CHAP 18 DIMENSION CRYSTAL

2.7K 284 110
                                    

Seorang wanita berkerundumg hitam menyanyi diatas puncak istana gelap. Rambut putihnya beralun mengikut deruan angin. Dia menyanyi dengan riang sambil ditemani kelip-kelipnya.

"la la leyli la la leyli lalalalaaaa.. "

"Master Fryda.. "

Wanita yang bergelar Fryda itu menghentikan nyanyianya. Kepala ditoleh kebelakang bersama senyuman manis. Susuk tubuh berkerundung itu menunduk hormat kepada Fryda. Fryda ketawa kecil seraya berjalan kearah susuk tubuh itu.

"Angkat kepala kamu little child. "

"Stop calling me that.. You know i hate it right?" Ujar susuk tubuh itu dengan nada jengkel. Fryda ketawa lagi.

"Alright little..Hehe. "

Susuk tubuh yang bergelar Little mengeluh sahaja. Bukan dia tidak biasa digelar begitu, cuma agak malu kerana kedengaran seperti kanak-kanak. Tambahan pula, gelaran itu datang daripada masternya sendiri.

"Jadi kenapa cari saya? " soal Fryda dengan sopan.

"Tuan Airu nak-"

Terkebil-kebil lelaki itu apabila Fryda hilang daripada pandangan. Lelaki itu mencebik tak puas hati bersama keluhan. Kepala digeleng beberapa kali.

"When a girl meet her boy. "

***

"Tuan Airu..! "

Fryda yang muncul tetiba di sebuah bilik, menyergah riang seorang lelaki yang elok merenung keluar jendela. Rambut hitam gelapnya bersinar dibawah cahaya bulan. Berpakaian serba hitam. Mukanya juga ketat tanpa secalit emosi. Fryda tanpa segan silu, berjalan kearah lelaki itu lalu memeluknya daripada belakang.

"Airu... Kenapa Airu panggil Fryda ya? " soal Fryda manja bersama tangan yang gatal melukis bulatan dibelakang badan Airu.

"Aku ada tugas untuk kau. "

Airu memusingkan badan kebelakang sebaik sahaja Fryda melepaskan pelukan. Fryda menyendengkan kepala kekiri seperti menyoal apa-dia?

"Here. "

Tangan Fryda digapai kalu kristal yang berbentuk heksagon diserahkan kepada gadis itu. Terkebil-kebil Fryda dibuatnya apabila Airu menyerahkan benda pelik itu. Idea nakal terbit diotaknya.

"Airu melamar Fryda ke ni? Huuii! So sweet! Tapi kenapa bukan cincin? "

TUK!

"Itu barang untuk tugas kau. Jangan nak fikir bebukan. "

Fryda tersengih. Tidak terasa langsung dengan nada dingin Airu. Kepala diusap sekilas. Dia membelek kristal itu. Kepala diangkat memandang Airu seperti mahukan penjelasan yang lebih lanjut.

"Benda tu dipanggil Dimension Crystal. Kau letakannya di tengah Academy Nightfall. Kemudian, nyanyi lagu kegemaran kau, Broken Angel. Akan ada satu kejutan yang bakal muncul. "

***

Itulah apa yang dilakukan Fryda sekarang. Dia ketawa kecil diatas pokok yang agak jauh daripada Academy Nightfall yang kini kecoh diserang mahluk-mahluk pelik yang keluar daripada bulatan-bulatan diatas langit sebaik sahaja cahaya yang terang itu hilang. Bandar yang berhampiran dengan Academy itu juga menerima nasib yang sama.

"Naughty Airu. Kau gunakan mahluk daripada dunia lain untuk serang mereka semua? Nice." Akhirnya Fryda hilang bersama cahaya kelip-kelipnya.

Dalam masa yang sama, Rian dan pelajar Kelas Elite bertungkus lumus membunuh mahluk-mahluk pelik yang berstruktur manusia tetapi seperti berkulit kayu! Dibelakang mereka juga terdapat cahaya-cahaya api yang berbeza warna!

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now