Skyler POV
Lama aku merenung langit yang biru serta awan putih yang berarak bersama. Kicauan burung-burung menyapa halwa telinga. Senyuman terukir tanpa dipinta. Aku berada di belakang rumah keluarga Rian, menikmati suasana alam. Suasana riuh di lama hadapan tidak aku hiraukan.
"Termenung apa tu? " Sapa satu suara seraya melilitkan tangan disekeliling aku. Aku hanya senyum dikala dagunya terasa dibahu. Angin yang bertiup, mengalunkan dress pengantin dan rambut ku.
"Nothing."
"Really?" Aku menggeliat kegelian apabila hidungnya mencucuk pipiku dan bibirnya gatal mencium.
"Rian! Stop it! Geli lah! "
"Nope. Kau berahsia dengan hubby kau. Take this as a punishment. "
Aku mencebik sebelum ketawa kecil apabila Rian mula mencium seluruh wajahku. Eyy, gediklah! Tak cukup lagi, dia angkat aku atas peha dia. Wah! Cair sissy! Haha.
"Seriuslah, kau termenung apa tadi? Curious I tau? " Laju tangan aku mencubit pipinya. Merintih sakit lah kawan tu. Yang gedik sangat kenapa?
"Sayang.. "Meremamg bulu aku apabila dia mula memanggil aku dengan manja. Aku hanya senyum kelat lalu menyandarkan kepala pada dadanya. Rian pula seronok bermain dengan hujung rambutku.
"Hey. Kenapa senyap ni? Cakap lah. Hurmm.."
"Tak. Saya cuma fikir hari yang awak ceritakan kebenaran tu. "
Tangan dia berhenti bermain lalu dagu aku diangkat lembut. Jelas riak bersalah diwajah dia. Aku hanya tersenyum manis lalu mengelus pipinya, lembut juga.
"Sorry. Tak fasal-fasal kau jadi mate aku. "
"Saya tak kesah pun. Cuma terkilan aje."
"Kau cintakan aku Ash? "
Aku terdiam dengan kata-kata Rian. Selepas apa yang jadi, boleh ke aku cintakan dia? Kini aku mula kembali pada hari dia mengaku perbuatannya terhadap aku.
"Ad.. " Aku menerpa kearah Rian yang berdiri dihadapan pintu bilik. Aku tak kesah apa-apa lagi. Aku cuma nak dia! Tubuhnya aku dakap seerat mungkin.
"Ash. " lembut dia memanggil nama ku. Tanganya juga memeluk aku seakan tidak mahu dilepaskan.
"Ad. Ada orang dah buat Ash. Ash takut. Ash, Ash... "
"Shh... "
Jari telunjuknya naik menekan bibir. Aku terdiam disaat matanya bertentanh dengan mata aku. Mata hijau yang sangat cantik, tapi sayang. Nampak suram.
"Maafkan aku. " bisiknya ditepi telingan aku. Rangkulan dibadan terasa ketat dan hangat. Aku terpinga-pinga apabila dia mula menitiskan air mata.
"Kenapa? Ad buat salah apa dekat Ash? " soalku hairan dan polos. Semakin kuat Hadrian memeluk aku sehinggga sesak nafas!
"Ad! Ash tak boleh nak bernafas! " cepat-cepat dia melepaskan pelukan. Aku mengali nafas semula. Rian kelihatan serba salah. Matanya tidak tenteram.
"Kenapa ni? " soal ku lagi. Kali ni, tangan aku naik mengusap pipinya. Rian menatap aku lama lalu tangannya mengenggam tangan kecil ku.
"Kahwin dengan aku Skyler Ashton. "
Aku tergamam. Dia melamar?
"Ad-ad apa..Tapi kenapa? "
"Aku.. " Dia menarik nafas dalam. Matanya mula memancarkan pelbagai perasaan. Segan, geram, malu, takut dan banyak lagi. Dan semuanya terjawab apabila dia melempar kata yang seterusnya.
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...