Kaki diayun kiri dan kanan. Sambaran kilat dilangit tidak dihiraukan oleh sang jejaka. Rambut merahnya beralun dek lariannya. Peluh juga mula menghujani badan dan muka. Mata birunya melilau disekeliling. Dia hanya berbaju putih dengan lengan pendek, berseluar kulit hitam.
"Where are you Aryana? Please don't do something crazy.. " doanya dalam bisikan. Apa yang diceritakan oleh Skyler sungguh memgejutkan dia.
"Aryana dah putus tunang. "
Sumpah! Dia tak tahu langsung tentang itu. Sekarang apa yang dia pasti, dia harus mencari Aryana. Fikiran Racel juga mula serabut apabila mengetahui bahawa Aryana hilang sebaik sahaja waktu persekolahan. Kalau ikut fakta Aryana tidak dikira sebagai hilang, tetapi risau jika dia terlampau mengikut emosi, banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Lagi-lagi dia terlalu sayangkan tuanangnya separuh mati.
"Racel kau dah jumpa dia? " tiba-tiba satu suara menerjah masuk kedalam fikirannya.
"Belum! Aku tak tahu nak cari dekat mana lagi. Kau dengan Rachel macam mana? Any progress? "
"Negative. Aku tak jumpa apa-apa pun. " balas Rain. Racel mendegus kegeraman.
"Kilat ni.. " satu lagi suara menerjah. Skyler memandang kerah langit. Di suatu kawasan. Hanya di situ awanya membentuk pusaran. Matanya membulat apabila kilat hitam menyambar kawasan tersebut!
"Aryana ada di Tebing Greenlins! "
"YOU SAY WHAT?!"
"Woi! Berdesing kepala aku! " marah Sage dan Aryana serentak. Racel, Rain dan Rachel hanya tersengih sumbing.
"Alright, kau pergi ke sana dulu Sky. Kami follow belakang. "
Skyler tidak membalas. Terus kakinya berlari ke arah kawasan hutan. Rakan-rakannya yang lain juga berbuat sedemikian.
***
ZAAPPP!!!
KRAAANGGGG!!!
BAMMMMM!!!
"AHAHAHA! JUST THAT? LEMAH WEH! HAHAHAHA! "
Ezra tidak habis-habis memprovok Aryana. Walaupun bahagian lengan kanannya sudah terbakar sedikit dek kerana disambar kilat Aryana, Ezra masih licah mengelak dan menyerang. Pisau di tangan tidak dilepaskan langsung. Aryana semakin ganas menyerang! Rambut hitam miliknya juga terapung diudara!
"Kau ingat kau kuat sangat ke hah?! "
"Of course lah.. "
Ezra mengangkat bahu dengan muka yang bangga. Sengihan masih elok terukir dibibirnya. Aryana semakin berang! Dalam sekelip mata, dia hilang daripada pandangan. Ezra hanya memandang sepi. Dia membengkokkan sedikit kepalanya ke kanan! Serentak dengan itu muncul Aryana dengan sebilah pedang hitam. Mata mereka bertaut sesaat sebelum Aryana hilang sekali lagi. Ezra mengukir senyuman sinis.
"Nice. But not too nice! "
DUSSHHH!!!
Satu tumbukan elok mendarat di perut Aryana! Mata gadis itu membulat bersama darah yang keluar daripada mulutnya! Sekali lagi dia hilang daripada pandangan. Ezra hanya ketawa. Darah yang tercalit dipipi dilap.
"Come on buta, tak akan kena tumbuk sikit kau sudah berundur? "
Kali ini Ezra membongkokkan badan kehadapan lalu satu libasan kaki belakang dihadiahkan tepat dipipi Aryana! Gadis itu terpelanting ke kiri lalu menghempas batang pokok berhampiran! Darah tersembur keluar! Ezra masih dengan sengihan. Badan diregangkan.
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...