»Y/n P.O.V«
Aku berlari dan berlari..
Mana lah dia ni?
Aku berlari lagi sampai aku nampak dia duduk di atas bangku. Aku memperlahankan larian aku dan cuba mendekati dia.
"Ji-Jimin.." aku cuba mencapai dia tapi dia cepat2 berdiri dan berjalan,tinggalkan aku.
"Jimin tunggulah aku! Kenapa kau lari?" aku menjerit.
Tiada jawapan.
"Jimin,tolonglah,jangan diam macam ni..aku tau kau tak boleh terima semua ni Jimin. Tapi-"
"Kau tak perlu kata apa2 lagi,Y/n.." Jimin bersuara. Terdengar suara sayunya.
"Aku perlu masa bersendirian.." Jimin sambung.
"Jimin..tolonglah..aku tak tahu yang kau ada perasaan kat aku. Aku ingat kita akan jadi sahabat selama2 nya"
Aku berjalan di depannya dan pegang kedua belah pipi nya dan mengangkat kepalanya sedikit supaya pandang mata aku.
"Jimin..jangan macam ni..aku tak suka tengok kau macam ni.." aku merayu sambil menatap mata yang sayu tu.
Jimin perlahan2 mengorak langkah kebelakang dan pusing untuk berjalan tanpa bersuara.
"Ok. Kalau kau terusan macam ni,semua ni takkan selesai!" aku jerit lagi.
Dia masih berjalan dan tinggalkan aku macam tu je. Aku mengeluh dan masuk ke dalam kelas.
————
»Author P.O.V«Setelah tamat masa persekolahan,mereka semua mengemas barang untuk pulang ke rumah. Y/n menunggu Taehyung yang masih mengemas barang2 nya.
"Jom" Taehyung berkata selepas siap mengemas dan keluar dari kelas sambil memegang tangan.
"Nak says hantarkan awak ke rumah?" Taehyung bertanya kat Y/n.
"Boleh saja..tapi tak menyusahkan ke? Sebab rumah awak jauh?" Y/n rasa bersalah.
"Tak jauh sangat pun. Saya hantar awak dengan kereta saya"
"Wahh bila masa awak ada kereta?" Y/n berkata dengan penuh kejutan dan teruja.
"Dah lama,cuma saya jarang guna je" dia tersenyum. Y/n membalas senyuman manis tu.
Pasangan kekasih itu sungguh mesra
Tapi..
Disebaliknya..ada orang memerhati mereka berdua dari jarak jauh.
Mata nya penuh rasa geram dan dendam..sebelum dia pergi dari situ..
————
YOU ARE READING
Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √
FanfictionSinopsis :- "Aku sukakan kau Y/n.." Jimin berkata. "Ta..tapi..aku tak pernah suka kau sampai lebih daripada kawan.." Y/n jawab dengan nada serba salah. ------ "Tak guna punya Taehyung! Dia rampas Y/n daripada aku!" Jimin marah di dalam biliknya s...