CHAP 4 TAK SAYANG ADIK!

4K 377 51
                                    

"Care to explain? "

Silver, Ezra dan Rian hanya menekur lantai. Soalan yang terpacu keluar dari seorang lelaki bertubuh tegap dibiarkan seperti angin yang lalu. Rambut putihnya diikat gaya man burn. Parut jelas terukir di dari dahi dan melintasi batang hidungnya. Mata yang berwarna kelabu tajam menatap ketiga-tiga remaja lelaki itu.

"Dah tak ada mulut eh? Aku tanya soalan tak pandai dah nak jawab? "Jelas lelaki itu sedang berang.

"Maaf. " Silver mewakili mereka bertiga. Dia tahu Ezra dan Rian tak akan membuka mulut. Gerun mereka dengan lelaki yang berada dihadapan. Lelaki itu hanya menghela nafas berat.

'Kesian pulak aku dengan diorang ni..'

Pandangan mata lelaki itu berubah lembut. Tidak seperti tadi yang bermata helang dan boleh menerkam bila-bila masa sahaja!

"Korang kalau tak buat masalah memang tak sah kan? "Soalnya dengan keluhan.

Terus ketiga tiga mereka mengangkat muka. Senyuman terukir dibibir lelaki itu.

"Korang pun tahu abang tak boleh marah korang lama-lama. Lagi-lagi si kecik ni! Nak nangis dah dia. "

Terus Rian memeluk Ezriell dengan linangan air mata.

"Huwarhh!! Maaf sebab dah buat abang Ell risau! Rian.. Rian.. huwarhh! "

Ezriell ketawa kecil dengan perangai manja Rian. Suka sangat nangis . Cengeng!

"Soooo...? " melerek sahaja suara Ezra. Kaki menguis lantai.

Ezriell ketawa lalu mendepakan sebelah tangan kanannya memandangkan tangan kiri elok memeluk Rian. Muka Ezra berubah ceria lalu memeluk tangan lelaki itu.

"Silver?" Soal Silver seperti tidak puas hati. Asal aku sorang aje yang tak dapat peluk abang? Ini pilih kasih namanya!

"Come here lah.. " panggil Ezriell dengan senyuman. Terus Silver menerpa lalu memeluk badan Ezriell dibahagian pinggang. Ezra dengan Rian pulak yang bengang.

"Eii sibuk ajelah! " serentak mereka merungut.

"Abang aku, ikut suka aku lah aku nak peluk kat mana!"

"Abang kau abang kitorang jugaklah bengong! "

"Duh korang ni, nak peluk aku pun berebut. Tak matang langsung! " naik sengih jugak Ezriell dengan perangai tak matang tiga ekor ni.

"Yelah, sebab abang Ell abang kitorang! Kitorang aje boleh peluk abang! " serentak mereka berkata.

"Amboii, tadi bukan main gaduh. Kalau fasal aku bukan main korang sehati sejiwa ya? " tergelak kecil Ezriell. Makin kuat gelaknya apabila terasa pelukan mereka bertiga semakin ketat. Aduhaii adik-adik ku..

"Sebab kitorang sayang abang.. "

"Hoi tak hinggin aku nak madu tiga dengan korang! Aku punya cita rasa pada perempuan lah gila! "

"KITORANG PUN NAK DEKAT PEREMPUAN LAH!! "

Terus mereka melepaskan pelukan bersama muka yang bengang dan jijik. Ezriell dah tergelak terbahak.

"Muka dia pun macam jamban tersumbat." Kata Ezra. Terus gelak Ezriell mati. Terasa memamg terasa, tapi tu ahh kena hati kena kental sikit depan setan ni.

"Tah, siap bercalar lagi." Kutuk Rian. Silver hanya diam dan teguk liur. Muka Ezriell dipandang dengan ketakutan, Haa sudah... Malaikat maut dah datang menjeput oit!

"Hodoh sangat ya muka abang?" Soal Ezriell dengan mimik muka suci. Silver dah menyorok bawah meja makan.

"Ha'ah. " balas Ezra dan Rian tanpa sedar. Silver dah berdoa agar sengal kuasa dua itu selamat.

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now