»Author P.O.V«
Keesokan harinya,masing2 ada di dalam bilik. Agaknya masih terlena sebab semalam mereka berseronok sehingga 12 tengah malam.
Tiba2 terdengar bunyi ketukan yang kuat.
"Bangun lah korang!"
Rupa2 nya Jisoo yang memekik pagi2 buta ni. Y/n pula sudah bangun dan dia berada di dalam bilik,menunggu kawannya tu.
Satu pintu telah dibuka dan muncullah rambut yang kusut masai dan mata yang agak lebam sedikit.
"Hish..pagi2 buta dah memekik makcik ni.."
Jimin berkata sambil mengosok matanya."Korang kena bangun pagi2 ni. Sekarang dah pukul 8.30 pagi,jadi aku bangunkan sebab nak belikan sarapan untuk kita semua"
"Alah..kan kita boleh makan kat restoran bawah tu je.." Jimin masih mamai dengan mata separuh buka.
"Ish..dah la lama nak tunggu korang mandi lagi,so aku jelh sorang pergi"
"Yelah2"
"Dah gi mandi. Kejutkan abang Yoongi dan Tae sekali dan suruh Tae temankan Y/n"
Apabila Jimin dengarkan perkataan yang di keluarkan Jisoo tu,terus dia buka mata luas2.
"Napa Tae pulak yang kena temankan dia? Aku kan ada?"
"Alah bagi la dia peluang untuk rapat2 dengan Y/n. You know..he should know each other well?" Jisoo berspeaking dengan Jimin.
Jimin cuba mengangguk saja. Dengan itu,Jisoo berjalan ke restoran untuk membeli sarapan untuk kawan2 nya.
—————
»Y/n P.O.V«"Lamanya Jisoo ni..Dia gi lepak dengan laki lain ke apa? Ish dah la lapar.." aku merungut apabila Jisoo tak sampai2 dari tadi. Sudah 1 jam dia tunggu. Perut pulak meminta untuk diisi. Siapalah tak merungut kalau dah lapar sangat.
Aku mendengar ketukan dari pintu aku dan aku buka pintu secara perlahan. Aku mengintip dan melihat Tae yang kelihatan kemas berdiri di depan pintu bilik aku.
"Oh Tae.." aku buka bilik tu luas2 untuk melihat dengan lebih jelas. Wah hensemnya dia...aku terpukau dengan kehensemannya. Selama ni aku tak perasan betapa hensemnya dia. Ish Y/n! Jangan terpukau Y/n! aku menggelengkan kepala aku dan Taehyung cuma pandang aku pelik.
"Hehe,jemput la masuk" aku memberi dia masuk dan dia terus duduk di atas katil.
"Kenapa awak datang sini?" aku bertanya lalu duduk di sebelahnya. Aku memandang mukanya begitu jugak Taehyung.
"Jisoo kata...dia suruh saya temankan awak" dia menjawap.
"Oh..rasanya dia risau saya sorang2. Takut2 ada terjadi apa2 kat saya" aku meneka kenapa Jisoo mahu Taehyung temankan aku.
Tapi kenapa Taehyung? Jimin tak boleh ke? Atau Jisoo nak suruh Taehyung dekat dengan aku untuk saling mengenali dengan lebih rapat?
"Emm..Y/n.." Taehyung memanggil aku dengan suara garaunya. Kalau Jimin memanggil aku,suaranya pulak macam madu..sweet saja mendengarnya.
"Ye Tae?"
"Awak..awak suka laki macam mana? Maksud saya ideal type awak" Taehyung tiba2 saja bagi soalan macam tu kat aku. Aku terkejut kemudian aku cuma menjawap soalan nya.
"Saya suka..laki yang tinggi..laki yang pandai menjaga saya,dia sayang saya dengan ikhlas dan sayang yang dia tumpahkan perlulah mencukupi untuk saya..dia tak kisah saya ni siapa..walaupun saya tak cantik atau cantik baginya" aku menjawap panjang lebar dan dramatis.
