Kali ni,aku datang awal daripada biasa . Aku letakkan barang2 aku di dalam loker selepas tu aku berjalan ke kelas aku.
Hmm,mesti Jisoo belum datang lagi..
Aku masuk ke dalam kelas tapi aku pelik..kenapa lampu dalam kelas terbuka. Rupa-rupanya ada seseorang datang awal daripada aku. Wah semangat nya.
Aku mengetuk pintu kelas dan mengintip di dalam kelas. Selepas tak dengar apa2 di dalam kelas tu,aku bukak pintu dengan perlahan.
Aku ternampak Taehyung duduk di tempatnya sambil membaca buku. Dia melihat siapa yang masuk selepas tu dia baca balik buku yang dipegangnya.
Aku duduk di tempat aku dan aku mula sapa dia,
"Hai Taehyung,awalnya datang?" aku bertanya dengan badan aku menghadapnya.
"Hai Y/n,saya kadang2 je datang awal macam ni" dia ketawa sedikit.
"Oh,kalau begitu..apa alasan awak datang awal sangat ni?" aku mula tunjuk ramah kepadanya,mahu mengenalinya dengan lebih dalam.
"entahlah,saya terbangun awal dan saya bersiap. Kalau saya tidur balik,mesti lambat datang ke sekolah hehe" dia mengaru di belakang lehernya dan senyum malu2.
Agak-agaknya dia tak pernah rapat dengan orang? atau dia terlalu pemalu dengan sesiapa?
Aku masih mahu bercakap dengannya lagi,
"Oh gituu" aku mengiyakan.
"Awak pulak?"
"Sama dengan alasan awak" aku senyum. Tiba2 pintu kelas terbuka luas dan ternampaklah sosok badan yang aku kenali.
"Awalnya kau datang Y/n?" Jimin berkata kepada aku lalu mendekati aku dan Taehyung.
"Hehe tiba2 nak datang awal pulak hari ni" aku tergelak kecil dan Jimin terpandang Taehyung. Dia senyum kepadanya.
"Oh! ni Jimin,kawan baik saya dari sekolah rendah lagi" aku memperkenalkan Jimin kepada Taehyung yang dari tadi kaku.
"Selamat berkenalan,saya Taehyung" Taehyung berdiri dan keluarkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Jimin.
Jimin dengan hati terbuka,dia menyambut tangan Taehyung sambil senyum manis kepadanya.
"Selamat berkenalan juga" Jimin berkata.
Jimin lepaskan tangannya dan duduk di sebelah aku. Aku cuma senyum kepada mereka berdua. Akhirnya,kawan aku ni telah kenal siapa pelajar baru di kelas aku ni.
"Jadi...korang berdua pun dah kenal satu sama lain,apa kata nanti Taehyung join breakfast nanti. Nak tak,Tae?" aku mahu wujudkan suasana persahabatan kita dengan lebih rapat lagi.
"Boleh aje,saya tak kisah" Taehyung berkata demikian.
"Jimin?" aku pandang ke arah Jimin yang dari tadi diam sahaja.
"Aku ok je" dia senyum.
"Baiklah,good! nanti aku ajak sekali Jisoo"
"Hey,hey apa ni sebut2 nama orang ni?" tiba2 Jisoo datang dari mana entah seperti halimunan. Datang tak bagi salam.
"Kau ni,bagi la salam dulu" aku memarahinya lalu dia tersengih2.
"Selamat pagi korang~" akhirnya dia memberi 'salam'nya.
"Selamat pagi" kami bertiga jawab serentak. Jisoo duduk sebelah Taehyung sebab Jimin dah duduk sebelah aku ni. Takkan nak duduk atas Jimin,kan? hah tak pasal2 kena lenyek.
Dengan rasa terujanya,dia bertanya lagi,
"Apahal sebut2 nama aku ni?"
"Tak,aku nak ajak kau join breakfast dengan Taehyung dan Jimin sekali. Setuju tak?"
