Ezra dan Silver berpandangan antara satu sama lain. Senyuman sinis terukir dibibir mereka. Mula dah mode setan tu..
" Baik kita cepat . Nanti pekerja-pekerja tu datang, dah satu masalah pulak. " ujar Ezra seraya berjalan masuk kedalam ruang masakan di kantin Academy Nightfall. Silver sekadar mengangguk dan mengikut.
"Yossh! "
Pintu ruang itu dibuka dan mereka berdua masuk kedalam. Mereka memerhati sekeliling. Bersih. Jauh daripada bau dan kuman.
"Hurmm.. Sil, kau rasa kita patut bagi apa dekat Sir tu? " soal Ezra seraya berjalan kearah meja yang berada ditengah-tengah ruang. Semua peralatan memasak berada diatas meja itu. Pisau diangkat seraya dibelek olehnya.
"I don't know . Your idea, not mine. " selamba Silver membalas lalu berjalan kearah peti ais. Ezra mencebik lalu memerhati sekeliling sekali lagi.
"How about kita kasi dia minum air arak? Biar mambuk pastu kena buang kerja." soal Ezra apabila ternampak beberapa botol arak diatas meja. Silver angkat sebelah kening.
"Tak baik lah kau ni."
Ezra mencebik seraya meletakkan kembali pisau diatas meja.
"Aku rasa, baik kita bagi air yang baru mendidih. Kasi melecuh lidah dia!" cadang Silver tetiba apabila mata memerhati cerek air diatas dapur gas. Ezra kerut dahi lalu menggeleng kepala. Tak setuju!
"Tak elok lah! "
Silver menguling mata keatas.
"Dah tu? "
"Kasi minyak mendidih nak? Simbah dekat muka dia. Baru tahu yang muka dia tu sebenarnya hodoh nak mampus! " Sengih Ezra. Silver mendiamkan diri untuk seketika sebelum mengangguk setuju.
"Boleh jugak.. "
TUK!
Kini mata mereka tertumpu pada tin penyembur serangga yang jatuh tetiba dek kerana angin. Silver dan Ezra dah ketawa setan. Tandung panjang dah keluar diatas kepala.
"Okay tukar. Kasi racun terus. Amacam? "
"Cun, Nanti aku cari tempat nak kebumi. "
Mereka berpandangan lalu ketawa.
"Muehehehe... "
***
Sementara itu, Rian dan dua lagi rakannya merenggangkan badan dipadang. 3 orang senior dihadapan mereka dipandang kosong. Wajah Rian yang bermain-main masih kekal. Well, Rian is Rian. Jangan harap dia nak serius waktu-waktu macam ni.
"Kau macam tak serius tentang benda ni. Betul ke kau mampu kalahkan mereka serentak? " soalan yang tiba-tiba keluar daripada mulut Rayken membuatkan Rian menayang muka jengkel.
"How about i puch your face? Then, kau boleh tahu aku mampu ke tak. "
"Trylah kalau kau berani. " cabar Rayken.
Masing-masing dah kasi jelingan maut. Aura tegang juga keluar daripada badan mereka. Aryana mengeluh seraya menggeleng kepala. Awal-awal lagi dah nampak tak ada kerjasama.
"Stop it.. "
Rian dan Rayken dijauhkan apabila tangan keduanya mereka seperti sudah sedia untuk dilayangkan. Aryana menarik kedua-duanya masuk ke dalam bulatan ditengah padang. Tak sedar Rian dah kasi isyarat jari tak sepatutnya pada Rayken. Rayken pun buat benda sama. Aigoo budak dua ekor ni..
"Heh, aku rasa kacang aje nak menang . Seorang perempuan dua lelaki, apalah sangat?" Ujar salah seorang senior yang bertubuh tegap dan botak.
"Jangan kau bunuh diorang sudahlah, Kiran." Pesan seorang lelaki berambut perang dengan gaya gediknya.
YOU ARE READING
TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]
Fantasy"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja yang tiada budi dan mulut selalu mintak kaki, masuk ke Academy Elit. Lagi lagi kalau Academy itu ya...