"Samalah..saya suka perempuan yang sayang saya sepenuhnya dan ikhlas dari hati. Dia jugak tak gedik sangat" Dia tersenyum. Aku pun balas senyumannya.
"Awak ada teman wanita?" aku bertanya. Curiga. Kalau Taehyung kata dia tak ada teman wanita,ianya bohong sebab dia hensem. Tipulah kalau dia tak ada.
"Tak ada..." Taehyung menjawap perlahan.
"Tak ada?? Betul ke? Awak tak tipu?"
"Tak. Saya tak tipu. Kenapa awak rasa saya tipu awak pulak?"
"Sebab awakkan hensem..takkan tak ada kot.." aku bercakap perlahan dan mengalihkan pandangan daripada Taehyung. Malu apabila menyebut perkataan 'hensem' sebab janggal bagi aku.
Taehyung cuma senyum saja tanpa jawapan.
"Saya yang menolak.." dia akhirnya berkata.
Aku membulatkan mata. Dia menolak? Kenapa? Sebab perempuan tu bukan taste dia ke? Aku tak tanya banyak. Takut dia annoying dengan aku. Jadi aku diam saja.
Tiba2 aku terasa suam di atas tangan aku. Aku melihat bawah dan terlihat tangan Taehyung di atas tangan aku. Jantung aku berdegup kencang.
Y/n kenapa jantung kau berdegup laju ni..kawal Y/n..kawal..kalau tak dia dengar jantung aku..
Aku tak boleh kawal degupan jantung aku. Aku mendengar suaranya terkeluar dari mulutnya.
"Terima kasih Y/n kerana terima saya jadi kawan awak.." dia berkata sambil pandang aku. Aku tak boleh nak pandang dia. Kalau aku pandang,jantung aku terasa nak tercabut.
Kepala aku mengganguk atas bawah sebagai jawapan. Aku terasa badan aku tak boleh bergerak. Badan aku dah jadi patung.
Tiba2 pintu bilik terbuka.
"Hello~" akhirnya Jisoo dah balik. Kalau tak,apalah akan terjadi pada aku ni. Taehyung melepaskan tangan aku dan berdiri.
"Thanks Tae sebab temankan dia" Jisoo senyum kat Taehyung.
"Welcome. Awak lama sangat..kitaorang dah lapar sangat ni" Taehyung berkata.
"Hehehe sorry~ nah makanan awak dan Jimin" Jisoo bagi bekal plastik makanan kepada Taehyung. Taehyung mengambilnya. Aku pula pandang saja dua orang tu.
"Oklah saya balik ke bilik saya dulu ye" Taehyung meminta izin untuk balik ke biliknya.
Jisoo mengangguk dan Taehyung beredar dari situ.
"Jadi macam mana tadi dengan Tae?" Jisoo bertanya sambil menutup pintu bilik dan duduk di sebelah aku.
"Macam tu lah..dan kenapa kau hantar dia ke bilik aku? Jimin kan ada?" aku memang nak tanya pasal ni.
"Sebab aku nak dia tau pasal kau dengan lebih detail " Jisoo tersenyum sinis.
"Aku tak terasa sebab tu.." Jisoo terkejut sedikit.
"Mesti kau hantar ada sebab2 lain kan? Aku tau kau Jisoo..jangan nak berahsia dengan aku" aku bercakap dengan serius dan Jisoo mula mengelabah sedikit.
"Ok ok..aku suruh dia sebab..dia ada crush dengan kau"
"WHAT?!"
—————
episod ni banyak part Taehyung dan Y/n 😉
YOU ARE READING
Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √
FanfictionSinopsis :- "Aku sukakan kau Y/n.." Jimin berkata. "Ta..tapi..aku tak pernah suka kau sampai lebih daripada kawan.." Y/n jawab dengan nada serba salah. ------ "Tak guna punya Taehyung! Dia rampas Y/n daripada aku!" Jimin marah di dalam biliknya s...