EP 16

126 9 1
                                    

"Aku sukakan kau Y/n.."

Selepas perkataan tu keluar daripada mulut Jimin,bilik tu menjadi sepi. Angin saja yang kedengaran.

Kali ni mata Y/n lebih besar daripada biasa. Mulutnya pun ternganga. Manakala,Jimin pulak pandang Y/n dengan wajah yang serius.

Aku..salah dengar ke atau..? Y/n bercakap dalam hatinya.

"Ta..tapi..aku tak pernah sukakan kau lebih daripada kawan,Jimin" Y/n bercakap dengan suara yang perlahan.

"Kenapa?" suara Jimin sekarang lebih ketat dan serius. Ia membuatkan suasana menjadi tegang.

"Entah..aku tak tau..aku tak boleh nak cari jawapan tu Jimin. Cuma aku tak ada perasaan cinta kat kau. Aku anggap kau sebagai adik.."

Y/n menundukkan kepala dia,tak berani nak bertentang mata dengan Jimin. Y/n tak nak memberitau hal sebenar. Dia takut..dia takut Jimin akan bunuh Taehyung.

Sebab..

Jimin agak supportive dengan Y/n.

"Jadi kau tak nak bercinta dengan aku sebab kau anggap aku ni sebagai adik kau?"

Y/n tak tau nak jawap..dia takut dengar suara Jimin sekarang ni apatah lagi nak pandang muka Jimin yang serius tu.

"Tak apa Y/n,aku terima kau punya jawapan" dan Jimin beredar dari situ.

Y/n perlahan2 mengangkat kepalanya dan melihat Jimin tak ada di depannya. Y/n terduduk di atas katil dan menutup mukanya.

Rasa serba salah tu menghantui Y/n sekarang.

Y/n tak tau yang selama ni Jimin sukakan dia dalam diam. Kalau dia perasan Jimin sukakan dia,mesti Y/n terima lamaran tadi.

Tapi tak..

Kenapa kau lembap sangat Y/n?  Y/n bercakap dalam hatinya lagi.

"Adakah Jimin marah aku? Adakah Jimin ok? Kenapa aku lembap sangat? Sorry Jimin..aku tak berniat nak sakitkan hati kau.."

Tangisan Y/n kedengaran perlahan..
————

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now