CHAP 21 CONFESS

2.7K 255 64
                                    

Ezra yang masih belum sedarkan diri, mengundang rasa galau dihati Aryana. Jasad lelaki itu kaku sahaja diatas katil. Jika dihitung, Ezra tidak sedarkan diri selama seminggu.

"Bangunlah Ez. Sampai bila awak nak baring aje ni? " mendayu aje suara Aryana tika itu. Seakan-akan merayu. Tangan sang lelaki digapai dan digenggam erat. Aryana bangkit daripada duduknya lalu kepala didekatkan dengan kepala Ezra. Satu kucupan hangat diberi pada dahi lelaki itu.

"Saya rindukan awak Ez.. " Tanpa sedar, setitis air mata mengalit dipipi gebunya. Cepat-cepat Aryana mengesat air matanya itu.

"Ary.. "

Aryana menoleh kebelakang. Satu senyuman kelat diberi pada Rian dan Silver.

"Awak berdua nak makan ke? Kejap saya-"

"Tak payahlah sediakan makanan kami Ary. Kami dah makan. Kau aje belum. "

Ujar Rian lalu menarik kerusi tidak jauh daripada Aryana. Silver pula elok duduk dibirai katil. Sayu dia melihat keadaan Ezra. Tetapi terbit juga rasa simpati pada Aryana. Mereka tahu Aryana dah mula sayangkan Ezra, cuma gadis itu masih keliru dengan perasaanya.

"Kau pergi makan dulu Ary. Badan kau dah makin kurus. " Arah Silver tegas. Aryana hanya menundukan kepala lalu digeleng.

"Tak nak. Nanti Ez sedar, saya nak ada dekat sisi dia. "

"Jangan degil boleh tak? Aku suruh kau makan aje kut. Kau nak ke mati kebulur?" Sedaya upaya Silver menahan geram. Aryana keras kepala sangat!

"Tak nak. " tegas Aryana lalu mengenggan tangan Ezra seperti tidak mahu meninggalkan lelaki itu. Silver mendegus geram. Sama aje macam Ezra, degil!

"Dah dia tak nak.. Tak payahlah paksa setan.. "

Tergamam mereka bertiga apabila suara Ezra tiba-tiba kedengaran. Tiga-tiga dah teguk liur.

"Weh Silver. Ada hantu yang gilakan Ezra ke sampai nak tiru suara dia duh? " soal Rian yang elok memeluk Aryana. Aryana juga memeluk Rian dek takut. Silver angkat bahu.

"Aku tak tahu. Ezra tu ramai sangat girlfriend dulu. Nak balas dendamlah kut. " ujar Silver tak ada perasaan. Muka pun kosong aje.

"Saya takut hantu Rian.. " melerek-lerek suara Aryana macam nak nangis. Pelukan semakin ketat.

"Aku pun.. " Rian pun macam nak nangis. Semakin ketat pelukanya pada Aryana. Silver menguling mata keatas. Mula dah drama, desis hatinya.

"Jangan sentuh awek aku lah! "

BUK!

Melompong mulut Rian apabila kaki Ezra menendangnya jatuh daripada kerusi. Aryana jangan cakaplah. Pucat terus muka! Dan-dan kepala Rian dan Aryana menoleh kearah Ezra yang kini elok berdiri disisi katil dengan muka bosan.

"SETAN!! "

TUK!

TUK!

Terjongket-jongket kening Ezra dek geram. Tangan berasap tanda elok meluku kepala Rian dan Aryana. Apabendalah dua ekor ni, fikir dia setan? Dia serigala okey? Serigala.

"Awak ni.. Ezra? " soal Aryana yang masih mengusap kepalanya. Matanya tidak lepas memandang Ezra yang mengeluh lalu tersenyum kecil.

"Ya aku. Ezra. Maaf-"

Tanpa amaran, leher Ezra dililit Aryana! Apa yang lebih mengejutkan, bibir Ezra dikucup Aryana! Membulat mata Ezra dengan tindakan tidak diduga itu!

Rian dah tutup mata dengan jari-jemarinya! Tapi masih dapat melihat adegan itu! Silver pula mengeras dan tercegang tak terkata.

Ezra bagaikan tersedar, lalu membalas kucupan itu. Mata ditutup dan belakang kepala Aryana ditarik manakala sebelah lagi merangkul pinggang gadis itu.

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now