SSSLLAASHHH!!
Ezra melompat kebelakang. Bahu kananya ditekup sebelah tangan. Darah segar mula mengalir keluar daripada luka itu. Matanya selamba menatap wajah bengang Skyler. Selang beberapa saat, Ezra berdecih apabila muncul pula 2 susuk tubuh yang membelakangi Skyler.
"Kacau daun betul lah! " gumamnya kegeraman.
"You assholes! You hurt Aryana! "
Racel menghunus katana panjang miliknya kearah Ezra. Nafasnya turun naik dek amarah! Sage disebelahnya bersiap-sedia dengan kapak hitam. Kedua-dua pasang mata itu merenung garang kearah Ezra yang menekup bahagian bahu kananya.
"Why not? " soalnya selamba. Kemudian dia meregangkan badan. Matanya ditutup dan sekelilingnya mula mengeluarkan aura kegelapan! Sage, Skyler dan Racel membulat mata dikala melihat kecederaan Ezra pulih serta merta! Bahagian bahu Ezra yang terkena libasan pedang fencing milik Skyler berasap lalu hilang segala luka! Yang tinggal hanya baju yang terkoyak yang mendedahkan bahagian bahu Ezra yang putih. Perlahan-lahan mata Ezra dibuka. Anak matanya kini tajam bagaikan helang!
"Atau, korang pun nak aku belasah sampai mampus? " cabarnya. Tidak sempat pum mereka bertiga menjawab, Ezra hilang lalu muncul di belakang Skyler!
"... kau perempuan ke dua yang akan makan penumbuk aku." Bisiknya pada telingan Skyler! Skyler yang tersentak terus melibas pedangnya malangnya libasan itu hanya menjamah angin! Skyler tergamam!
"Apa?"
DUUUUSHHHH!!!
"SKYLER!!"
Satu tumbukan sempat dihalang oleh Skyler dengan pedangnya! Ezra tersengih melihat kepantasan yang ditunjukkan oleh Skyler! Walaupun begitu, kaki Skyler tidak terelak daripada terbenam kedalam tanah. Kawasan disekelilingnya merekah hebat!
"Girl.. you kinda strong huh? "
"That's what we call, Don't judge a book by its cover! "
SSSLLAAASHHHH!!!
Ezra membuat lompatan 360° kebelakang. Pipinya mengalirkan darah dek libasan itu. Ezra tersenyum lalu lidahnya elok menjilat darah itu. Senyuman sinis terbentuk dibibirnya dikala melihat wajah jijik 3 sekawan itu.
"Dia ni psycho ke apa? Nampak baik tapi perangai macam setan! "
Sage tidak cepat membalas andaian Racel. Dia sendiri terkejut dengan character Ezra. Tak lama kemudian, Ezra menepuk-nepuk tanganya. 3 sekawan itu terpinga-pinga dengan tindakan itu.
"Kau memang kuat. Aku kagum. Tapi sayang.. tak peka dengan keadaan sekeliling. "
"Huh? "
Ezra menganjakkan badan ke kanan dua langkah. Membutang mata mereka apabila melihat susuk tubuh Aryana yang berada di dibelakang Ezra. Ezra mengeluarkan kembali pisaunya. Rambut Aryana dicengkam kuat sehingga kepala gadis itu terdongak ke atas. Bilah pisau itu mula bermain di sekitar tengkuk gadis itu.
"Say.. "
Pandangan Ezra jatuh pada 3 sekawan yang jelas tergamam bercampur bengang.
"Betul ke gadis ni penting bagi korang? Atau dia sekadar hamba? " soal Ezra dengan tenang. Aryana yang mendengar sipi-sipi memandang Ezra dengan seribu-satu persoalan.
"Of course she important to us! She-"
"Kalau dia ni penting bagi korang, kenapa tak lindungi dia? Kenapa korang tak lebih peka dengan keadaan sekeliling? Kenapa kau fikir hanya mahu menangkap aku sedangkan 'important' korang ni tengah sakit? Kau tahu, musuh akan cari macam-macam cara untuk kalah kan kau. Jadi tak mustahil dia akan gunakan orang yang kau sayang sebagai galang-gati. Jadi aku tanya lagi.. "
Kali ini mata Ezra lebih tajam! Penuh dengan marabahaya!
