»Y/n P.O.V«
Aku menyimpan buku-buku aku di loker untuk pergi ke kantin bersama Jisoo,Taehyung dan Jimin. Oh..Jimin..dah lama aku tak nampak dia dan aku cuba cari dia tapi dia mesti menghilang entah ke mana. Tiba-tiba aku rasa ada orang tepuk bahu aku dan aku pun toleh kebelakang. Jisoo yang menyapa aku.
"Jomlah weyh,nanti lambat. Kau punya boyfriend tu pun tunggu kau lama kat kantin" Jisoo berkata.
"Ok ok jom" kami pun beredar ke kantin.
---
»Author P.O.V«Jisoo dan Y/n sampai ke kantin tapi tetiba suasana di kantin menjadi ribut apabila terdengar suara jeritan dan bunyi orang menumbuk seseorang. Dua orang perempuan itu pergi ke arah pelajar-pelajar yang berkumpul di situ dan melihat apa yang terjadi.
Alangkah terkejut nya Y/n,dia ternampak sahabat nya menumbuk orang yang dia sayang. Y/n berlari ke arah mereka dan berhentikan Jimin dari menumbuk Taehyung dengan menarik tangan Jimin.
"Jimin! Hentikan semua ni!" Y/n berkata dengan keras.
"Tepi Y/n! Ni bukan urusan kau!" Jimin membantah. Dia terus menumbuk muka Taehyung yang tidak lagi bermaya.
"JIMIN!! HENTIKAN!!" Y/n berusaha menarik Jimin sebelum dia membunuh Taehyung.
"JIMIN KENAPA DENGAN KAU NI?!" Jisoo pula yang berkata.
Dengan itu,Jimin hentikan aksinya dan memandang Y/n dengan mata yang sangat menyeramkan. Y/n tidak pernah melihat Jimin macam ni,SEKALI PUN TIDAK.
"Ji-Jimin..." Y/n memanggil namanya dengan suara yang bergetar-getar. Y/n takut dengan aksi ganas tadi.
"Y/n...kau suka lelaki tu?" Jimin berkata sambil menunjuk Taehyung dengan jari telunjuknya. Y/n mengangguk.
"JANGAN MIMPILAH!" tiba-tiba Jimin memekik membuatkan semua orang terkejut. Y/n terasa mahu menangis apabila dia terasa hatinya dicucuk jarum apabila mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Jimin.
"Ke..kenapa kau kata begitu...Ji-"
"Sebab dia tak sesuai dengan kau!"
Y/n keliru dengan kata-kata Jimin. Kenapa Taehyung tidak sesuai dengan aku? Y/n berkata dalam hati.
"Ji..Jimin.." Y/n tidak boleh tahan lalu menangis.
"Ka..kau menghilang sebab semua ni ke? Kau jeles tengok aku dengan Taehyung kan.." Y/n memberanikan dirinya untuk bertanya kepada Jimin.
"Kau rasa? Aku..yang dah lama kenal kau ni..kau tak pernah tengok aku lebih daripada kawan. Tapi aku..aku suka kau Y/n..aku suka kau lebih daripada kawan..maksud aku,aku sayang kau LEBIH DARIPADA KAWAN! KENAPA? Kenapa kau tak pernah rasakan perasaan macam tu kat aku,Y/n?"
"Sebab aku anggap kau ni..seperti keluarga aku Jimin..aku tak tahu yang kau ada perasaan macam ni..aku minta maaf sebab aku tolak kau,Jimin. Tapi,kau tak boleh ke terima takdir ni?"
Y/n memandang Jimin dengan mata yang merah dan dipenuhi dengan air mata. Dia sakit dan sedih..tengok Jimin macam ni sebab dia. Y/n rasa ni semua salah dia. Dia yang penyebab semua ni.
Jimin mengusap air mata Y/n yang jatuh di pipinya dengan lembut dan memandang Y/n dengan rasa serba salah. Jimin tak suka tengok Y/n menangis lagi-lagi sebabkan dia.
"Y/n..maafkan aku..aku..aku sayangkan kau sangat sampai aku tak boleh kawal aku punya badan dan minda aku" Jimin memeluk Y/n dan menitis air mata secara senyap.
Y/n memeluknya balik. Suasana di situ menjadi suram. Semua orang di situ masih keliru begitu juga Taehyung dan Jisoo. Taehyung diangkat oleh Jisoo dan melihat kejadian di depannya. Taehyung tidak boleh buat apa-apa sebab dia tahu..itu bukan urusannya untuk masuk campur hal ni.
"Apa yang terjadi ni!" suara seorang cikgu disiplin memecahkan kesunyian itu.
"Ada sesiapa yang boleh terangkan pada saya,apa yang terjadi sebenarnya?" cikgu disiplin itu berkata lagi apabila tiada seorang pun berbunyi.
"Saya dan Taehyung bergaduh,tuan" Jimin berkata setelah dia melepaskan pelukannya.
"Kenapa korang bergaduh?" cikgu itu bertanya.
"Salah faham,tuan" Jimin berkata lagi walaupun itu bukanlah sebab-sebabnya.
"Korang berdua ikut saya ke bilik disiplin. Sekarang juga" cikgu itu beredar.
Semua orang beredar dan meninggalkan kami berempat. Jimin memandang Y/n sekali lagi dan mengusap tangan Y/n sambil tersenyum kecil.
"Tak apa..aku boleh bereskan semua ni. Kau jangan risau" dengan itu dia beredar tetapi Y/n tarik tangannya.
"Adakah kita akan berbaik semula Jimin?" Y/n berkata.
"....kita akan bincang sekali lagi Y/n dengan Tae sekali" selepas Jimin berkata begitu,dia melihat ke arah Taehyung yang berdiri dengan lebam di muka.
Jimin tidak kata apa-apa dan beredar begitu sahaja diikuti dengan Taehyung. Jisoo cepat-cepat datang kepada Y/n dan periksa Y/n sekiranya Y/n tercedera.
"Kau tak apa-apa?" Jisoo bertanya.
"Tak,aku ok je.." Y/n menjawap pertanyaan Jisoo.
"Aku minta maaf sangat-sangat pasal tadi. Aku tak tahu pulak Jimin boleh bertindak ganas macam tu disebabkan dia jeles ngan korang" Jisoo berkata dengan serba salah.
"Tak apa..aku pun tak tahu yang dia akan buat macam ni. Sekarang aku rasa serba salah" Y/n berkata lalu dia duduk di salah satu kerusi di situ. Jisoo pun duduk di sebelahnya.
"Kau tak perlu rasa serba salah..Jimin tu yang tak waras..ni semua bukan salah kau Y/n. Jomlah kita pergi ke kelas,nanti kena marah pulak dengan cikgu" Jisoo berkata lalu mengangkat Y/n lalu peluk bahunya.
Dengan itu,mereka berdua beredar dari kantin.
YOU ARE READING
Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √
Fiksi PenggemarSinopsis :- "Aku sukakan kau Y/n.." Jimin berkata. "Ta..tapi..aku tak pernah suka kau sampai lebih daripada kawan.." Y/n jawab dengan nada serba salah. ------ "Tak guna punya Taehyung! Dia rampas Y/n daripada aku!" Jimin marah di dalam biliknya s...