EP 8

168 8 0
                                    

Kami sudah bayar bilik di hotel yang berdekatan dengan pantai tersebut. Kami perlu berkongsi bilik jadi Yoongi seorang diri sebab Yoongi suka duduk sorang2. Jimin sebilik dengan Taehyung manakala aku sebilik dengan Jisoo.

Aku terus masuk dalam bilik dan letakkan bagasi aku yang berat tu. Aku duduk atas katil yang empuk dan baring.

"Kita rehat2 la dulu. Petang nanti kita keluar gi pantai sana" kata Jisoo sambil menyelongkar barang2nya di dalam bagasinya.

"Ok" aku menjawap sepatah perkataan. Tanpa aku sedar,aku tertidur kerana terlalu penat duduk dalam kereta berjam2.
—————
»Taehyung P.O.V«

Aku mengeluarkan semua barang2 dan susun barang2 aku di atas meja,dalam almari dan lain2.

Jimin juga menyusun barang2nya. Di dalam ruang yang agak besar itu dipenuhi dengan kesepian,tiada satu daripada kami bercakap.

Namun sudah beberapa minit berdiam,Jimin membuka mulutnya dan bertanya.

"Kau lapar tak?" Jimin pandang aku yang sedang sibuk mengemas barang2 aku.

"Lapar la jugak..dari pagi tadi tak makan" aku menjawap sambil tangan sibuk mengemas barang2.

"Oh..nak aku belikan? aku belanja"

"Eh tak payah susah2 aku boleh beli sendiri" aku terus menghalangnya.

"Tapi kau tengah sibuk tu" dia menuding jari telunjuknya ke arah barang2 yang masih bersepah.

"Nanti sekejap lagi,aku siaplah. Tak apa, aku beli sendiri je" aku masih menafikannya.

"Ok kalau kau cakap macam tu. Aku tak leh nak paksa kau" Jimin berkata lalu sambung mengemas barang2 nya.
—————
»Y/N P.O.V«

"Y/n..bangun.." aku terasa badan aku digoyang2 dengan perlahan tapi aku endahkan goyangan tu.

"Y/n bangun!" goyangan tu makin kuat dan aku tersentak lalu bangun.

"Kenapa?!" aku terbeliakkan mata aku.

"Dah petang ni..cepat mandi,kita nak keluar" kata Jisoo lalu beredar dari bilik.

Aku dah la masih mamai tapi aku ringankan kaki aku untuk berjalan ke bilik mandi. Kalau tak,aku memang tak nak bangun tapi inilah yang aku tunggu2..MAIN AIR!
—————
Aku dan kawan2 lain dah terpacak di depan pantai. Pemandangannya cantik,membuat aku kagum. Airnya juga jernih dengan warna kebiru-biruan dan angin sejuk meniup.

Dari tadi,mata aku asyik terbeliak besar sebab aku suka pemandangan yang cantik. Lagipun aku dah lama tak pergi pantai. Last  aku pergi,dengan keluarga. Haih..kalau la ada ibu dan ayah di sini..bisik hati aku.

"Y/n!!" Jimin menjerit nama aku. Aku berpaling muka.

"Jom makan!" Jimin menarik tangan aku sebelum aku sempat membalasnya balik.
—————
Emm! Makanan di sini juga sedap dengan makanan2 laut yang dihidangkan oleh sebuah restoran ni.

Kami makan sampai perut nak pecah. Selepas makan,kami borak2 kosong dan perancangan untuk hari ni.

"So..sapa nak mandi?" tanya Jisoo.

"Aku!" aku separuh menjerit diikuti dengan Jimin dan Taehyung.

"Abang Yoon-" sebelum Jisoo menamatkan perkataannya,abang aku dah menyampuk.

"Tak nak"

"Ok! Jom!" Jisoo terus ajak kitaorang pergi ke pantai untuk berseronok. Yoongi pula mengikut saja.

Yoongi duduk di bawah pokok kelapa sambil melihat anak2 muda bermain air dengan riang nya. Yoongi tersenyum melihatnya. Pada minggu ni,Yoongi boleh menghilangkan stressnya disebabkan kerja yang tanpa henti. Dia cuma menghidu angin yang bersih itu dan melayan perasaan dan hatinya.
—————

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now