran jengkel. Pengetua Stellar sekadar senyum lalu melepas tawa kecil. Badan disandarkan pada kerusi lembutnya.

"Tapi di kerajaan ni aku masih 40 tahun. Kau pun, kalau ikut masa dikerajaan kita.. Umur kau yang sebenar 200 tahun kan? "

"260 tahun. Sebab kita di Kerajaan manusia, aku 26 tahun sekarang. Okay apa? Muka aku muda lagi. Kau tu, dah nak masuk kubur pun belum sedar diri. " sindir si lelaki. Sekali lagi Pengetua Stellar lepas tawa.

Tak lama kemudian, kesunyian memenuhi ruang. Masing-masing senyap tanpa suara sehinggalah Puan Stellar sendiri yang membuka bicara.

"Ezriell.. "

Mata kelabu milik Ezriell menatap wajah mendung Pengetua Stellar. Dia hanya membiarkan wanita itu meluahkan segalanya sebelum dia melontarkan tujuan mengapa dia kemari.

"Kau rindu.. Kerajaan Ancient ? "

Terdiam terus Ezriell saat soalan itu terbit dibibir wanita 40-an itu. Anak mata puan Stellar naik menikam mata kelabu Ezriell yang mendung dan penuh dengan emosi negative. Jajaka kacak itu mengeluh seraya tersenyum kelat.

"Tipulah kalau aku tak rindu. Tapi kau tahu kan? Walau macam mana aku berharap sekalipun, Kerajaan itu tak akan kembali lagi..."

Luahnya lebih kepada bisikan tetapi masih dapat didengari oleh Pengetua Stellar.

"Begitu juga mereka.. "

Ezriell menggenggam buku lima. Memori silam bermain didalam mindanya. Yang pasti, memori itu bukan memori yang indah. Semuanya negative.

"Alright, stop talking about the past. Tell me, why you come over here? Worry about that dam* triplets? "

"Hahahaha..! You really hate them huh? "

Gelak Ezriell tetiba membuatkan Pengetua Stellar mencebik.

"Tak adalah sampai tahap membenci tu. Geram macam tu aje. Haiih.. Diorang tu suka sangat ponteng kelas! Habis cikgu-cikgu dekat sini complain, tahu tak? "

"Lor.. Bukan apa pun budak tiga ekor tu. Aku jaga diorang daripada baby, okay aje? Err.. Even adalah jugak aku humban diorang dalam hutan hehe.. "

Membulat terus mata Pengetua Stellar. Ezriell hanya tersengih seraya menggaru pipinya.

"Kau humban diorang dalam hutan? Umur berapa kau humban diorang tu hah?! "

"Err... 10 tahun? "

"Gila! Diorang kecik lagi kut! "

Terhinjut bahu Ezriell apabila Pengetua Stellar mengetuk meja kuat. Tersengih-sengih lelaki berambut kelabu itu.

"Bukan salah aku. Diorang buat rumah bersepah. Aku just bagi peringatan aje. "

"Ezriell, itu normal untuk budak sepuluh tahun. Diorang tak tahu apa-apa kut.. "

Makin pening kepala Pengetua Stellar! Ada ke patut buat budak bertiga macan tu? Patutlah perangai tak berapa nak betul! Penjaga pun boleh tahan jahanamnya! Haduhh..

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now