Murid murid didalam kelas Elite mula berbisik antara satu sama lain, sebaik sahaja khabar mengenai 3 remaja baru yang memasuki bilik pengetua mereka.
"Weh, tadi kau nampak tak budak tiga orang tu selamba aje masuk dalam bilik pengetua? "
"Ha'ah. Aku pun hairan macam mana dioramg boleh masuk macan tu. Ketuk pintu pun tidak! "
"Eh tapi kan, salah seorang budak tu yang menari kat kantin tadi kan? "
"Yelah! "
Dan bermacam macam lagi. Dari jauh, 3 susuk tubuh berkerumun di sebuah meja. Mereka buat tak endah sahaja mengenai gosip-gosip terkini. Tetapi masih memasang telinga.
"Ada budak masuk bilik pengetua? "
Soal salah seorang daripada mereka. Mukanya putih susu, warna rambutnya juga hitam bagaikan bayang. Mata ungu yang pekat seperti tiada emosi. Dia menatap kedua-dua rakannya. Salah seorang daripada 2 orang itu mengangguk. Rambutnya berwarna hijau kebiruan dan matanya berwarna merah jingga.
"Aku dengar lah.. tapi pelik jugak.. asal pengetua bagi aje masuk? Kau tak tahu apa apa ke Skyler? " soal remaja itu lagi kepada gadis yang berambut hitam pendek dan dibiarkan lepas. Matanya berwarna emas sedikit bersinar dibawah cahaya lampu.
Skyler hanya menggeleng kepala tidak tahu."Pelik ni. " ujar lelaki berambut hitam itu lalu dibuat gaya berfikir.
"Tak payah pelik sangat lah Sage. Ni mana Racel dengan Ryana? " soal Skyler. Yang ni baru pelik, dua budak tu mana pernah lambat. Terlajak tidur ke?
"Racel mungkin Mengayat perempuan . Aryana? mati sebab makan makanan Rain semalam gamaknya. " balas Sage selamba.
Rain mula begang lalu membaling pen milik Skyler kearah Sage. Sage mengelak lalu ketawa sakan. Marahnya cik abang oit!!
"Siot arh kau! Makanan aku mana pernah bawak orang masuk hospital! "
"Eh ada lah. Aku ingat lagi! Kau penyebab aku kena tidur wad 2 tahun lepas! "
"Woit! Tu sebab kau pergi makan sekali tulang ikan tu! "
"Still makanan yang kau masak jugak! "
Mulalah perang saudara mereka. Tergeleng-geleng kepala Skyler dengan kerenah 2 ekor ini. Tak matang langsung!
"Dah dah lah tu.. "
"KAU DIAM! "
Terus Skyler mengangkat tanganya. Pandangan geram daripada Sage dan Rain dipandang sepi sebelum beredar keluar dari kelas. Arh... daripada aku duduk situ, baik aku keluar. Tak fasal-fasal ada jugak muka yang lebam. Budak bedua tu bukan boleh, sekali bergaduh tak pandang kiri kanan!
"SKYLER!! "
Dalam beberapa tapak sahaja namanya sudah dipanggil. Berkeriut mukanya melihat seorang pelajar tercungap-cungap tak cukup oksigen. Badan dikalih untuk memandang muka pelajar itu. Apabila sampai di hadapan Skyler pelajar itu memegang lutut. Apabila pernafasannya sudah stabil, terus matanya bertembung mata emas milik Skyler.
"Kenapa ni Reo? "
"Pengetua nak jumpa Skyler sekarang. "
Reo menundukkan pandangan daripada terus melihat anak mata dingin itu. Skyler mengeluh lalu beredar daripada situ, membiarkan Reo tanpa sebarang kata. Kaki membawanya ke bilik pengetua. Reo yang melihat kehilangan Skyler disebalik dinding menarik nafas lega.
"Fuhh.. bahaya betul tadi. Selamatlah mood dia tu baik."
***
Muka Skyler Merah padam manakala sebelah kening pula terangkat-angkat. Jelingan maut dihadiahkan kepada 3 susuk tubuh yang hanya beriaksi selamba dan tidak bersalah.
