EP 5

204 12 0
                                    

»Jimin P.O.V«

Aku menarik tangan Y/n untuk pergi ke suatu tempat yang sunyi iaitu di atas bumbung sekolah.

"Kenapa kau pergi sini?" Y/n mula bertanya.

"Kan aku nak bercakap dengan kau" aku menjawap soalannya.

"Takkanlah nak bercakap kat tempat tinggi kot?" dia berkata lagi,pelik rasanya.

"Aku perlukan kau dan aku saja kat sini. Tak ada orang pun boleh melihat kita" dia angguk saja.

"Jadi..?" dia berkata,menunggu percakapan dari aku.

"Kau ok ke pasal semalam?" aku mula bertanya.

"Aku ok.."

"Jangan lah ambik hati sangat kata2 Nayeon tu" aku menasihatinya.

"Pft..sekarang kau nak menyebelahi dia ke?"

"Tak..aku cuma tak nak tengok kau sedih tu je.." dia diam. Aku melihat mukanya dalam beberapa saat.

"Kau tau kan aku masih sayangkan kau sebagai seorang kawan baik?" aku berkata sambil pandang muka Y/n yang perlahan-lahan melihat muka aku.

Dia angguk saja.

Kenapa..Y/n..disebabkan kau,jantung aku berdegup apabila melihat muka kau..mata kau..semuanya..membuatkan jantung aku berdegup dengan kencang.

"Apa kata nanti aku belanja kau makan ais krim nak?" setelah lama aku termenung kat muka Y/n,aku bertanya kepada dia.

"Nak!" mukanya jadi ceria apabila mendengar perkataan 'ais krim' tu.

Kringg!!

"Oh,kelas dah mula. Bye Jimin jumpa habis sekolah nanti" Y/n berlari ke pintu sambil melambai2 tangannya.

Aku pula melihatnya yang semakin menjauh.
——————
»Y/n P.O.V«

Aku masuk ke kelas sebelum cikgu masuk. Pergh laju bhai aku berlari. Aku duduk di tempat aku dan keluarkan buku subjek yang akan bermula nanti.

"Kau gi mana tadi? Lama aku tunggu" Jisoo bertanya.

"Aku gi melepak dengan Jimin tadi"

"Melepak tak ajak doh" Jisoo merajuk.

"Alah~ nanti aku ajak kau makan ais krim nanti nak?" aku smirk.

"Nak!" ceria je dia ni macam aku.

"Taehyung nak tak ais krim? Saya belanja" aku bertanya pula kat Taehyung.

"Eh tak apalah..saya beli sendiri je" dia berkata malu2.

"Alah..tak apa,sekali sekala saya belanja seseorang,apa salahnya" saya memberi senyuman yang manis kat Taehyung.

"Em..kalau macam tu..saya tak boleh tolak permintaan awak hehe" dia tergelak kecil sambil mengaru belakang lehernya.

Setelah itu,cikgu masuk ke dalam kelas dan mengajar kami subjek Geografi.
—————
[skip]

Sekolah tamat,aku cepat2 keluar dari kelas begitu juga Jisoo.

"Tae,cepat!" aku menjerit kepadanya.

Huishh tak sabar ni! orang belanja mesti la tak sabar an~

"Ye ye kejap!" Taehyung menyahut semula. Selepas tu,kitaorang berlari keluar dari sekolah dan di situlah aku nampak Jimin yang sedang menunggu di bawah matahari.

"Haih..lamanya korang ni" Jimin merungut.

"Sorry Chimie,Tae ni hah lambat" aku beri alasan dan pujuknya.

"Yelah2 jom aku belanja"

"Untuk kitaorang?" Jisoo bertanya.

"Aku bayarkan,Jimin pula bayarkan untuk aku je" aku menjawap.

"Roger!" Jisoo berkata sambil memegang tangan Taehyung ke kedai ais krim diikuti aku dan Jimin.

Kitaorang masuk dan mula order.

"2 vanila bang" Jimin berkata. Tahu saja perisa kegemaran aku. Yelah dah lama kenal,jadi semua yang kita suka atau tak suka semua dia tahu.

"Korang pulak?" Jimin bertanya kepada Taehyung dan Jisoo.

"Aku strawberi" Jisoo cakap.

"Coklat" Taehyung pula bercakap.

"1 strawberi dan 1 coklat bang" Jimin order lagi. Pekerja ais krim tu bagi 2 ais krim vanilla kepada Jimin dan Jimin bagi aku satu.

Selepas tu,pekerja ais krim tu bagi ais krim strawberi dan coklat kepada Jimin dan bagi kepada Taehyung dan Jisoo.

"Berapa semuanya?" Jimin berkata sambil mengeluarkan dompet dari poket seluar diikuti dengan aku.

"RM 4 dik" pekerja itu menjawap. Jimin bagi RM 2 manakala aku bagi RM 2 lagi dan jumlahnya bagi kat pekerja tu.

"Terima kasih,datang lagi" pekerja tu berkata.

Kami memberi senyuman lalu beredar.

"Emm sedapnya terima kasih ye korang berdua" Jisoo berkata sambil menikmati ais krim strawberinya.

"Yolah sama2 kitaorang balik dulu ye" Jimin berkata lalu melambai kat Taehyung dan Jisoo dan aku pula ikut Jimin balik ke rumah.
—————

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now