《 Mr. Jeon 》

1.2K 201 97
                                    

SKIP - 4 months of pregnancy -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SKIP - 4 months of pregnancy -

Hyeri duduk di beranda biliknya , menikmati udara segar pada pagi hari.

Kandungannya yang sudah mencecah 4 bulan itu diusap lembut dan penuh dengan kasih sayang.

Tiba tiba dia terfikir akan gossip yang tersebar 2 bulan lalu di sekolahnya.

Dia masih tertanya tanya siapakah dalang disebalik semua itu.

Dia tidak berani menuduh pelajar di sekolahnya kerana semuanya gentar dengan mereka kerana mereka sering membuli pelajar.

Jadi mengapa mereka mahu sebarkan , bukan?

Budak baru kelas hujung tu?

Dia sudah tidak lagi kelihatan semenjak TaeKook mengikutinya.

Plan baru mereka pulak?

Sudah lama rosak kerana tiada sesiapa pon yang boleh berfikir di luar kotak.

Jadi persoalannya masih tidak terjawab dan tergantung begitu sahaja.

Hyeri pernah menyuruh Taehyung menyoal guru kelas hujung tersebut , kemana kah pelajar tersebut berpindah tetapi guru tersebut tidak menjawab dan selalu mengelak daripada berjumpa mereka.

Baru sahaja Hyeri ingin memusingkan badannya untuk masuk ke dalam semula , sepasang tangan telah melingkari pinggangnya dan memeluk tubuhnya daripada belakang.

"Buat apa dekat luar ni, huh?" Soal Taehyung tenang , kepalanya dilentokkan ke atas bahu Hyeri.

"Saja , ambik angin pagi" Hyeri tersenyum memandang seekor anak anjing yang sedang berlari di kawasan perumahan mereka.

"Hey, nak puppy ke?" Soal Taehyung.

"Hmmm , kalau nak awak bagi ke?"

"Anything for you, dear" Hidung mancung Hyeri dicuit Taehyung.

"For real?" Soal Hyeri untuk mendapatkan kepastian.

"Yeah tapi sekarang kita masuk dulu okay? Tak elok kalau chagi duduk sini lama lama" Ajak Taehyung.

Badan Hyeri dipusingkan menghadapnya.

Kalau nak tahu personaliti Taehyung sudah berbeza sekarang , tidak seperti dulu gedik mengalahkan beruk.

Walaupun gedik tu masih ada , tetapi dia sudah lebih matang daripada sebelum ni.

Dan terlebih sweet sampai author yang tulis pon jeles huhu-

Dia berubah pon sebab ditegur oleh Tuan Jeon yang menyatakan bahawa perangainya tidak sesuai untuk menjadi seorang bapa.

Jadi dia bertekad mahu menjadi seorang yang lebih matang mulai hari itu.

Kepala Hyeri didongakkan ke atas bagi memandang wajah kacaknya.

"So pretty" Puji Taehyung sebelum mencium bibir Hyeri.

Hyeri kemudian membalas ciumannya dan menarik semula sebaik seseorang membuka pintu.

"Halo guys , jom turun omma panggil makan" Ajak Jungkook yang menayangkan muka sucinya.

"Kacaulah kau ni"

SKIP

"Ermm appa kejap lagilah Tae cakapkan" Sopan sahaja Taehyung bertutur.

"Boleh ja, pasal apa?" Soal Tuan Jeon yang terlupa akan hal yang baru diberitahu oleh Taehyung.

"awgh"

Semua mata memandang ke arah Tuan Jeon yang menggosok gosok pahanya yang dicubit isterinya.

SKIP

"Nak saya teman ke tak cakap dengan appa?" Soal Hyeri.

"Tak payahlah oppa ni berani orangnya jadi chagi pergi naik atas tidur tau" Arah Taehyung.

SKIP

"Tapi ada syaratnya" Ujar Tuan Jeon.

"A-apa syaratnya appa?" Taehyung tidak senang duduk menanti syarat yang bakal diberikan oleh Tuan Jeon.

"Lepas kamu berdua kahwin nanti , appa nak kamu start training untuk menjadi appa. Supaya nanti takda lah itu ini tak reti" Tenang sahaja Tuan Jeon berbicara.

"Ohhh itu , takpa appa , Tae dah pro bab anak ni" Bangga Taehyung.

"Patutlah sekali dapat tiga"

Puan Jeon yang berada di sebalik dinding tergelak besar.

Taehyung pula hanya menunduk malu.

SKIP

"Taehyung" Panggil Tuan Jeon yang berada di halaman rumah.

"Ya appa"

"Ni kamu dah bagitahu ke belum omma appa kamu?"

Taehyung menunduk dan menggelengkan kepalanya.

"Appa bukan apa Tae, appa tak nak lah majlis tu nanti berlangsung tanpa restu omma appa kamu" Tuan Jeon menepuk bahu Taehyung.

Taehyung memandang wajah Puan Jeon yang serius.

"Appa mohon kamu balik berbincang dengan omma appa kamu elok elok nae?"

Taehyung tidak mengangguk mahupun menggeleng , muka Tuan Jeon ditenungnya.

"Tae?" Bahu Taehyung ditepuk sekali lagi.

Taehyung tersedar daripada lamunannya dan menggangguk lemah.

"Kamu tak berani nak balik rumah sebab appa kamu kan?" Soal Tuan Jeon.

Taehyung tidak tahu sama ada hendak mengangguk atau menggeleng.

"Appa dah anggap kamu macam anak appa sendiri lah walaupun kamu belum sah jadi menantu appa , jadi tak perlulah kamu nak tipu appa" Luah Tuan Jeon yang sedikit sebanyak menyentuh hati jantan Taehyung.

"Dah 4 bulan Tae tak jumpa appa Tae , Tae takut appa halau Tae dan tak merestui hubungan ni" Jujur Taehyung.

"Takpa appa yakin semuanya akan berjalan dengan lancar" Tuan Jeon memberikan semangat kepada Taehyung.

"Thanks appa" Senyum Taehyung pada Tuan Jeon sebelum Tuan Jeon menariknya ke dalam pelukan.

"Thanks appa" Senyum Taehyung pada Tuan Jeon sebelum Tuan Jeon menariknya ke dalam pelukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SU : Teen Parents | kthWhere stories live. Discover now