CHAP 24 SAVAGE

2.5K 252 30
                                    

"Jadi kau dah tahu semuanya? " soal Rian sambil menghadap Silver yang membelangi dirinya. Mereka kini berada dihutan, jauh daripada rumah mereka.

"Kalau kau tak citer memang aku tak tahu sampai ke sudah. Kenapa susah sangat nak cerita dekat aku? Kau nak aku bunuh kau ke baru nak cerita? " soal Silver dengan nada tertahan. Geram dan bengang dengan sikap adik merangkap rakanya yang satu ini.

"Maaflah. Aku janji tak akan buat macam tu lagi.. Tapi.. Please jangan benci aku? " soal Rian lalu menarik tangan Silver. Dadanya sebak. Air mata juga sudah bertakung. Takut jika Silver tidak memaafkan dirinya. Sayang kut!

Silver sekadar senyum kelat. Badan Rian dibawa dalam rangkulan. Mana mungkin dia membenci dan marah pada Rian? Lelaki yang satu ini terlalu rapuh dan memerlukan dirinya dan Ezra sentiasa.

"Yelah aku maafkan kau. Janji kau tak buat lagi benda ni okay? "

"Hurmm.. "

Semakin ketat Rian memeluk Silver. Kepala pula elok berada dileher lelaki itu. Almaklumlah Silver lagi pendek daripada Rian.

"Dah jangan nangis. Jom jumpa adik ipar kau."

"Dan bakal kakak ipar aku kan? " sengih Rian lalu mendapat ketukan di kepalanya.

"Diam kau adik durhaka. Dah masuk! "

Merah padam muka Silver jadinya. Sedaya upaya dia cuba menutup malu. Rian pula ketawa lalu berjalan seiring dengan Silver. Bahu abang angkatnya dirangkul mesra.

"Adik durhaka ni jugaklah yang kau paling sayang ya dok? Eh tapi kau lagi sayang Faith."

"Kau cakap sepatah lagi, nahas aku kerjakan."

Sekali lagi Rian ketawa riang lalu berlari masuk ke rumah mereka. Silver merengus tak puas hati tetapi kaki diangkat juga melangkah. Malu jangan dicakap tapi tu ah. Sabar ajelah.

***

"Aku setuju, aku janji akan kahwin dengan kakak kau. "

Sebaris ayat itu sudah cukup untuk buat senyuman Faith melebar begitu juga Ezra dan Silver. Partilah rumah mereka tak lama lagi!

"Tapi kau kena slow talk dengan dia duh. Otak dia tak berapa nak betul sekarang ni. " Keluh Faith apabila terkenangkan sikap Skyler beberapa hari yang lepas. Walaupun dulu dia benci dia pada Skyler, tetapi gadis itu masih kakaknya. Sayang tu masihlah ada. Cuma tak tunjuk. Well, Ego.

"Okay. Kalau yang tu kau tak payah risau. "Ujar Rian yakin. Sudahnya ruang tamu itu gamat dengan perbincangan majlis perkahwinan Rian yang bakal berlangsung serentak dengan majlis kahwin Ezra.

Dek kerana bosan, Ezra mengambil keputusan untuk bawa Aryana keluar. Lama tak manja-manja dengan girl-girl kita! Hehe.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni? " soal Aryana hairan. Ezra hanya senyum sehingga menampakkan giginya.

"Pergi bulan madu. Nanti kahwin, kena pergi sama-sama dengan Rian. Tak feel duh! "

Aryana hanya ketawa dengan telatah manja Ezra. Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai! Nak aje berkepit berdua. Hailah kekasih.

"Ada-ada ajelah awak ni. "

"Only for you, baby." Erza mengenyit mata dan menghadiahkan kucupan dibibir. Aryana pula ketawa kecil dek tindakan Ezra. Ezra hanya sengih tak bersalah lalu tangan Aryana ditarik.

"Gedik. " kutuk Aryana masih dengan tawanya. Sang jejaka sekadar beriak selamba.

"Yang gedik ni juga kau suka. Heh,"

"Mana ada. Saya suka Silver. "

"Kau cakap apa tadi? "Berang terus Ezra dengan pengakuan selamba Aryana. Naik minyak jugaklah serigala kita ni.

TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C] Where stories live. Discover now