"Mesti lah setuju! Asalkan kawan aku ade" dia berkata dengan riangnya. Amboi,pagi2 dah beria2 je.
"Ok good!" aku memberi mereka 'thumb up'
——————
[skip]"Ok,kau jaga tempat kitaorang ye" Jisoo berkata kepada aku.
"Kau nak apa? aku orderkan. Meh duit kau tu" Jisoo cakap lagi.
"Aku nak roti sosej" aku menjawap lalu duduk di atas kerusi yang memiliki 4 kerusi 1 meja. Jangan lupa,aku berikan duit kepada Jisoo RM 1.
"Ok! aku gi dulu" Jisoo pergi belikan manakala 2 orang laki tu dah beredar lama dah.
Selama aku duduk sini,aku terasa ade seseorang datang kepada aku. Seperti yang disangkakan,geng budak2 gedik datang kepada aku.
Apa lagi dorang nak ni adoii...
Naik meluat aku tengok si minah di depan geng aka a leader. Dia mula datang mendekat dan tendang kerusi sebelah aku.
"Eh,pompuan!" minah tu cakap,yang bernama Nayeon.
"Apa lagi kau nak? Tak puas2 lagi ke nak kacau aku?" aku berkata dengan nada yang bosan sambil pandang minah tu dengan menunjukkan muka jijik.
"Tak,aku tak puas lagi. And why you selalu dekat2 dengan budak hot tu?"
"Budak hot mana pulak ni?" aku mula keliru.
"Alah,budak baru tu lah apa lagi" dia menjeling mata kat aku. Hek eleh minah ni,kenal pun tak,ada hati nak gatal dengan Taehyung? memang taklah Taehyung terima pompuan macam ni. Acah je lebih.
"Eh,minah oii,ingat dia nak ke kat kau?"
"Suka hatilah,janji I dapat tengok muka hensem dia tu"
"Oh? masa tu kau marah kat aku sebab dekat dengan Jimin. Sekarang kau nak viralkan aku dengan Taehyung pulak? Kau apahal sebenarnya? Kau takde kerja ke apa? hah?" aku mula naik darah dan berdiri di depan Nayeon.
"Heh,nak tunjuk berlagak konon. Eh,kau ingat Jimin tu nak kat kau ke?"
"Ada ke aku kata,aku suka dia? Takde kan? Aku cuma suka dia sebagai kawan baik,tu je!" aku menaikkan suara aku membuatkan orang sekeliling memandang ke arah kitaorang.
"Y/n! apa ni kecoh2 ni?" Jisoo tiba2 berlari ke arah kitaorang dengan muka yang risau manakala Jimin dengan Taehyung turut mengikuti Jisoo.
"Y/n,kenapa ni?" Jimin pulak bertanya. Aku pulak buat tak tau. Tiba2 Nayeon pergi ke Jimin.
"Jiminie ~ tengok la Y/n tu..dia nak marah2 I.." dia buat suara manja. Eww tolong ah ..
"Nayeon tolong lah jangan kacau Y/n dan jangan nak buat kecoh di kantin sekolah ni" Jimin menjauhkan badannya daripada Nayeon yang tergatal2 dengan Jimin.
Aku lihat saja gelagat minah tak sedar diri tu dan tanpa berkata aku keluar daripada kantin untuk pergi ke kelas.
"Y/n!!" aku mendengar mereka panggil nama aku. Tapi aku buat2 tak dengar dan teruskan perjalanan ke kelas.
————————
tu dia episod kali ni
harap korang enjoy dan supportlah FF ni hehe
YOU ARE READING
Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √
FanfictionSinopsis :- "Aku sukakan kau Y/n.." Jimin berkata. "Ta..tapi..aku tak pernah suka kau sampai lebih daripada kawan.." Y/n jawab dengan nada serba salah. ------ "Tak guna punya Taehyung! Dia rampas Y/n daripada aku!" Jimin marah di dalam biliknya s...