"Betul ke dia ni peting? " tegas dan keras suara Ezra ketika menuturkan soalan itu. Terdiam mereka bertiga. Kaku. Akhirnya ketiga-tiga mereka hanya diam tak bersuara. Bagai ada sesuatu dikerongkong.
Dalam diam, Aryana sedikit kecewa dan sedih. Manakala Ezra tersenyum mengejek lalu ketawa kuat.
"Korang memang buat aku terhibur! Ini ke yang dikatakan kawan? WOW! Aku memang kagum! Hahaha... "
Berasap mereka bertiga mendengar sindiran Ezra. Tiba-tiba Ezra mematikan tawanya. Semua terdiam dikala melihat Aura yang membentuk seekor mahluk bertanduk dibelakang Ezra. Mata mahluk itu sama warna dengan mata hijau Ezra yang mula bercahaya.
"Korang memang kawan yang lahan*t. "
BAMMMM!!!
Tak semena-mena, kilat hitam dan merah menyambar kawasan mereka! Habuk dan tanah naik keudara! Angin kencang terhasil dan bertiup bagikan ribut! Ketiga-tiga mereka mencacakkan senjata didalam tanah dan menghalang diri daripada terpelanting jatuh kedalam gaung!
"Uhuk...! Uhuk..! "
SSSLLAASHHH!!!
Racel melibat pedangnya lalu angin kuat terhasil dan menolak semua debu dan tanah! Kini pandangan mereka kembali seperti sedia kala. Mereka semua terkejut apabila susuk tubuh Ezra dan Aryana hilang daripada pandangan. Racel mengetap geraham! Tangan dikepal.
"Aku tak dapat nak jejak Aryana.." luah Skyler apabila dia cuba mencari lokasi Aryana dengan magik fikiranya. Sage mengeluh lalu memandang simpati kepada Racel. Kepala dia juga kusut.
"DAMMIT! "
Rain dan Rachel yang baru sahaja tiba terkejut dengan amukan marah Racel. Mereka memandang satu sama lalu lalu memandang Skyler. Memohon jawapan. Skyler hanya membuat isyarat supaya bersabar dan dia akan ceritakanya di rumah. Rain hanya mengangguk perlahan.
***
"Tak sangka kau pandai bawak balik hadiah ."
Perli Silver di muka pintu. Wajah tanpa secalit emosi sentiasa melekat dengan dirinya. Matanya menatap garang wajah Ezra yang tersengih-sengih. Marahnya pada Ezra masih menyala dan semakin berapi apabila melihat susuk tubuh di dalam cepungan lelaki itu. Aryana didukungannya, sudah lama berlayar dialam mimpi. Tak semena-mena pintu ditutup kuat oleh Silver. Membutang mata Ezra apabila pintu itu hampir mengena wajah kacaknya! Ini boleh mendatangkan marah!
"Woit! Aku nak masuklah bangang! "
"Maaf encik, kami tak order pelacur."
"Kepala hotak kau, pelacur! Woi! Bukaklah babun! "
"Babun dekat hutan! Bodoh! "
"Just open this d*mn door you sh*t head! "
Silver buat tak tahu aje dan selamba berjalan ke dapur. Lantak kau lah Ez, tadi nak keluar sangat kan?hah duduk dekat luar tu sampai mampus! Apabila tiada apa-apa balasan daripada Silver, Ezra mula angin.
"BUKAKLAH PINTU NI!!!! "
***
Jauh didalam hutan, satu susuk tubuh elok memerhatikan sebuah rumah yang jauh daripada kawasan perumahan. Hoodie diturunkan dan rambut putihnya beralun mengikut deruan angin. Rambut kananya disisirkan dibelakang telingan. Kelip-kelip bercahaya disekeliling dirinya. Senyuman manis terukir dibibir.
"Lily..." panggil si gadis. Kemudian, salah satu kelip-kelipnya terbang dihadapan wajahnya. Kelip-kelip itu lain daripada yang lain. Cahayanya berwarna pelangi.
"Ya? "
"Pergi pada Ezriell. "
Tutur Si gadis penuh tersirat. Kelip-kelip itu mengangguk faham lalu terbang kerumah yang menjadi perhatian gadis itu.
"Soon triplets.. we gonna meet again. "
__________________________________________________________
Sikit lagi conflict dan misteri akan menemui anda😂. Eleh..
Jangan lupa vote and comment ya guys? ☺️
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...