»Jungkook P.O.V«
Kami beredar selepas berborak dengan Y/N dan Taehyung. Kami berjalan tanpa berkata apa2. Aku tengok muka Jimin. Jimin...muka Jimin serius sekali. Agaknya banyak idea yang dia fikirkan.
"Kau ni dah kenapa, serius sangat?" aku mula berkata.
Jimin tak menjawap.
"Hello? Chim? Roh kau ada ke tak??" aku menolak sedikit badannya.
"Hah?" Jimin berkata selepas layan lamunannya tadi.
"Aku tanya..kau kenapa serius sangat?" aku mengulangi soalan aku tadi.
"Oh..aku..aku tak suka tengok dorang bermesra macam tu.." Jimin bercakap dengan nada yang sedih.
"Tapi..kau kena terima semua ni, Chim..kau tak boleh berdendam. Kau nak tengok Y/N sedih tengok kau berkeadaan macam ni?"
Jimin terdiam.
"Jim-" sebelum aku habis bercakap, Jimin menyampuk.
"Aku nak pergi balik.." dan dia beredar tanpa menoleh ke arah aku.
Aku mampu menggeleng kepala dan melihat gelagat Jimin saja.
-------
»Jimin P.O.V«Aku benci sangat tengok Y/n dan Taehyung bermesra-mesraan kat depan mata aku! AKU BENCI SANGAT! Kalau boleh aku nak rampas Y/n daripada tangan Taehyung tu! Cis!
Aku menumbuk dinding rumah aku sehingga pecah. Keluarlah darah merah dari belakang tanganku. Aku menahan sakit di tangan tapi tu bukan yang paling sakit,yang paling sakit ialah di hati aku yang tengah berapi. Aku menarik nafas dengan tercunggap-cunggap sebab amarahku.
"Y/n..kau akan jadi kepunyaan aku..selamanya.." perkataan tu ialah perkataan terakhir sebelum aku menamatkan mereka berdua.
---
»Taehyung P.O.V«Dari tadi aku rasa tak sedap hati selepas Jimin dan lelaki bernama Jungkook pergi meninggalkan kitaorang berdua. Aku dapat rasa yang aura Jimin agak berbeza daripada sebelum ni. Auranya berkata yang...dia sangat marah semasa dia melihat kami berdua dan juga suasana pada masa tu agak tegang.
"Taehyung?" aku berhenti apa yang aku fikir dan aku mengalihkan pandangan aku ke Y/n.
Dia berkata lagi, "Kenapa Tae? Ada sesuatu yang ganggu awak ke?" aku cuma menggeleng sambil tersenyum.
"Marilah kita balik,dah nak senja ni.." aku berkata,menghiraukan mukanya yang keliru tu. Kami pun pulang ke rumah masing-masing.
---
»Author P.O.V«Y/n duduk di atas katil dan mengambil telefonnya untuk membuat panggilan kepada seseorang. Namun panggilannya tidak dijawab. Y/n mesej orang tu tetapi tidak dibalas. Selalunya orang ni cepat membalas mesej nya tapi kali ni tidak lagi..
"Mana pulak Jimin ni..." Y/n berkata dengan risau. Dia mesej lagi dan lagi tetapi tetap tidak dijawab oleh Jimin.
"Y/n?"
Y/n mengangkat kepalanya dan melihat abangnya,Yoongi di depan pintunya.
"Jom makan,abang dah siapkan makanan" Yoongi berkata.
"Ok..nanti Y/n datang" aku berkata dan Yoongi beredar begitu saja.
Ish..mana Jimin ni..kenapa dia berkelakuan pelik semenjak ni? Kenapa dia macam tak nak dekat dengan aku? Kenapa mukanya agak masam bila dia nampak aku? Apa salah aku??
---
»Jimin P.O.V«Aku melihat mesej yang Y/n bagi kat aku tapi aku tak balas sebab...
Aku masih marah dengan dia dan aku tak ada mood nak cakap dengan dia.
Aku baling telefon aku ke atas meja kecil yang ada disebelah katil aku lalu aku baringkan diri dan menghembus nafas berat.
Y/n...adakah kau tak nampak cinta aku di hati atau mata kau?? Kenapa kau pilih orang yang baru kau kenal? Padahal aku ni..aku ni dah lama kenal kau..tau apa yang kau suka dan tak suka tapi kenapa...KENAPA KAU PILIH DIA!
Mata aku menetap tajam ke siling dan aku rasa nak naik gila bila terfikir pasal Y/n dan Taehyung. URGH! Aku tak boleh tahan lagi!
Aku nak hapuskan Taehyung!
---
Maaf ye lama tak update sebab sibuk dan malas nak sambung hahah sorry2 🌚btw episod ni banyk POV,harap korng suka baca citer ni! TERIMA KASIH KEPADA YANG VOTE DAN SUKAKAN CITER NI!
💜💜
YOU ARE READING
Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √
FanfictionSinopsis :- "Aku sukakan kau Y/n.." Jimin berkata. "Ta..tapi..aku tak pernah suka kau sampai lebih daripada kawan.." Y/n jawab dengan nada serba salah. ------ "Tak guna punya Taehyung! Dia rampas Y/n daripada aku!" Jimin marah di dalam biliknya s...