"Ehem.. maaf tentang tadi Cik Ashton."
"Tak mengapa Madam Stellar. Bukan Madam yang baling BUKU tebal tu dekat muka saya tadi. "
Sengaja Skyler menekankan perkataan buku sambil mata tidak lepas memandang susuk tubuh yang berwajah tidak bersalah didepannya. Mana taknya, waktu dia nak masuk dalam pejabat pengetua tulah ada buku yang setebal kamus mencium muka. Kuat pulak tu! Sakit hati.
"Eleh.. tak payah arhh.. kau senyum bagai. Nampak sangat hipokritnya. "
Selamba sahaja lelaki berambut perang itu berkata. Makin panas hati Skyler yang mendengar. Kau ke aku yang kena baling tu hah?! Cuba rasa baru tahu lah!!
"Tak baik lah kau Ezra. Dah lah kau yang baling buku tu kat dia.. " tegur Silver.
"Betul-betul.. baik kau mintak maaf. " sokong Rian sambil bermain dengan jarinya.. Kecik besar kecik besar aje Ezra tengok Rian.
"Dungu! Buku tu tak akan kena muka dia kalau kau tak elak! "
"Oohh... sekarang nak salahkan aku lah? Hello.. kalau kena muka aku yang comel ni.. "
Jari Rian ditunjukkan pada muka sendiri lalu jari telunjuknya melukis bulatan diudara.
"... tak ada gadis yang nak tau? "
Terus Ezra mengunci kepala Rian lalu menyerabutkan rambutnya. Rian meronta untuk lepaskan diri.
"Eii!!! Lepaslah Ezra! Dah lah ketiak kau busuk macam tahi kerbau! "
"What the hell?! Aku mandi kut pagi tadi! "
"Still Kerbau!!! "
"Kerbau eh? Ok fine! Ni kerbau kau!!! "
"Arhh! Silver tolong aku!!! Kerbau dah marah! "
Silver buat tak tahu. Dia hanya melihat adegan itu dengan pandangan kosong sebelum matanya mula bertaut dengan Skyler. Skyler agak tersentak dengan pandangan mata hijau Silver. Dahinya mula berpeluh apabila Silver mula berjalan menghampiri . Skyler teguk liur apabila muka mereka hanya beberapa inci sahaja. Melompong mulut Ezra dan Rian yang melihat.
"De-dekat sangat.." bisik Skyler . Mukannya mula merah.
"Kau ni... " Silver mengecilkan matanya dan merenung anak mata Kyler. Makin bergetar Skyler menerima panahan mata dingin Silver.
"Love confess... "
Rian dan Ezra memegang pipi sambil memandang antara satu sama lain.Kepala digeleng tak percaya.
"Nooo!!! " walaupun nada suara mereka rendah tetapi masih cukup untuk didengari oleh Silver. Buktinya muka diorang terus lebam apabila terkena balingan buku daripada Silver.
"Jangan nak kotor sangat fikiran tu." Pandangan kembali bertaut dengan Skyler.
"Kita pernah kenal ke sebelum ni? Muka kau agak familiar... "
"Maaf. Aku rasa kau dah salah orang ni.. " balas Skyler dengan wajah yang ditunduk. Malu!! Kejap.. kenapa aku malu dengan lelaki ni?!
"Bitch. " serentak Rian dan Ezra berkata. Terus Skyler mengangkat kepalanya. Mata dijegil geram dengan 2 ekor malaun dihadapannya. Sedap aje mulut kata aku bitch?!
"Dah lah korang jangan buli dia lagi." Arah Silver apabila mula merasakan aura setan yang mula keluar daripada Rian dan Ezra. Bukan boleh budak berdua ni. Pantang ada peluang, mulalah nak cari fasal. Cakap orang, dia pun 2×5 aje! Mereka berdua hanya akur dan mencebik.
"Nama kau apa? " soal Silver dengan wajah kosong. Skyler menarik nafas. Mencari kesabaran.
"Skyler . Skyler Ashton."Kata Skyler dengan tangan dihulur untuk berjabat.
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...