Y/n = Your name
»Y/n POV«
Aku dan seorang jejaka berjalan sambil berpegang tangan. Kami berjalan pada waktu malam dan jejaka tu berhenti di tepi jambatan di mana bawahnya air yang tenang dengan permukaannya bercahaya disebabkan cahaya bulan. Lalu jejaka tu bercakap,
"Sa..saya nak cakap sesuatu kat awak boleh tak?" sambil pegang tangan aku. Erat.
"Boleh" aku melihat matanya dan menunggu soalannya.
"Saya sebenarnya..suka awak..sudi tak awak jadi teman wanita sejati saya?"
Akhirnya dia berkata dan aku dapat rasakan tangannya sejuk dan menggeletar kerana takut. Aku pun menenangkan lelaki tu dengan senyuman.
"S..saya pun suka awak jugak dan saya sudi.." aku bersenyum dan dia mengambil kesempatan mendekati mukanya kepadaku. Dan...
"Y/n bangun!!!" tiba2 suara yang lantang di telingaku membuatkan aku terlompat dan terjatuh dari katil.
"Bangun dik oii! dah pukul berapa ni! tak reti2 lagi nak bangun ke apa?!"
Abang aku, Yoongi, terjerit2 macam pontianak dekat depan aku. Padahal aku kat atas lantai ni,menerima kesakitan di punggung dan belakang badan sebab lompat terlalu tinggi sampai tulang belakang nak patah dibuatnya.
"ish..sakitlah..kot ye pun jangan la nak terjerit2" aku marah kepadanya lalu berdiri sambil usap punggung dan belakang badan aku. Adoiii sakitnya..
"Hah padan muka! sapa suruh tak bangun awal? tengok,sekarang dah pukul berapa ni? nanti lambat gi sekolah. Dah,cepat gi siap! abang tunggu di bawah"
Suga berkata lalu beredar macam tu je. Tak guna punya abang ish menyusahkan orang je dia ni. Aku jerlingkan mata aku dan gi mandi,bersiap gi sekolah.
————————
[skip]Aku masuk ke dalam kelas. Huish nasib sempat,lagi 1 minit lagi kelas nak bermula. Aku duduk di sebelah kawan aku, Jisoo. Aku duduk dan letakkan kepala aku di atas meja sambil tarik nafas macam orang sesak nafas.
"Kau ni dah kenapa macam orang kena asma je?" Jisoo kata kat aku sambil melihat aku dengan tangannya berpeluk tubuh sendiri.
"Aku kena lari marathon wei" aku masih tarik nafas.
"La..ni mesti kes bangun lambat lagi kan?" aku anggukan je.
Jisoo ketawa kerana tengok aku ni macam terlalu penat kerana 'lari marathon' tadi.
Tak lama selepas itu,loceng berbunyi dan kelas kami pun bermula. Cikgu kami masuk dan ketua kelas memberi selamat sejahtera kepada cikgu serta dengan pelajar2 dan kami duduk selepas memberi selamat.
"Baiklah pelajar2 sekalian,kita ada pelajar baru yang akan masuk di kelas ini. Memperkenalkan.."
Cikgu mata pelajaran Matematik,cikgu Lee memberi signal kepada seseorang yang berada di luar kelas untuk menjemput dia masuk.
"Memperkenalkan Kim Taehyung,pelajar baru kita" cikgu memberi peluang kepada lelaki bernama 'Taehyung' memberi ucapan ringkas.
"Hai,nama saya Kim Taehyung. Korang boleh panggil saya Tae. Harap korang berbaik kepada saya selama saya belajar di sini. Terima kasih"
Akhir katanya,dia menunduk 90 darjah kepada semua pelajar dan kami tepuk tangan dan memberi ucapan selamat datang kepadanya.
"Taehyung,kamu boleh duduk di belakang Y/n yang berambut perang sedikit tu" jari telunjuk cikgu menunjuk ke arah aku dan aku cuma pandang saja.
Dia akan duduk belakang aku ke?
Seperti yang disangkakan,dia duduk di belakang aku dan aku memberinya senyuman sebelum dia duduk di tempatnya.
———————
[skip]Akhirnya waktu persekolahan sudah pun tamat,boleh la aku rehat,tidur.
"Y/n!!" seseorang memanggil aku dari jarak jauh dan itu dia...
Park Jimin
Kawan aku dari sekolah rendah lagi. Kami tak sama kelas pada tahun ni tapi kami tetap rapat dan asyik bertembung je. Maklumlah rumah dia di sebelah kawasan rumah aku,jadi dekatlah.
"Jimin!!" aku pun berlari ke arah dia dan peluk dia macam dah lama pulak tak jumpa muka dia ni.
Haih rindunya aku kat dia ni~."Kau apa khabar?" Jimin berkata setelah lepaskan pelukan erat.
"Baik je~ kau?"
"Baik gak. Oh! aku dengar kelas kau ade budak baru? sapa tu?" Jimin kata sambil tu kitaorang berjalan2 ke rumah kitaorang.
"Haah,dia lelaki namanya Kim Taehyung"
"Oh...hensem tak dia?"
"Eh? napa tanya tu?" aku pandang Jimin dengan pandangan keliru.
"Tak adalah,saja nak tau entah2 kau ni tetiba ada crush kat budak baru tu.."
"Ish dia ni,kenal pun belum lagi dah nak crush2 bagai?"
"Crush tak perlu kenal pun tak pe janji orang tu hensem atau cantik" dia ni keliru kan aku,kenapa dia tanya soalan ni kat aku?
Aku bukannya seorang yang mudah jatuh cinta kecuali aku memang jatuh cinta dengan dia.
"Dah2 tak nak cakap benda ni lagi ok? tiba2 je tanya soalan tu macam kau ni jeles?" aku memberi dia anggapan.
"Mana ada aku jeles! aku cuma tanya.." dia muncungkan bibirnya ke depan. Alahai dia ni kalau tak comel tak boleh ke?
Aku cuma ketawa dan bercakap kosong sehingga sampai di depan pintu rumah aku.
"Ok lah,esok kita jumpa lagi ye~ bye Chim ~" aku melambaikan tanganku
"Bye~" dia melambai dan tunggu aku masuk ke dalam baru lah dia beredar dari rumah aku.
————————
saya harap korang enjoy episod ni hehe
please support ff ni walaupun hambar ke apa ke
please support! 😉
Love ya♡
YOU ARE READING
Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √
FanfictionSinopsis :- "Aku sukakan kau Y/n.." Jimin berkata. "Ta..tapi..aku tak pernah suka kau sampai lebih daripada kawan.." Y/n jawab dengan nada serba salah. ------ "Tak guna punya Taehyung! Dia rampas Y/n daripada aku!" Jimin marah di dalam biliknya s...