EP 27

117 7 1
                                    

Sekolah sudah pun tamat,semua pelajar berlari lintang pukang sebab tak sabar nak balik ke rumah mereka. Tetapi Y/n sedang tercegat di depan pintu pagar bersama Jisoo,kawan baiknya.

Mereka asyik tunggu di situ,menunggu seseorang. Tetiba ternampak kelibat seseorang lalu di depan mereka berdua. Y/n tegur dia dan dia berhenti.

"Jimin..?" Y/n berkata perlahan.

Dia tidak menjawap.

"Jimin..aku..nak cakap sikit dengan kau. Boleh tak kita berjalan sama-sama?" Jimin menganggukkan kepalanya.

"Kau pergilah ke rumah dulu,maaflah aku suruh kau teman kan aku di bawah panas terik ni" Y/n berkata kepada Jisoo.

"Tak apalah,demi kau. Aku pergi dulu ye,bye" Jisoo berkata dan beredar dari situ.

Dengan itu,Y/n dan Jimin berjalan bersama-sama.
---
Mereka berdua duduk di pondok kecil yang ada di taman berdekatan di situ. Suasana antara mereka agak suram dan memberikan tekanan yang tinggi.

Y/n pun membuka mulut,

"Jimin..pasal tadi..kau tak perlu rasa bersalah,ni semua salah aku. Aku yang buat semua ni..aku yang buat korang berdua bergaduh"

"Tak" Jimin berkata sepatah.

"Ni bukan salah kau" Jimin menyambung ayatnya.

"Tapi-"

"Ni bukan salah kau tapi salah aku. Aku yang terlalu layan sangat ego dan aku berdendam dengan Taehyung sebab dia dapat tawan hati kau bukan aku"

Y/n terdiam dan mendengar saja apa yang Jimin mahu cakapkan.

"Ye,betul aku sayang kau tapi aku tak sepatutnya buat macam ni disebabkan kau. Aku sepatutnya terima takdir ni..terima yang kau dimiliki oleh Taehyung..aku tau,apa yang aku buat ni ialah kerja BODOH tapi aku tak boleh kawal dendam dan ego aku"

"Jimin.."

"Y/n..kau memang sesuai dengan Taehyung. Dia baik,dia tak marah bila aku dah pukul dia sampai lebam tadi. Dia..dia memang sesuai dengan kau. Bukan macam aku ni..aku ni raksasa-"

"Jimin dengar!" Jimin terdiam apabila Y/n meninggikan suaranya. Y/n menatap mata Jimin dengan penuh kasihan dan kasih sayang.

"Jimin..aku faham perasaan kau..aku memang nak cakap yang kau ni memang bodoh..bebal..sebab cinta kau tu buta. Kau sanggup buat apa sahaja untuk ambil balik cinta pertama kau. Tapi Jimin..walaupun kau buat macam ni,tak bermaksud aku akan benci kau,aku memang marah tapi aku tak benci kau sebab kaulah selalu gembirakan aku..selalu ade disisi aku. Kau lah yang tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Taehyung? dia baru saja kenal aku"

Y/n sambung ayatnya lagi.

"Aku sendiri tak tahu kenapa aku terima dia sebagai boyfriend aku"

Y/n memandang ke bawah dengan hati dan otak yang penuh dengan tanda tanya. Jimin mengambil dua belah tangan Y/n dan Y/n memandangnya.

"Tadi..Taehyung ada kata yang dia nak bagi aku peluang untuk meluahkan perasaan aku kat kau. Jadi..

Adakah awak sudi jadi kekasih saya?.."  Jimin meluahkan perasaannya. Y/n dapat rasa yang tangan Jimin menggeletar di tangan Y/n.

Y/n memegang erat tangan Jimin dan tersenyum manis apabila memandang Jimin semula.

"Saya sudi..tapi dengan satu syarat" Jimin memandang Y/n dengan perasaan takut.

"Taehyung kena jadi boyfriend Jisoo dulu baru saya sudi jadi girlfriend awak"

Jimin termenung. Dia tak tahu bagaimana nak suruh Taehyung menjadi teman lelaki Jisoo. Dalam beberapa minit dia memikirkannya,Y/n mengusap bahunya.

"Tak perlu risau..saya akan tolong"

Y/n membuka dua belah tangannya seluas yang mungkin dan tersengih.

"Peluk saya" Y/n menyuruh Jimin memeluknya. Mula² Jimin malu² tetapi Y/n asyik menyuruhnya jadi Jimin pun peluk dia dengan eratnya seperti tak mahu lepaskan kenangan manis tu. Y/n tergelak kecil bila Jimin geletek leher Y/n dengan hidungnya.

Jimin takkan lupakan kenangan dia dengan Y/n dan dia takkan tinggalkan Y/n kerana dia MENCINTAI Y/n dengan sepenuh hatinya...

Permainan Cinta Tiga Segi [●P.JM & K.TH●] √Where stories live. Discover now