EP 3

250 17 0
                                    

Aku keluar daripada kelas apabila sekolah telah tamat. Dari kelas tadi aku tak cakap dengan diaorang walaupun mereka bertanya macam2 soalan sebab kenapa aku timbulkan masalah di kantin tadi pagi.

"Y/n! tunggulah kejap!" Jimin berlari dan menahan bahu aku. Aku pun terpaksa berhenti tapi aku tak memandangnya.

"Y/n,kenapa tadi kat kantin? Dia ada cederakan kau ke?" Jimin pegang kedua2 bahu aku dengan kuat. Aku menggeleng.

"Pastu? Y/n,tolong..cakap sesuatu"

"Dia..dia kata aku asyik dekat2 dengan Taehyung tu. Padahal aku baru je kenal,dia dah syak macam2,manalah orang tak marah?" akhirnya aku berkata dengan nada yang marah yang asyik terperap di dalam hati aku ni.

"Dia memang camtu. Tau2 jelah semua yang hensem2 di matanya mesti dia viralkan atau cemburu"

"Tak guna punya pompuan! Heh,tak ada laki nak dia,tulah dia meroyan!" aku marah lagi.

"Dah2,jom kita ke tempat yang sunyi sikit" kitaorang berjalan,keluar daripada area sekolah.
———————
»Jimin P.O.V«

Aku melihat bangku di tepi jalan lalu aku mengajak Y/n duduk sama untuk membincangkan pasal masalah Nayeon tu. Aku tak sedap hati selagi aku tak tau perkara sebenar.

"Meh duduk" aku mengalu-alukannya duduk. Y/n pun duduk di sebelah aku.

"Citer la dengan lebih detail lagi. Kita berdua je yang ada kat sini" aku bersedia mendengar apa saja yang Y/n mahu ceritakan.

"Dia datang kat meja yang kita duduk pastu tiba2 dia kata aku asyik dekat2 dengan Taehyung"

Dia sambung lagi.

"Pastu aku kata la yang dia tak puas lagi ke nak kacau hidup aku,dia kata tak. Di situ macam2 kitaorang cakap sampai aku buat kecoh di kantin tu" Y/n berhenti bercakap sambil tu dia tundukkan kepalanya.

Aku sebenarnya kesian tengok Y/n,kena tuduh tanpa bukti. Dah la mak ayah dah tiada,cuma abangnya saja tempat untuk mengadu semua kesedihannya. Aku tau semua kisah hidup Y/n jadi tak hairanlah.

"Bersabarlah ye Y/n..aku tetap sokong kau Y/n,jangan risau" aku menarik badannya dekat dengan aku. Kepalanya diletakkan di dadaku sambil tu aku usap-usapkan belakang Y/n untuk redakan amarahnya.

"Terima kasih..Jimin.." dia berkata dengan nada yang lemah. Aku cuba menenangkan hatinya yang terluka tu.

Setelah lama kemudian,kitaorang berdiri untuk menyambungkan perjalanan kami ke rumah.
———————
»Taehyung P.O.V«

Aku terserempak dengan Y/n dan Jimin yang sedang berpelukan di atas bangku.

Rapatnya mereka berdua..tapi aku rasa Jimin ada hati dengan Y/n sebab riak wajahnya..

Bukan tu saja,Jimin mencium di atas kepala Y/n tapi Y/n tak perasan,rasanya?
Aku tak taulah yang mereka dah terbiasa..

Hish,Tae kenapa kau bersangka buruk kepada dorang ni? Aku tak ada kena mengena dengan dorang ni .

Aku menepuk dahi aku. Terikut sangat dengan percakapan hati aku ni.

Tae,kau baru kenal dengan Y/n,jangan fikir macam2 ishh!

Aku bercakap di dalam hati. Untuk menjauhkan semua sangka buruk aku ni,baik aku pergi balik siapkan kerja rumah yang cikgu beri.
———————
»Y/n P.O.V«

Aku masuk ke dalam rumah dan duduk di atas sofa dengan merehatkan seluruh badan aku.

"Dah balik?" suara abang aku,Yoongi datang dari belakang aku.

"Hmm.." aku menghemkan.

"Y/n nak makan apa nanti?"

"Takpalah bang..Y/n tak ada mood untuk makan.." aku berdiri dan berjalan ke bilik aku.

"Aik? kenapa pulak budak ni? Takkan bergaduh lagi dengan Jimin? atau Jisoo?" Yoongi mengagak-agakkan kenapa adiknya tetiba buat hal.

Tetapi jawapannya tidak dijawab.
———————

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now