»Jimin P.O.V«
Aku dan Taehyung masuk ke dalam bilik disiplin disebabkan pergaduhan kami tadi. Dari tadi kami berdua senyap sahaja,menunggu guru disiplin berdiri di depan mejanya dan memandang kami berdua dengan muka yang garang dan serius.
"Apahal korang bergaduh?" guru disiplin itu berkata. Mula-mula kami berdua tidak menyahut.
"Saya tanya,apahal KORANG BERGADUH?!" kali ni dia meninggikan suaranya. Kami berdua terkejut dan saling memandang satu sama lain.
"Sa-salah faham tuan" aku berkata dengan suara yang berketar-ketar.
"Apa yang korang salah faham?"
"Tiada,tuan. Ia hanyalah berburuk sangka saja. Disebabkan tu kitaorang bergaduh" aku menjawab dengan alasan yang rasional.
"Ish,ish,ish nilah budak-budak sekarang..suka tikam belakang kawan sendiri. Korang sepatutnya selidik dulu barulah tuduh,jangan main fitnah je. Hah,jadi korang dah berbaik semula?" guru disiplin itu memberi nasihat dan kami berdua diam sahaja.
"Dah tuan" aku menjawab. Taehyung dari tadi diam sahaja.
"Baiklah,korang berdua boleh pergi. Jangan ulangi perkara yang sama" dengan itu,kami beredar dari bilik disiplin.
---
»Taehyung P.O.V«"Jimin.." aku memanggil namanya yang tengah berjalan di depan aku.
Dia tidak menjawab tetapi dia berhentikan langkahnya tanpa memandang ke belakang.
"Kau..sayang Y/n kan.." aku berkata dengan suara yang lemah.
Dia tidak menjawap juga.
"Kalau kau sayang dia..kau patut ambik hati dia..kau patut buat dia macam dia ialah seorang yang istimewa bagi kau. Tapi apa yang kau buat ni salah,Jimin. Kau sakitkan hati dia"
Aku boleh nampak badan Jimin agak tegang apabila mendengar kata-kata aku yang keluar dari mulut aku. Aku teruskan lagi bercakap.
"Tengok apa yang kau buat Jimin. Kau nampakkan dia rasa sakit dan bersalah bila dia tengok kau macam ni? kau nampakkan yang dia masih risau pasal kau? tu sebab dia sayangkan kau" Jimin tersentak. Dia pandang belakang dan mukanya masih serius.
"Kau nak sampaikan apa kat aku hah?" Jimin berkata. Badannya betul-betul menghadap ke arah aku. Kami saling memandang. Kali ni mata yang berbicara tetapi tak lama kemudian,aku memecahkan kesunyian ni.
"Apa yang aku nak sampaikan kau ialah..Y/n masih ambil berat pasal kau..dia sayang kau! kau tak tau. Masa kau dan Jungkook datang kat kitaorang,dia perasan yang kau nampak pelik dan tak macam dulu. Bila kau pergi,dia asyik fikirkan kau..kenapa kau berkelakuan macam tu dengan dia..kenapa kau tak layan dia macam dulu. Dia jadi risau..panik"
Jimin terdiam dengan mata yang membulat. Dia hanya boleh kaku di situ tanpa berbicara. Aku mendekati Jimin dan memegang dua belah bahunya.
"Pergi la kawan..pergi lah kat dia yang kau buat ni disebabkan kau sayang dia sangat-sangat. Apa yang kau buat sekarang ni ialah kesilapan besar" aku berkata sambil melihat matanya yang kini layu.
"Aku..aku tak boleh kawal aku punya ego dan perasaan aku. Aku sayang dia sampai aku buat kau macam ni disebabkan dia SORANG. Tapi aku dah kata kat dia yang aku sayang dia lebih daripada kawan tapi dia masih takde perasaan cinta kat aku disebabkan tulah aku mula buat benda keji ni" dia berkata dengan suara yang layu.
Aku menepuk bahunya perlahan dan tersenyum kecil.
"Apa kata kau cakap elok-elok dengan dia..aku pasti dia boleh faham perasaan kau. Cuma dia perlu masa untuk memikirkannya"
"Tapi kenapa..kenapa kau cakap macam ni kat aku? macam kau ni...bagi aku peluang dengan dia?"Aku tergelak kecil dan senyum sinis.
"Kawan..kau boleh je ambik peluang ni dari dulu lagi kalau kau cakap baik-baik kat aku. Tapi takpe,aku tunggu keputusan korang nanti,aku harap kau dapat mengambil hati dia lagi seperti dulu. Aku pasti,Y/n lebih suka Jimin yang dulu daripada yang sekarang"
Aku menepuk bahunya lagi sekali untuk kali terakhir sebelum beredar dari situ,meninggalkan Jimin yang masih berdiri. Dia tengah memikir,adakah dia patut...
Ambik peluang ni..?
YOU ARE READING
Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √
FanficSinopsis :- "Aku sukakan kau Y/n.." Jimin berkata. "Ta..tapi..aku tak pernah suka kau sampai lebih daripada kawan.." Y/n jawab dengan nada serba salah. ------ "Tak guna punya Taehyung! Dia rampas Y/n daripada aku!" Jimin marah di dalam biliknya s...